Wednesday, August 25, 2010

Bazar ramadan..


Bazar Ramadan Setiawangsa

Kehadiran Ramadan adalah sinonim dengan kewujudan bazar ramadan. Lazimnya di bazar ramadan ada dijual aneka juadah makanan. Tapi kali ini penjejak maya tidak paparkan tentang makanan. Sebab itu dah terlalu biasa bagi kita. Yang terpapar dalam gambar itu ialah produk bukan makanan. Dah nama pun bazar jadi macam-macam ada di situ. Antaranya ada bunga api, mercun, CD, kain, samping, belon dan alat mainan. Barangan ini pun ada yang dijual secara lambakan, disusun rapi di atas meja dan ada juga yang dibawa oleh penjajanya sambil berjalan-jalan untuk mendapatkan pembeli. Cuma kita juga perlulah berhati-hati membeli barangan ini terutamanya yang melibatkan mercun dan CD cetak rompak tu. Yang pastinya juga nanti kesemua barangan itu tidak akan terhidang waktu berbuka puasa nanti!

ulasan: sepanjang Ramadan juga adalah masa yang sesuai untuk menambahkan punca rezeki. Mungkin ada kalangan sahabat blogger turut sama berniaga secara kecil-kecilan. Hasil pendapatan itu dapat juga digunakan untuk persiapan raya nanti. Kebetulan juga hari ini ada perkhabaran gembira buat kakitangan kerajaan. Kerajaan nak bagi duit raya RM 500 nanti.

54 comments:

mak encik | SZ said...

rezeki orang gomen ye...
kita tumpang gumbira je la..hehehe

endiem said...

tahniahlah orang gomen dapat duit raya..

nadz said...

Assallamualaikum..
Rezeki menyambut hari raya..
Pasar ramadan akan ceria lagi bila pekerja gomen dapat Rm 500.00
Salam ramadan dari mama.

Chenta said...

Salam ..

Suka pergi bazaar ramadhan
macam2 ada ..

Tirana said...

Dah separuh bulan ramadhan berlalu tapi belum sekali pun kaki kak tirana ini memijak bazar ramadhan. Bukannya apa..Malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai..Lebih baik masak sendiri di rumah.

kak wan said...

Salam mr PM,
Memang seronok pergi bazar ramadhan ...Berbagai juadah dan barangan begitulah juga gelagat manusia.

Afida Anuar said...

Jelesnya kat orang gomen...err..
nanti jangan lupa poskan duit raya tau..heheh

Abd Razak said...

Salam...

Saya belum sempat lagi menjengok bazar ramadhan..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

kekadang tu tak rasa nak beli pun..

penjejak maya said...

afida anuar,

kena rajin la gi beraya nanti kuih raya tak nak pos sekali ke hehe..

penjejak maya said...

w/salam kak wan,

memang seronok tapi nafsu tu pun kena kekang kalau tak segalanya nak dibeli hehe..

penjejak maya said...

tirana,

itu la kalau saya ni jenis rajin memasak tak nak jejak pun kat bazar ramadhan tu hehe..

penjejak maya said...

w/salam linda,

macam2 ada sampai rambang mata jadinya kan..

penjejak maya said...

w/salam nadz,

alhamdulillah dapat juga meringankan beban bagi yang memerlukannya..

penjejak maya said...

endiem,

hari ni org gomen tersenyum lebar hehe..

penjejak maya said...

sz m.s.s,

alhamdulillah bersyukur dengan pemberian rezeki tu..

sahromnasrudin said...

salam..org gomen adalah lubuk kerajaan..sib bek bg duit raya, klu bg penyapu mcm kat Selangor dulu, tumbang la gamaknya huhuhuh

ana said...

jarang pergi pasar ramadhan...lebih suka masak jer!

Aku adalah aku said...

Dapat juga duit raya....

atuk said...

Salam Ramadhan PM

satu saya tak suka param ni
dia orang berniaga ditepi jln
menggangu lalu lintas
he he

Wassalam

Daya said...

meriah laa bazar ramadhan tu..disamping da makanan ada jual menda lain..
bazar kat sini sungguh kurang seronok

~aSHa~ said...

ehehee hajat nak beli makanan, bawak anak2 terpaksa beli mainan jugak...ehehehee

terokai seni said...

ada yang sanggup amik cuti sebulan nak meniaga, pendapatan macam setahun keja... mau taknya

gadisBunga™ said...

gomen memberi untuk menerima. org gomen menerima untuk memberi. tahniah org gomen. kite swasta, pepaham je la..huuu~

sweetie2010.blogspot said...

