Keratan akhbar Harian Metro
Tertulis pada iklan tersebut "kelajuan hebat tanpa gangguan dengan liputan broadband terluas", yang sebenarnya hanya indah khabar sahaja. Dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini pun, seorang pengadu dari Shah Alam menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap mutu perkhidmatan Jalur Lebar Celcom ini. Beliau mengambil pakej Celcom Broadband Advance dengan bayaran RM 98 sebulan. Tapi menurutnya kelajuan capaian internet tak seperti yang diharapkan kerana seringkali berlaku gangguan terutama pada sebelah malam yang terlalu perlahan dan adakalanya tak boleh online langsung. Alasan dari khidmat pelanggan Celcom pula ialah talian sesak. Masalah yang sama pun, penjejak maya alami juga. Walaupun usage 3G tu banyak lagi pun tapi slow juga. Apabila dah slow tu nak buka blog kekawan pun jadi lambat loading. Lebih-lebih lagi kalau blog yang "berat" tu. Sebagai alternatifnya, penjejak maya ada terfikir hendak menukarkan pada perkhidmatan jalur lebar yang lain, seperti di bawah ni...
risalah dari PC Fair hari tu
Selama ini penjejak maya suka pakai broadband sebab senang dibawa ke mana-mana. Tapi kini kalau di KL ni kebanyakan lokasi dah ada perkhidmatan wifi. Jadi, tidaklah memerlukan sangat broadband ini. Dalam perhatian sekarang mungkin nak bertukar kepada pakej P1W1MAX atau yang terkini unifi tu. Memanglah lebih canggih lagi tapi bajet bulanan pun kena tambahlah juga. Namun begitu, liputan P1W1MAx dan unifi ini tak meluas lagi. Walau apa pun nak kaji dulu dan mungkin lepas raya baru nak buat keputusan.
ulasan: kalian ada masalah ke tak dengan pakej jalur lebar yang sedia ada tu?
67 comments:
sama la kita...dh komplen, alasan ramai pengguna. lag 3-4 tahun br nak upgarde katanya... :(
Sama jugak lah. Guna BIRU broadband gak, adakala slow ada kala no bad lah. Cuma bila nak laju, bawak pi ofis guna AppleMac laju betul.
Nak guna P1Max tu, area rumah takda liputan plak.
Ntah mana yang terbaik pun tak tau...
2 tahun lepas dah cukup tertekan guna bb celcom ni...capaian mmg mengecewakan tp sbb di rumah baru blom ada perkhidmatan tm/streamyx, bersabar je la....smpi lah april baru2 di br dpt psg streamyx...dah tak tertekan! hehehe...
tp apa pun perkhidmatan mobile bb ni perlu gak, bila blk kg atau outstation sy subscribe la daily or weekly...boleh la...
salm PM..streamyx..laju..tapi ada kalanya..kalau hujan..slow jugak..ataupun kadang2 tiba2..je offline..tapi puas hati lah..guna streamyx dari broadband..
Salam...
Baca dalam forum Digi dikatakan baik daripada celcom atau maxis tapi saya lom penah guna Digi lagi.
Buat masa ni saya guna streamyx memang laju...
Salam bertandang lagi
Al-Quran,mukjizat Nabi Mohammad SAW
sepanjang zaman..bersamalah kita
mengamalkannya dan mendapat
menafaat hingga akhirat..wallahualam
apa nak buat..nasib kita pengguna di Malaysia..hanya golongan tertentu mendapat menafaat besar dari industri broadband ini..
ado.ado.kang tgh guna tbe2 line hilang.bile restart balik ada lg line penuh, guna 1jam lpas tu line hilang balik.tensen!
saye gune broadband...sebab senang nak angkut kemane2....masaalahnye kadang2 slow sesangat...sampai boring la...tapi ade mase laju
sabar je ler...
ainnoraini,
sama la dengan keadaan yang saya alami ni hehe..
ayin weeweet,
tu la kejap ade kejap tkde macam biskut pulak kan hehe..
w/salam zulkbo,
semoga kita mendapat limpahan rahmat-Nya jua..
sepatutnya kemudahan jalur lebar dapat dimanfaatkan untuk semua dan tak dikenakan charge yg mahal..
w/salam kak erna,
kalau ujan tu mmg boleh dimaafkan juga tapi cuaca cerah terang benderang pun tetiba line buat hal pula..
w/salam abd razak,
saya pun tak pasti tentang Digi tu kena buat kajian juga ni hehe..
