Hari ini 16 Mei 2010 merupakan hari guru. Penjejak maya teringat pada sajak Guru oh Guru karya allahyarham Usman Awang. Masa sekolah dulu selalu membaca sajak ini sebab tertulis pada tembok sekolah. Sajak tersebut menggambarkan betapa besar peranan guru. Guru itu diibaratkan pelita yang menerangi hidup orang lain. Tetapi, saya mengumpamakan guru sebagai bintang di langit yang menyinari malam hari. Memberi pedoman kepada musafir malam hari. Tak kira di daratan maupun di lautan. Begitu juga, tanpa guru tak berpergertian hidup ini. Tanpa pedoman dan arah untuk dituju. Peranan guru hari ini pun semakin kompleks dan semakin banyak. Walaupun begitu, guru juga haruslah bersedia menambahkan ilmu pengetahuan. Seiring dengan akses pengetahuan anak didik mereka. Seharusnya sentiasa selangkah di hadapan anak didik mereka. Yang pastinya gurulah penjana modal insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Moga usaha mereka ini dirahmati Allah SWT.
ulasan: Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang berkunjung ke sini..
29 comments:
Salam Penjejak maya,
Terima kasih kepada semua guru-guru yang mengajarku erti kehidupan, Terima kasih ya Allah kerana menghantarkan kami guru2 yang baik dan menjadikanku seorang guru.
Semoga semua guru-guru sentiasa dalam pemeliharaan Allah.
Terima kasih kepadamu juga krn menghargai kami guru-guru, semoga penghargaanmu diberi kebaikan yang banyak oleh Allah. Amiin
Tanpa guru siapalah kita...
salam,
bangganya jadi cikgu ari ni
w/salam ikan emas,
kebajikan cikgu pun makin diberi perhatian..
norgadis labuan,
jasa guru diabadikan sepanjang zaman..
w/salam werdah,
siapalah kita pada hari ini tanpa tunjuk ajar guru dan kenanglah jasa mereka sepanjang masa..
Selamat hari guru juga drp saya buat semua guru-guru dan al fatihah buat yg telah tiada.
Salam...
Sungguh bertuahnya seorang guru, segala pengorbanan mereka tidak akan terbalas
Salam:)
Tksh utk ucapan khas buat guru2..
Sekurang2nya masih ada yang menghargai jasa2 guru..
Semoga segala kebaikan mengiringi anda jua..:):)
moga guru2 ni akan ceria mngajar..
~ guru pembina negara bangsa ~
sonata anak kancil,
besar peranan guru hari ini..
maiyah,
guru ceria anak murid pun ceria mak bapak lagi ceria..
w/salam pn kartini,
jasa guru sungguh besar dikenang selagi ada hayat..
w/salam abd razak,
guru tak terhad kepada yang mengajar di institusi sahaja meskipun kita bukan guru tetapi kalau turut menyampaikan ilmu boleh juga dianggap pendidik..
akuanakpahang,
jasanya guru dikenang sepanjang zaman..
Salam..
Puisi tu pasti akan berkumandang diseluruh Malaysia pd esok hari atau lusa krn akan dibaca diperhimpunan..
Semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat drp Allah SWT.
salam,
semoga kita terus mendoakan mereka..insan2 yg mulia :))
amalkan apa telah diajarkan..
jika mereka tiada,iringi dgn doa
:)
nur,
doakan kesejahteraan mereka juga..
w/salam melatidaisy,
moga ilmu yang ditabur memberikan manfaat..
w/salam acik,
mudah-mudahan berkat usaha guru-guru akan mencapai aspirasi negara kita..
Guru,
kau bagaikan lilin
menerangi alam
tanpa mengira diri yang terbakar
menghiasi kamar
tanpa memperdulikan pengorbanan jiwa..
mengharungi pahit getir
kehidupan di hujung dunia…(buat guru-guru di pedalaman…)
memberi inspirasi & keyakinan diri
kepada para pelajarnya
melakari pelbagai jiwa yang mentah
dan muda
mencabar minda dengan satu tujuan
agar suatu hari nanti
pelajarnya berjaya
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU..
Salam penjejak maya.
Jasa guru tak terbalas.
gur-guru oh guru..jasamu sungguh berbekas
sahromnasrudin,
kita seharusnya mengenang dan menghargai jasa guru kita sama ada yang hidup dan sudah tiada..
w/salam yunus badawi,
jasa guru tetap segar dalam ingatan..
zulkbo,
benar kata-kata saudara itu kadang-kadang menjadi guru di kawasan pedalaman turut mengundang risiko kerana terpaksa bersesak menaiki bot dan laluan perjalanan yang berliku tetapi demi anak didik tugas tersebut perlu digalas..
Post a Comment