Thursday, August 5, 2010

Alza atau Exora?


mana satu pilihan hati?

Bukanlah penjejakmaya nak tukar kereta. Cuma tempoh hari menemankan brader penjejakmaya melihat-lihat Alza dan Exora ini. Eloklah tu anak dia pun dah ramai. Bagi saya kedua-dua model ini antara MPV yang terbaik dengan harga antara 60-70k. Kelihatan Exora ini lebih besar daripada Alza. Cukup selesa bagi famili yang anak seramai team bola tampar tu. Tapi kalau anak seramai team sepaktakraw atau bergu badminton tu kereta biasa pun sudah memadai. Tapi, manusia ini memiliki cinta pandang pertama. Sekali menatap sudah jatuh hati. Cuma dalam pemilihan kereta ini usahlah setakat melihat luaran sahaja tapi perlu ambilkira spesifikasi dalaman jua. Kereta boleh juga check luar dan dalam. Tapi kalau manusia pula bagaimana? Bertuah juga kalau menemui insan yang memiliki kecantikan dalaman dan luaran. Tapi adakalanya yang cantik luaran tu tak semestinya cantik dalaman. Yang luaran tu sampai masa akan pudar jua tetapi yang dalaman tu tetap akan cantik sampai bila-bila.

Ulasan: Penjejakmaya lebih berkenan pada Alza kerana nampak lebih kemas dan lebih jimat petrol. Tapi terpulanglah pada hati masing-masing. Tepuk dada tanya selera! Anda pula bagaimana?

p/s: kalau anak seramai team bolasepak nak pakai kereta apa pulak hehe..

68 comments:

Anif® said...

Rasanya Exora lebih best value for money.

Kalau anak sudah seramai team bolasepak.. kena upgrade ke Bas la jawabnya :)

al-lavendari said...

saya berkenan dengan exora .. tapi kerusi tengahnya tak boleh slide ke depan ke belakang. sedangkan "legroom" untuk kerusi tengah masih ada dan kerusi paling belakang terlalu sempit untuk penumpang berkaki panjang.

Sally said...

itulah pasal kata org tua2 rambut sama hitam tapi hati lain-lain..tp rambut skrg boleh dikaler2 pulak cmner nak tahu...

Alza mmg cute..tp kalo ramai yg bersaiz pemain rugbi rasanya kurang sesuai..Exora pun cun gak, padan la dgn reganya.kalo team bola sepak mungkin bas la yg sesuai..

relevan said...

Exora lah besar..boleh bawa awek..sana sinun..

ahmad humairi said...

salam,

kalau anak ramai...naik bas udahle....tapi kalau banyak duitnya, boleh aje belikan anak-anak kereta sebiji seorang!

zue said...

alza dgn viva lebih kurang sama cuma alza d pjgkan sikit..klu 3 org yg bdn2 besar duduk di belakang mmg sempit sbb sy dah rasa...sesuai team2 badminton.

klu team2 bola eloklah exora.

sz | m.s.s said...

vote utk exora...
sbb saya lebih pentingkan keluasan...
hehehee

klu nak kiut pki kancil je :p
lagiiii kiut..kuikuikui

akuanakpahang said...

Kawan minat dan berkenan juga ke Exora tu... :)

penjejak maya said...

sz.m.s.s,

mmg luas exora tu masa jurujual tu tunjuk dia rebahkan kerusi belakang sampaikan boleh tido terlentang kat belakang tu hehe..

penjejak maya said...

akuanakpahang,

sambar la satu hehe..

penjejak maya said...

zue,

tapi alza tu designnya luaran dan dalamannya menarik..

penjejak maya said...

w/salam ahmad humairi,

lepas tu anak beranak berkonvoi la ye hehe..

penjejak maya said...

relevan,

boleh bawak 7 awek sekali gus hehe..

penjejak maya said...

sally,

benar tu kena amik kira susuk tubuh gak kalo memasing badan besar kereta pun kena besar la gak hehe..

penjejak maya said...

al-lavendari,

benar saya perasan gak cuma yang mampu disediakan kerusi tengah dan kerusi belakang direbahkan untuk jadi separas..

penjejak maya said...

anif,

elok la proton keluarkan bas pulak nanti hehe..

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,
kalau anak seramai team bola sepak rasanya kalau beli bas mini ok juga kut hehehe...

piewahid said...

design lawa alza.
praktikal exora...

maslinamansor said...

alza, cantik tapi air-cond tak boleh sampai belakang. Hanya dari depan jer sumber utama air cond.
Kalu exora, besar tapi body kurang menawan. Air cond boleh sampai belakang sebab kat tengah2 ada sumber air cond gak...

Yunus Badawi said...

Kalau anak ramai mcm team bola beli aje bas mini. HEHEHE

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

mana-mana pun boleh dan yang penting selesa..

cheqna said...

yang penting empunya yang nak beli selesa dan suka dengan pilihan hati...=)

Tirana said...

Pasal kereta, kak tirana tak boleh bagi pendapat sebab tak reti..hehehe..Kak tirana tak guna Aiza atau Exora.

Kalau anak seramai team bola sepak, patut beli mini bus kot..hahaha

Abd Razak said...

Salam...

Mana-mana pun tak kisah asalkan ada ciri-ciri keselamatan serta selesa

sweetie2010.blogspot said...

Salam,

Sweetie suka Exora, boleh bawa lebih muatan. modelnya juga cute juger ma...

Cik Amy Sensei said...

emm...

jatuh hati kat myvi pinkkkk tuu..
hehe

Kunang-Kunang said...