sz m.s.s,
kalau setakat bukak blog tu ok lagi boleh bersabar tapi yg geram masa nak download bahan penting tu lebih2 lg kalau nak pakai urgent tu..
azieazah,
sama la ikut nasib adakalanya boleh tahan laju juga tapi kalau slow sangat tu rasanya tido lg baik hehe..
ana,
kemajuan dunia ict ni bergerak pantas tak sepatutnya sampai 3-4 tahun..
sepatutnya sbg sykt pembekal kena pentingkan kepuasan pengguna bila dan banyak komen tu kena la perbaiki segera..
salam PM...aku guna bb celcom dah 5 bulan..area Muar...setakat ni berpuas hati...kat umah ada steramyx gak...bagi aku perfomance online ketika surfing bergantung gak kepada broadband, 3G, laptop pun main peranan, cuaca...jadi kalau nak kata bb lain ok..no komen la...yg pernah pakai jenama lain pun kata problem gak...jadi ikut kesusaian tempat la...jadi kalau nak try bb, tgk member yang dah guna bb, try kat tpt sendiri, kalau ok..beli...aku pakai pakejj 68 je tapi alhamdulillah ok...
salam penjejak maya :)
taktik penjual.. sekarang ni ana guna wimax. Alhamdulillah laju:D cubalah sendiri..
salaam,
alhamdulillah takat ni takde problem lagi, saya pakai celcom bb jugak. Mungkin di kuantan ni penduduk tak sepadat KL kot...
dah 2 bulan terminate celcom broadband ni....
paling tak suka sbb line dia kejap on kejap off....
mencikkkk....
lagi best pakai line streamyx jer....
Salam Penjejak maya
Maiza pakai streamyx kat rumah. broadband Maiza ada jg. bila outstation senang sikit. Tapi slow mcm siput. streamyx pun buat hal. tambah weekend sakit hati sangat.. dah la slow kadang tue sampai tak boleh on9 langsung..
saya pakai streamyx jer.
pernah usha jugak. Di kaw rumah ni yg lain coverage takde.
Saya pengguna Celcom Broadband.. Sudah 2 tahun menggunakanya,
Alhamdulillah di kawasan saya tinggal tiada masalah dengan connection dan kadar kelajuan tidak sekata. Semuanya baik-baik sahaja.
anif,
beruntung la mungkin talian di tempat saudara tak sesak..
a.z.r.i.n.a.03.07,
yang penting line clear kan..
w/salam maiza c'joe,
munkin area kat situ ada masalah line dan mungkin juga talian sesak cuma kalau sekali-sekala tkpe juga..
ain,
kita ada hak sebagai pengguna dan mahukan yang terbaik sebab segalanya kita bayar bukan dapat dengan percuma..
w/salam abu aiman,
mungkin teori talian sesak ikut kawasan tu ada kebenarannya..
w/salam light of happiness,
laju ye kena check ada liputan ke tidak tahun lepas dah check tapi tkde liputan lg..
w/salam abuafif,
mungkin kat tempat saudara tu talian ok dan tak berapa sesak agaknya dan kalau macam tu sepatutnya iklan tu berbunyi "kelajuan hebat tanpa gangguan dengan liputan broadband terluas TETAPI UNTUK KAWASAN TERPILIH SAHAJA" sudah tentu takde org marah pun hehe..
salam,
apa kata kalo ko 'crack' id wifi yang melambak kat kl tu...free je. hehe
tapi masalahnya tetap ada...
Kak Tirana guna streamyx dari dulu hingga kini..tak ada masalah. Sekali sekala tu biasalah. Broadband pun ada tapi suami guna bila dia outstation.
Semmg bermasalah BB nie, kadang banyak ... bawak bersabar aje :)
Tips paling penting penggunaan BB ini anda kena pastikan "setting Manage Devices" di kedudukan yg sebenar.
takat ni selkong okeh le walopon ada masa memang teruk... dulu time nak amik banyak orang merungut dengan maxis tu yang amik selkong. tapi jumpa dengan orang tm dia kabo tm lagi baik alasannya kerajaan yang jaga sema line so mesti le kerajaan punya paling baik... ikut la rasa ati tu
kena siap sedia juga ilmu kita tentang bible ni
celcom berukband...hahahaha...kencing jer lebih...kita kena 'study' dulu nak pakai apa-apa pun....jurujual dia nak jual jer..semua dia kata boleh...janji barang laku...
mmg cakap je lebih.....tp mmg tak blh pecaya langsung!!! huh!
