MRR2
Dalam beberapa kali seminggu penjejak maya akan meredah lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau MRR2 ini. Destinasinya sudah tentu untuk pergi kuliah. Nasib baik kelas tak berlarutan hingga lewat petang. Kalau tak mungkin terpaksa berbuka puasa dalam kereta pula nanti. Pun begitu kesesakan MRR2 ini tak kira masa. Tambah menyeksakan kalau pada waktu puncak tu. Kalau ikutkan keperluan pada awalnya MRR2 ini dibina untuk kapasiti kenderaan 100-120 ribu sehari. Tapi hari ini jumlahnya dah mencecah 180-200 ribu kenderaan sehari. Untuk mengatasi masalah kesesakan ini telah ada usul nak membina lebuhraya baru menghubungkan Sg. Besi dengan DUKE di Setiawangsa tu. Kalau menempuh kesesakan ini sikit sebanyak akan memberi kesan pada fizikal dan mental juga. Terfikir juga alangkah baiknya kalau memandu menggunakan kereta jenis auto taklah lenguh kakiku ini. Dalam bulan puasa ini kesabaran juga adalah penting. Yang penting biarlah lambat sikit asalkan selamat sampai ke destinasi ye tak?
ulasan: orang dulu-dulu berjalan berhari-hari untuk ke destinasi tak komplen pun hehe..
95 comments:
Orang dulu-dulu lebih sabar dan tabah dari kita kanns..
MRR2 - Middle Ring Road 2.. saya faham kesesakan melampau disitu .
nampaknya kita kena buat mrr3 lak
Salam Ramadhan PM
param pun ada penyebab sesak mrr2
Wassalam
bykkn bsbr menempuhi jammed ni..uhuuu
sabar bebanyak ye...jem tu masalah negara (suami slalu ckp mcm tu :P)
salam
errr..
tak pernah terlibat dengan jem yang sebegitu di Trg..=)
jem sikit2 biasa r tu...
w/salam cheqna,
jem tu kalau sapu dengan roti best jugak kan makan pulak mase berbuka puasa nanti hehe..
Trg tu kalau penduduknya sepadat KL ni jadi sesak gak nanti..
ana,
kena banyak bersabar terutama org yg menempuhinya setiap hari..
kaseh nazlieza,
geram juga nengok ada pemandu yang tak sabar dan memandu secara melulu tu..
w/salam rozali,
param tu apa?
Sabarlah... :) Itu semua ujian.
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o,
kalau ada lebuhraya baru kat situ mungkin namanya jd MRR3 hehe..
linda,
sbb tu dorang lebih sihat kot..
terima kasih kerana memahami hehe..
anif,
benar kena bersabar terutama bulan puasa ini tapi yang dah biasa tu jadi alah bisa tegal biasa je..
sesekali menguji kesabaran...
naik moto gak senang cuma risiko le sikit
salam,
sesak seperti di mana aje ada param (pasar ramadan)...aku jawab bagi pihak rozali..selamat berbuka!
Salam PM
disebalik kesusahan itu ada kesenangan yang menanti di hadapan ...Insyaallah.
makin sesak kan.. besarkan camna pun jalan tu, sesak ttp ada kan kan
nasib baik sy x kuar hehe
Salam PM...redah MRR2..hurmmm....
mcm di Gombak sana je kelasnya..sambung belajar di UIA?
takpe PM, bawak manual, boleh exercise kaki sket iyer dak?heheh
ya Allah...
ramainya umat...semua berlumba2 nak balik rumah ye...
hati2 memandu PM!
Salam.
Kerja2 pembesaran MRR2 sedang dijalankan di kawasan Pandan Indah kerana kawasan tu antara yg sesak paling kronik. Tapi sementara kerja itu dilakukan jam makin teruk. Kalau ada jalan lain gunakanlah jalan lain.
Kalau dibuat highway baru dari Sg Besi ke DUKE di Setiawangsa sayalah antara yg paling gembira.