Salam Penjejak Maya,

Kat Param kawasan taman Sweetie dan bersebelahan tak ada jual barangan lain selain makanan..tapi ada dikhaskan bazaar lain untuk jual kueh raya dan persiapan hari raya.

Bertuahlah kakitangan kerajaan dapat gaji, bonus lagi. Sweetie dan kawan2 tengah sedih juga ni gaji pun belum tentu lagi dapat, ada masalah dalam syarikat..haru ker tak haru...sedih ni....

sekadar satu coretan said...

rezeki org gomen...bertambah ceria lah ye...ade jugak pergi bazar ramadahan ...
tak boleh gi selalu mcm2 nak dibelinye...tapi bile mkn ciput jer...

Bibu said...

semoga semua dimurahkan rezeki..

azzey said...

penjejak maya: sy pun dpt duit raay...yeay!!!

azieazah said...

Bertuah orang gomen dapat duit raya RM500.. banyak tuuuu..

Anaasuria said...

Salam PM,
memang ada macam2 kat PARAM ni.. kadang tu berpinau mata nak memilih apa yang nak dibeli.. bajet musti lari jauh nya lahh kalau nyinggah PARAM.

kompeni i pun bagi duit raya gak, tapi pinjam jer.. lepas raya dia potong gaji sikit2 suh bayar balik.. huhu... takpe lah, loan pun loan lahh.. janji raya mau hepi hepi..

ustaz eds said...

salam PM
itulah gamaknye dikatakan Ramadhan tu bulan rahmat dan berkat... nikmat datang mencurah2

Acik Erna said...

salam PM..alhamdulillah..walaupun tak seberapa..dapat juga rezeki kan..

penjejak maya said...

w/salam kak erna,

benar bersyukur akan rezeki tu..

penjejak maya said...

w/salam ustaz eds,

alhamdulillah bulan penuh rahmat..

penjejak maya said...

w/salam aanas,

kekadang lain yang dirancang lain pula yang dibelinya hehe..

moga meriah la raya nanti tapi yang penting biarlah bersederhana jua..

penjejak maya said...

azieazah,

alhamdulillah pun begitu berbelanja biar la kena pada tempatnya kan..

penjejak maya said...

azzey,

tahniah dah besar pun dpt duit raya lagi hehe..

penjejak maya said...

anie.nagoya,

semoga semua sekali dapat merasakan nikmat hari raya tu..

penjejak maya said...

ainnoraini,

biasa la tu bila sampai kat bazar tu rasa semua nak makan tapi sampai di rumah tak larat abiskan simpan la utk sahur pula nanti..

penjejak maya said...

w/salam sweetie2010.blogspot,

rasanya kat bazar di sini ada beberapa gerai tu bukan ada kelulusan pun..

bersabarlah insya-Allah ada la rezekinya nanti..

penjejak maya said...

fiddeomar,

tak kira gomen ke swasta memasing ada peranan penting memajukan negara..

penjejak maya said...

cemomoi,

nampak kat bazar tu meniaga apa sahaja dapat sambutan..

penjejak maya said...

asha,

itu la bebudak ni dapat mainan pun jadi kenyang hehe..

penjejak maya said...

cik daya,

bazar setiawangsa tu ada masuk dalam slot destinasi bazar ramadan buletin utama TV3 minggu lepas..

kat sini ruangnya lapang tak la bergesel hehe..

penjejak maya said...

w/salam rozali,

benar kat sini ada satu jalan tu suka2 saja dorang tutup jadi terpaksalah pusing jauh untuk sampai ke rumah..

penjejak maya said...

ana,

itulah yang sebaiknya best kalau ada orang pandai masak..

penjejak maya said...

w/salam sahromnasrudin,

itu la lain kali bagi la vacuum sape pun tak bising hehe..

penjejak maya said...

elly,

alhamdulillah rezeki tu..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

dah 16 hari puasa; baru sekali ke bazaar ramadhan.

tak berkesempatan...

MaizaC'Joe said...

Salam PM

Maiza bekerja dng Majlis Bandaraya. sebelum Ramadhan ada keluar tender mcm2 dan utk tapak bazar jg.. sampai ada yg saling bertumbuk berebut tapak bazar... adeh tak pasal2 lebam!!

Alhamdulillah rezki duit raya :)

Relevan said...

Ada peniaga Murtabak mengaru betis..kemudian siap menebar semula..

penjejak maya said...

relevan,

majoriti peniaga murtabak tak basuh telur pun yang telur ayam tu la..

penjejak maya said...

w/salam maiza c'joe,

dorang yang bergaduh tu tak tahu nak menghargai roh ramadhan itu sendiri..

penjejak maya said...

a.z.r.i.n.a 03.07,

takpe bukannya best sangat pun bazar ramadan ni hehe..