sebab tu kite tak subscribe dgn mana2 broadband. kt KL byk tempat ada wireless KL. ok la boleh tahan. opis pulak ada streamyx, mmg laju, puas hati cuma kalau hujan tu biasalah problem.
anyway, DIGI claim kata dia konsisten. betul ke? sebab nak pakai jugak satu mobile punye...
salam,
semoga kita beroleh puasa yang sempurna...
huh, fhm sgt perasaan tu. dh penat tahap gaban dgn masalah berukben ni. dah tak larat nak criter...
sabor ajelah!
tulah, saya pernah terkena dengan maxis. celcom pun rasanya masih baru...jadi sy amik risiko cuba P1. stakat ni, alhamdulillah. OK!
live, laugh, laugh,
sebagai pengguna yang bijak kita ada pilihan membuat keputusan..
w/salam piewahid,
penat menunggu line ni jap ok jap tak ok..
fiddeomar,
benar kat KL ni mana2 tpt pun biasa ada talian yg free..
nanti cuba la DIGI tu kalau ok beritau saya hehe..
azzey,
biasa la tu taktik penjual kalau cakap jujur kang tkde sape nak beli pula hehe..
amir komeng,
saya ada 5/6 pilihan utk memilih yg sesuai tapi bergantung pd bajet dan liputannya juga..
cemomoi,
sori nk tanye bible tu ape?
cemomoi,
ada org kata celcom lebih baik dr maxis sbb pencawang dia lebih banyak dan liputannya lebih luas..
akuanakpahang,
camne nak pastikan setting manage devices tu di kedudukan sebenar bukankah bende tu automatik dia set..
tirana,
puas hati kan bila takde gangguan hehe..
w/salam ahmad humairi,
kalau boleh dah lama buat dah tapi liputan tu biasa sekitar premis dorang je..
sy guna streamyx.. buat masa ni ok le..
Salam PM...
biasa la tu...iklan bukan main...bila guna hampehhh..Teman guna streamyx RM110 pun adakalanye lebih lambat dari kura2 berjalan...nyesalnya...cukup kontrak nak ambik yang RM 60 balik..
huh! kebetulan! aku pun pakai berukband celcom gak! mcm biasa la lembab hbis! cuma malam je laju tp selamatlah ade wireless kt umah aku x berkunci boleh la tumpang kjab... hehe
masa nak jual ckp mcm2 la...semua yg bagus je keluar tp hakikatnya xberapa pun..biasa lah...
setakat ni rasanya streamyx aje yg best. pernah pakai maxis bb utk di bawa ke hulu dan ke hilir. tak berapa ok sebab slow.
setakat ni rasanya streamyx aje yg best. pernah pakai maxis bb utk di bawa ke hulu dan ke hilir. tak berapa ok sebab slow.
ape2pun ko try pakai p1wimax ramai kata memuaskan...
Salam mr PM,
Akak rasalah...sebenarnya apapun yg di pakai kena tgk coverage..tmpt coverage penuh mestilah apa pun brandnya mesti lajukan..
Akak pakai streamyx n bb blue so far no problem , cuma TM 100 yg ada problem pasal wifi..dorang bodoh.
w/salam kak wan,
betul tu sebab tak semua kata bb celcom tu tak ok bergantung juga pd liputan kawasan kat situ..
nick irfan,
yg tu mmg ade dalam fikiran juga..
idasm,
yg tak ok tu terminate je amik yg ok hehe..
qaseh,
itu namanya menipu pengguna lepas tu bila org komplen pandai cari alasan je..
nick irfan,
tuka je beruk ben tu..
w/salam ustaz eds,
ya gunakan hak kita sebagai pengguna kerana kita perlu dapat perkhidmatan terbaik dengan setiap sen yg dibelanjakan..
maiyah,
anda beruntung la..
salam, saya pengguna wimax dah hampir 2 tahun. Totally ada masa elok & ada massa tak elok. Jika nak di banding kan dengan yang biru dan hijau putih satu lagi, memang wimax lebih baik. tapi, secara peribadi jika nak yang betul2 puas hati, baik guna streamyx. harga semua lebih kurang jer sekarang. buat apa harga murah tapi speed slow & servis teruk kan?
w/salam eelobor,
penggunaan mana2 jalur lebar bergantung juga pada liputan di kawasan berkenaan..
dalam kesemua itu saya memilih P1W1MAX kerana lebih sesuai mengikut lokasi saya di sini..
Post a Comment