Salam mr PM..
itulah salah satu sebab kitaorang takmo balik KL tak sanggup.. kat tempat skrg bukan takda jem mejem ni tapi buat makan ngan roti je....(ada tapi taklah seteruk kl tu)
w/salam kak wan,
biasalah kalau bandar besar tu sesak ni dah jadi perkara biasa..
teringin makan roti dengan jem strawberry hehe..
w/salam yunus badawi,
itu pun salah satu puncanya juga lebih2 lg apabila tutup lorong paling kanan tu..
cadangan buat highway baru tu masih dalam pertimbangan lagi hehe..
sz m.s.s,
terima kasih atas ingatan itu..
insya-Allah akan hati-hati..
w/salam afida anuar,
exercise tu buat lenguh kepala lutut je hehe..
maiyah,
jalan sesak takpe la tapi jangan poket je sesak hehe..
w/salam ustaz eds,
dalam kepayahan tu ada orang lain yang lebih payah kan..
w/salam ahmad humairi,
mekaseh la bagi maksud param tu sbb tak biase dengar pun hehe..
alhamdulillah dah selamat pun berbuka tadi..
cemomoi,
tak berani la bawak motor kat highway tu kereta laju asyik memotong je hehe..
pn kartini,
benar apatah lagi di bulan ramadan al-mubarak ni..
PM..tu cuma halangan yang biasa..boleh kan lalui..untuk mencari ilmu..
Salam ziarah sahabat semoga ceria sentiasa. Selamat berpuasa.
nak buat mcm mana..dah namapun dok kat bandaraya..hadapi je lah..
hehe.org skang tak thn penat dan panas.duk dalam kete pun berecon,dgr lagu time jem2..
=)
Asssallamualaikum,
mama nadz tinggal jauh dari tempat yang macam tu..di sini tak ada kesesakan sampai sebegitu tapi...
kat Pasar ramadan ada lah juga.
time nak raya kat Pekan Rabu Alor Star, kita boleh tengok jamnya!
Salam...
Moga sdra sihat hendaknya..
Ujian buat sdra, hanya dengan bersabar hati menjadi tenang
Saya kalau diberi pilihan biarlah jauh asalkan jalannya tak sesak. macam saya duduk seremban. tapi dari rumah saya sampai pejabat di seri kembangan cuma kira 45 minit sahaja berbanding semasa duduk selayang dulu.
biar jauh jangan jem !
Salam bertandang di awal pagi..moga ceria dan sihat selalu...bersabo la yek..realiti hidup di bando besar.
w/salam zulkbo,
benar sudah menjadi kebiasaan tinggal di KL ni hehe..
al-lavendari,
kalau sesak tu perjalanan saya menjadi berkali ganda kekadang masanya ibarat perjalanan dari KL ke seremban tu hehe..
w/salam abd razak,
benar ujian ni masih kecil berbanding dengan ujian bagi sesetengah orang lain..
w/salam nadz,
kalau nak berasa kesesakan mungkin semasa balik pulang ke kampung nanti hehe..
ashra,
itu la dia dahtu masih nak komplen lagi kan hehe..
idalara,
benar banyakkan bersabar..
w/salam akuanakpahang,
terima kasih moga saudara pun sihat dan mendapat rahmat-Nya..
kak erna,
insya-Allah akan berjaya menempuh halangan itu..
kat JB pun selalu jammed....boring betullah...klu keta autopun kena tekan minyak ngan break....
salam..wa duk kampung..usahkan plaza tol, trafic lite pun lum tentu wa jumpe huhuhuhuh
Semakin hampir akan berlaku kesesakan di Shopping Kompleks pula..
wow... sesak sampai cam tu..
syukur laa kat sini sesak giler bila masa cuti sekolah sahaja....
kalo cuti sekolah wajib duk umah kalo tak mo bersesak2x kat jalan raya
salam,
sesaknya mrr2 dari mula dapat lesen kete sampailah sekarang...
satu rumah, 3-4 biji kereta.
Nasib baik tak duduk kat KL.
cklah,
saya pun ada terasa nak keluar dari KL ni hehe..
eelobor,
benar kat kawasan perumahan saya sampaikan berlaku perebutan kawasan parking..
w/salam elly,
tau takpe hehe..
cik daya,
mungkin kat situ kereta tak berapa banyak dan tak sesibuk KL ni..
relevan,
kat shopping complex tu sesak luar dan dalam juga..
w/salam sahromnasrudin,
kalau macam tu saya pun nak duduk kampung la hehe..
zaidah,
kat situ mungkin dicampur dengan kereta dari singapura tu..
kalau kereta auto lenguh sebelah kaki je hehe..
