suasana di pasar Datok Keramat
Hari ini penjejakmaya berkunjung ke Pasar Datok Keramat. Tujuan utamanya nak membeli daun ketupat. Daun ketupat ini nanti akan dianyam oleh mak dan adik perempuan pula. Penjejakmaya tak reti menganyam daun ketupat ini cuma pandai makan je hehe. Esok mungkin beli daging pula sebab esok di sini ada pasar tani edisi raya. Kalau di kampung penjejakmaya esok dikira sebagai hari bantai/mantai dan suasananya tentu lebih meriah. Lepas beli daun ketupat tu singgah beli air oren. Air oren ni mesti ada masa raya. Bebudak kalau datang beraya kekadang minum air oren ni je. Lepas itu tentulah nak duit raya pula. Mungkin kalau rajin esok pergi ke jalan TAR. Kalau hari akhir ini biasanya ada jualan lelong stok kuih raya yang tak habis tu. Kalian pula bagaimana? Mesti tak menang tangan untuk persiapan mutakhir ini. Apa yang lebih penting ialah dalam persiapan kita ini biarlah kita bersederhana tetapi kemeriahannya tetap terasa jua.
ulasan: Hari raya ialah tanda kemenangan umat Islam melawan hawa nafsu. Semoga segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini diberkati oleh Allah SWT. Untuk kesekian kalinya SELAMAT HARI RAYA..
50 comments:
memang best shoping last minute neh...semua harga borong jer jual... :)
salam ziarah,
tahun nie tak sempat lagi nk pi jalan TAR. ingat besok nak r try pegi la..hopefully ramai org dah balik kpg n tak ramai orang kat KL nie..
Selamat hariraya maaf zahir dan batin "bersederhaan amalan mulia"
Salam mr.PM
seronok ye raya kat KL..kat kg pun buat cam tu juga..tapi yg tak tahan jem manjang ;-hb akak pakar anyam sarung ketupat ,takyah beli amik kat pokok kelapa je.
Ketupat pulut kami tempah siap je.
wow...air oren..
i like...tapikan...sejak dh berusia 30an...tamo lah air oren..air suam dh sedap...heheh
selamat ari raya PM
Salam..
Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
Salam...
Seronok dok kat sana ada harga borong..
Pada awal ramadhan dulu sempat singgah di Jln TAR, dapatlah beli baju melayu sepasang..:)
salam:)
Ada untungnya jgk bila shopping last2 minute nihh..:):)
ermm..:) dah lama tak ke jln TAR!rindulah pulak!:)
Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir & Batin..
w/salam pn kartini,
jalan TAR tu nostalgia bagi saya terutama masa kecik2 dulu kat situ la pergi sebab tak byk lg pilihan lain..
nanti buat la rombongan ke sana hehe..
w/salam abd razak,
orang dok swak pun dah sampai ke jalan TAR..
harganya boleh tahan murah tapi tak suka berasak2 je..
w/salam acik,
terima kasih dan selamat hari raya buat anda sekeluarga moga berbahagia di hari lebaran..
siti ruhayu ab rahman,
air oren gas tu tak boleh amalkan sangat sebab banyak gula hehe..
cuma air oren dengan raya tak dapat dipisahkan..
w/salam kak wan,
saya lebih suke suasana beraya kat kampung cuma tahun ini beraya kat KL sebab orang tua ada kat sini..
ketupat dengan raya pun tak dapat dipisahkan jua..
akuanakpahang,
selamat hari raya jua eloklah kita berbelanja secara berpada je kan..
w/salam maszuber,
kalau ramai yang balik kampung pun warga asing bersepah pula kat situ hehe..
tadi ingatkan nak pergi tapi hujan pulak..
ana,
benar memang best tapi kekadang apa yang kite berkenan tu dah abis hehe..
dah lama tak shopping jalan tar, maleh tul nak bersesak-sesak.. k slamat bersiap nak raya. esok posa sehari, jangan raya plak kang kena denda sribu tu
Salam Lebaran. SElamat menyambut Aidilfitri maaf zahir dan batin.