Salam Penjejak Maya,

Kecantikan sesebuah kereta ni tak pandangannya antara orang ni dengan orang tu.

Jadi belilah mengikut berkenan dan keperluan.

kak Erna said...

PM..akak minat tengok exora..cantik..tapi minat tengok je..

kak wan said...

Salam PM,
Alza macam Honda Jazz, Exora macam Wish, betul tak?
Akak tak kisah apa kereta yang dipakai tapi ikut kemampuanlah. kalau anak ramai pun kalau kemampuan cuma kancil tak kan nak beli Alphard pulak kan?.

Afida Anuar said...

klu bab body..saya berkenan kat WISH atau CALDINA errr.. takde dalam senarai perbincangan eh..hehehe..

penjejak maya said...

afida anuar,

lain kali la saya buat entri masukkan wish tu pulak hehe..

penjejak maya said...

w/salam kak wan,

yang penting ikut gak bajet memasing kalau boleh mmg nak amik Alphard tu hehe..

penjejak maya said...

kak erna,

kalau minat nengok tampal je poster exora tu kat rumah hehe..

penjejak maya said...

cik amy sensei,

yang spesel edition tu ye..

p/s: jatuh hati dgn myvi ke atau dgn warna pink tu hehe..

penjejak maya said...

w/salam sweetie2010.blogspot,

puas hati boleh masuk ramai2 hehe..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

benar keselamatan tu prioriti..

penjejak maya said...

tirana,

kalau dah ada mini bas boleh tambah lebih ramai anak lg hehe..

penjejak maya said...

cheqna,

ye betul tu dan sesuai juga dgn bajet yg ada hehe..

penjejak maya said...

azrina 03.07,

yg penting selamat sampai kan..

penjejak maya said...

yunus badawi,

elok gak ada bas mini boleh buat part time hanta bebudak ke sekolah hehe..

penjejak maya said...

maslinamansor,

perasan juga tang aircond tu tapi kalau aircond dia kuat cepat terasa seluruh bahgian..

penjejak maya said...

piewahid,

cantik tu sesuatu yang subjektif sbb lain org lain citarasanya kan..

penjejak maya said...

w/salam lipislady,

cadangan tu bagus bukan shj bawak anak tetapi org kampung pun boleh tumpang hehe..

penjejak maya said...

w/salam kunang-kunang,

benar citarasa manusia ni berbeza-beza terpulang la pada hati masing-masing kan..

MaizaC'Joe said...

salam..

klu pilih antara dua.. maiza suka Exora.. tapi maiza pakai toyota :) erk.. hehe..

sebaik2nya kita mahukan kecantikan dalaman tapi kalau dapat sekali dng kecantikan luaran bonus kan....

LiNda said...

Kebetulan, baru2 ini saya berkenan exora ... budget dlm perancangan . hehe

zulkbo said...

salam..
antara kedua tu saya prefer
alza..pengalaman kawan exora
makan minyak kuat..pasti menyesal..saya galakkan beli avanza..minyak jimat,saya ada sebuah..memang tak rugi dan berbaloi-baloi..percaya tak?jika dari KL ke
penang..tak payah tambah minyak..full tank rm80 ada baki lagi..

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

dengar cerita alza tu pun pakai enjin toyota sebab tu jimat minyak gak..

penjejak maya said...

linda,

moga cita2 anda nak memiliki exora tu tercapai nanti..

penjejak maya said...

w/salam maiza c'joe,

kelebihan exora tu boleh bawak ramai orang..

fitrah manusia suka pada kecantikan..

Along25 said...

saya minat exora! adik beradik pun ramai ekekekeke!

Mak Su said...

sy mgkn suka exora, anak ramai, dan saya perlu ruangan utk isi beg2... tapi sehingga hari ni, sy masih bersedan :)

lionteen said...

lionteen xsuke alza:(

sahromnasrudin said...

kne tanye aishah atau azizah dulu???

Qaseh said...

pening jugak kalo nak pilih dua keta ni..dua2 nampak menarik. tp apa yg penting kedua2nya kereta Buatan Malaysia kan. Berbanggalah kita dengan keluaran tempatan kerana ia pilihan yg berbaloi-baloi.

zie said...

salam

dtg ziarah blog penjejak maya (hehehehe silap silap sebut boleh jadi penjejak maut)

penjejak maya said...

w/salam zie,

penjejak maut tu macam malaikat maut..

penjejak maya said...

qaseh,

exora tu bolehlah dikatakan keluaran tempatan tapi alza tu lebih kepada jenama tempatan je rekabentuk dan enjinnya masih buatan luar..

penjejak maya said...

sahromnasrudin,

tanya jangan tak tanya hehe..

penjejak maya said...

lionteen,

pengakuan yang ikhlas hehe..

penjejak maya said...

mak su,

insya-Allah kalau ada rezeki nanti mak su akan memiliki exora tu..

penjejak maya said...

along25,

dah nama pun along 25 tentulah ramai adik beradik tu hehe..

Zaitun said...

Salam ziarah.

Idalara said...

dua2 berkenan tp tersangat lah tak mampu nk beli...

penjejak maya said...

idalara,

insya-Allah kalau ada rezeki tu nanti dapat la dimiliki..

penjejak maya said...

zaitun.

terima kasih kerana berziarah..

Shukei Junior said...

Kalau anak 2 dan buat jalan hr2 keta proton Eb nie bbaloi tak... Alza kcik sgt...nk bwk mak ayah jln pon xlps...

shila hamzah said...

exora betul ke kuat makan minyak sangat ..? masih terpikir2 nak ambil alza atau exora