Kak Zai dah lama pakai kereta auto,tak sanggup jalan raya Kl.
kalau pegi KL ....saya naik rimas....macamana mereka boleh survive dalam kesesakan
ya, sabar separuh dari iman.
salam singgah.
Kalau jalan terlampau sesak, rasanya jalan kaki lagi cepat sampai kot..hehehe
Salam ,
d sarawk adalah jem tapi tak lah sampai camne..sykur.
macam dah baca semalam
Nama MRR2 buat darah tinggi saya naik dan boleh kansel plan.
Terima kasih singgah blog saya. :)
Kak Azie tinggal sebelah jer MRR2 tu, dekat dgn Tesco Ampang. Situ ada lak jalan baru konon nak luaskan lagi MRR2.. jemmmm kat jambatan Pandan Indah tuhh...
Salam Penjejak Maya,
Gitulah ragam hidup dikota. Kena jugaklah tempuh kesesakan ni walau hati tak suka..soba eh lah.
Kena sambar keta AUTO 1 ni. taklah lenguh kaki tu.
w/salam sweetie2010.blogspot,
saya kena harung kesesakan untuk ke kelas sahaja tapi kalau pergi tempat kerja tak sesak langsung..
sayang lagi kereta tu hehe..
azieazah,
oo tinggal kat situ selalu la kita berselisih ye hehe..
fiddeOmar,
kalau ikut MRR2 itu tak boleh plan bila sampainya..
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o,
singgah baca banyak kali pun takpe hehe..
w/salam alehkayong,
mungkin tak la seteruk KL ni..
tirana,
itu la kalau naik teksi tu lebih baik turun jalan kaki sebab meter tambang tu still bergerak hehe..
izman,
benar kesabaran itu sangat penting walau di mana jua..
sonata anak kancil,
itu la dia nasib baik saya duduk di pinggir KL tak la selalu mengharung kesesakan itu..
hari tu gi Melaka pun sesak juga macam KL hehe..
zaitun,
biasa orang pompuan suka yang auto ni nak bawak pun mudah sikit dan kaki pun kurang la lenguhnya hehe..
SALAM HIJRAH.
nasiblah ayu duk kawasan pendalaman...selamat...heheh
org dulo2 ...
begitulah.
org skrang2
beginilah.
hahahahhaa
>>___<<
zaman skrg kereta dah murah. tempat kerja sekangkang kera pun nak berkereta juga...tak poll kereta sebab nnt kena byr minyak utk kawan. boleh?? nasib saya naik motor ke tempat kerja. kalau tak, mengadap jem 15 jam (dah tak yah masuk opis heheh)
salam ziarah juga :)
Salam.
Mungkin jika dilebarkan bahagian lencongan untuk exit dp MRR2 tu, kuranglah sedikit kesesakan..
pakai motosikal pun ok..
Kesesakan jalan raya memang 'memenatkan' mental kita. Namun, kesabaran akan menghilangkan segalanya.
Cuba bertenang, bernafas dengan teratur, dan kuasai pemikiran kita dengan perkara positif, pasti kesesakan itu kekadang tidak terasa terlalu menyeksakan...
Tengkiu bcos tinggalkan jejak! sorry.. sy tk pasan u dh follow my blog.
Jammed? nie kan KL... manerX2 pun sama bro...
nur a.k.a admansyah,
masa balik raya lagi sesak nanti..
kuasai minda,
sambil tu dengar radio juga kan tapi sebaiknya kita berzikir dalam kereta tu juga..:)
ijad,
elok juga tu tapi saya tak berani bawak motor lebih-lebih lagi kat highway tu hehe..
w/salam werdah,
betul tu cuma saya rasa nak lebarkan pun dah tak cukup ruang lagi..
live, love, laugh,
bagus kalau dapat kongsi kereta tu tapi masyarakat kita kurang nak amalkan perkara tu..
frodo baggins,
orang masa depan ntah camne pula nanti hehe..
w/salam siti ruhayu ab rahman,
selamat la dari kesesakan itu dan tak la lenguh kaki masa memandu tu hehe..
Post a Comment