Salam 30 Ramadhan PM
pasar keramat tempat saya lalu lalang setiap hari
Insyaallah raya nanti boleh jumpa
Wassalam
Assallamualaikum,
mama ucapkan Selamat Berhari Raya..
Takkan nak minum oren ja..raya ni...kalau mama ziarah rasanya nak minum teh O dan ditepi swimming pool.
Maaf Zahir Batin.
w/salam nadz,
terima kasih dan selamat hari raya semoga berbahagia di hari lebaran..
minum teh o kat swimming pool tu sambil makan kuih raya kan hehe..
w/salam rozali,
mungkin kita ada berselisih jalan mana tau kan..
w/salam drsam,
terima kasih dan selamat hari raya buatmu jua moga bergembira di hari lebaran..
cemomoi,
memang saya pun tak suka bersesak sebab tu fikir 8 kali nak gi jalan TAR tu..
mekaseh la atas ingatan tu hehe..
selamat hari raya maaf zahir batin.
Salam PM..hari ni..sibuk nak mengemas pulak..nak gantung langsir la..nak vacum la..tapi kurang sibuk la hari ni..semalama memang betul2 sibuk..
SaLam...
SemoGa 11 BuLan AkaN Datang Kiter Dapat LAwan NAfSu Seperti Yang Kiter LakuKan Pada Bulan RamaDhan
wawawa seronotnya. saya tak pergi mana2 pasar pun. tapi niat nak menganyam daun ketupat tu adalah. :)
p/s : hari ni je pun baru nak belajar.
Salam PM...
wahh saya pun tak pandai menganyam ketupat tu.. belajar, tapi tak pass2..hehe..
selamat hari raya...maaf zahir batin kut2 ada tersilap bicara..
w/salam afida anuar,
kira ade geng la ni hehe..
sama la selamat hari raya gak maaf jika ada terkasar bahasa..
moga riang ria di aidilfitri..
live.love.laugh,
takpe la esok pun nak berjalan jauh beraya..
p/s: semoga lulus dapat diploma menganyam ketupat hehe..
w/salam kak erna,
dalam kesibukan itu kemeriahannya tetap terasa kan..
dah ramai tu boleh la buat agihan tugas jua..
endiem,
terima kasih dan selamat hari raya buatmu jua semoga berbahagia di aidilfitri..
w/salam daya,
semoga selepas ramadhan ini kita mempunyai anjakan paradigma yang lebih positif jua..
p/s: blog anda ada malware berpunca daripada gengblogger tu so saya tak boleh nak bukak harap maklum..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI YA....Mohoh kalau ader silap, diampuankan Ya....:-)
datok keramat tu dah dekat le rmh kita hehe
salam aidilfitri sekali lagi.. maaf zahir batin
salam,
ziarah lepas raya....ramadhan berlalu dirindui.
selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin
salam aidilfitri juger wat abg PM ittewww.. ja’alanallahu minal ‘aidin wal faizin, maaf zahir batin dr me yg jauh dimata..
Salam Penjejak Maya.
Taqaballahuminna wa minkum 'semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada kamu'. Maaf Zahir Batin.
selamat hari raya PM! eh! raya mcm mne kt umah ko? aku sunyi je xde org dtg pun... aduh...
nick irfan,
selamat hari raya gak awak dok mane gi je open house yg merata-rata tu hehe..
w/salam werdah,
alhamdulillah semoga Allah menerima amal kebaikan kita semua..
en_me,
terima kasih la adik en_me hehe moga riang ria di aidilfitri..
cikgupj,
terima kasih semoga anda berbahagia di hari yang mulia ini..
w/salam ahmad humairi,
terima kasih semoga kita berjaya menjadi graduan di madrasah ramadhan yang lalu..
maiyah,
kalau dekat boleh la saya dtg beraya hehe..
nor_emylin,
kalau ade pun saya dah ampunkan hehe..
wahh..meriah shopping last minute.hehe.
thn ni lgsg tak jejak pun jalan TAR.huhu.
ashra,
saya pun tahun ni tak pergi pun jalan TAR sbb ape yg dicari semuanya ada dekat sini je..
Post a Comment