Wednesday, August 18, 2010

Anak siapa?

gambar misi PBSM ke Palestin sekitar Julai 2010
*sumber Berita Harian

Kelihatan dua orang kanak-kanak Palestin mengutip dan memakan sisa makanan di atas jalan. Akibat kelaparan anak-anak ini tak sedar aksi mereka telah dirakam. Tersentuh hati melihatkan anak-anak sekecil ini terpaksa melalui kesusahan hidup. Barangkali juga, anak-anak ini telah merasai kehilangan orang tersayang akibat ditangkap atau dibunuh oleh regim Zionis laknat itu. Bertuahnya kita kerana tidak melalui saat-saat getir seperti itu. Anak-anak kita pun bertuah kerana sentiasa cukup makan hatta kadangkala membazir begitu sahaja. Seharusnya, kita bersyukur dengan apa yang ada meskipun rezeki yang ada sedikit cuma. Berbanding di tempat lain ada kalangan saudara seagama kita kelaparan dan tinggal dalam penderitaan. Untuk itu, usahlah merungut dengan rezeki yang ada walau kelihatan cuma sedikit. Apa yang lebih penting bukannya kecil atau besar sesuatu rezeki itu tetapi ialah keberkatan rezeki itu di sisi Allah SWT.


ulasan: bantulah saudara kita dengan bersedekah amal jariah meskipun kecil tapi besar bagi mereka yang memerlukannya..

62 comments:

sz | m.s.s said...

sedih ...
di negara lain tengok anak2 kecil terbiar mencari makan...
di negara kita min buang2 anak plak ... :(

zulkbo said...

salam..
aduhhh..sedihnya
inilah yang di mahukan yahudi
agar merempat anak palestin
di bumi sendiri..kita pulak
bermewah makan di sini..

Abd Razak said...

Salam...

Moga Allah permudahkan kehidupan mereka di sana...

kak wan said...

Salam mr.PM,
Negara kita memang mewah dengan makan sebab tu lah ramai yang mati kerana makan .

Afida Anuar said...

Salam PM..sungguh tersentuh hati melihatkan aksi mereka... yer..kat sini kita sangat lah bermewah2, kadang2 sampai berlebih-lebihan. Kadang-kadang sampai buang-buangan...
~sedih..

azieazah said...

Tu pun ramai orang sebangsa seagama kita yang buang anak...

sahromnasrudin said...

salam ziarah..keamanan adalah paling penting berbanding masing2 bangkit mempertahankan hak yang tidak relevan dengan Perlembagaan Persekutuan..

~aSHa~ said...

sbb tu bulan puasa ni penting...supaya kita dapat merasai kelaparan dan kesusahan org lain kan..

maslinamansor said...

Salam,
Semoga Malaysia aman selalu...

ahmad humairi said...

salam PM,

Bulan pose ni...banyak juadah yang terbuang...
baby pun dibuang...huuu

cheqna said...

alahai
sedihnya
di malaysia..kita masih belum bersyukur dengan apa yang kita miliki..

Zaidah said...

keadaan yang mendesak diorang berbuat demikian...seharusnya kita bersyukur negara kita tak macam tu...

Abu Aiman said...

kesiannya... bersyukur kerana kita masih punya makan pakai yg cukup selesa, dan jgn membazir...

penjejak maya said...

abu aiman,

seharusnya kita mengingatkan anak-anak kita tentang nikmat bersyukur dengan rezeki yang ada..

penjejak maya said...

zaidah,

akibat bahana peperangan dan penindasan segalanya mungkin terjadi..

penjejak maya said...

cheqna,

sewajarnya kita sangat2 bersyukur kerana negara kita aman dan tanpa musibah berpanjangan..

penjejak maya said...

w/salam ahmad humairi,

seteruk mana pun kesusahan masyarakat lain yang tertindas itu mereka tak sanggup nak buang bayi pun..

penjejak maya said...

w/salam maslinamansor,

mudah-mudahan negara kita aman dan rakyat hidup dengan bersatu-padu serta makan pun cukup..

penjejak maya said...

asha,

benar puasa banyak mempunyai hikmahnya dan salah satunya ialah seperti yang anda perkatakan itu..

penjejak maya said...

w/salam sahromnasrudin,

benar melalui keamanan hidup akan bahagia dan sama-sama akan saling membantu kesusahan orang lain..

penjejak maya said...

azieazah,

buang anak tu membuktikan betapa ceteknya ilmu agama generasi kita sudahlah berzina lepas tu membunuh pula!..

penjejak maya said...

w/salam afida anuar,

sebab tu harga ayam pun naik mendadak kalau masyarakat hari2 makan ayam hehe..

biarlah berpada dalam berbelanja terutama ketika berbuka nanti..

penjejak maya said...

w/salam kak wan,

benar tu pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetis, sakit jantung berpunca akibat pemakanan yang berlebihan..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

moga mereka juga diberikan kekuatan dalam mengharungi bulan ramadhan ini..

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

ada terbaca artikel kira2 8000 remaja Palestin masih ditahan di penjara Yahudi..

itu tak termasuk yang tercedera dan terbunuh akibat kekejaman zionis itu..

penjejak maya said...

sz m.s.s,

buang anak tu manifestasi kepada keruntuhan akhlak remaja yang puncanya kurang didikan agama..

akuanakpahang said...

Benar bertolong bantulah diatas perkara kebaikan. Turut bersama simpati.

ustaz eds said...

Salm PM
Orang kita mati krn terlebih makan, sedangkan mereka meratap kelaparan
moga tarbiah ramadhan ini, akan menginsafkan kita akan kesusasahan dan penderitaan insan lain

kak Erna said...

PM..alhamdulillah..kita hidup di negara yang aman..

penjejak maya said...

kak erna,

moga keamanan itu terus terpelihara..

penjejak maya said...

w/salam ustaz eds,

moga kita bersederhana jua semasa ramadhan ini..

penjejak maya said...

akuanakpahang,

seharusnya kita jangan tutup mata akan penderitaan orang lain jua..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

sedih teringat anak2 yang dibuang seperti tak ada nilai.

fa*atip said...

salam. tak sanggup la tengok gambar tu. malang sungguh... :(

hai said...

sedihnya...terbayangkan kalau itu la anak2 saya.tapi di sini,bulan ramadhan pun tak berjaya mendidik orang islam supaya tdak membazir..malah ada yang berbangga berbuka di hotel...

penjejak maya said...

hai,

itulah dia teringat semalam nampak iklan berbuka puasa di palace of golden horses seorang RM 85++ duit sebanyak tu kalau seorang boleh buat makan seminggu hehe..

penjejak maya said...

fa*atip,

gambar itu dapat menanamkan kesyukuran dan kesedaran akan penderitaan umat islam yang lain jua..

penjejak maya said...

a.z.r.n.a 03.07,

purata 8 bayi dibuang dalam sebulan teringat kata pensyarah saya ada andaian mengatakan bahawa kalau kes buang bayi ini digembar-gemburkan oleh media massa maka bilangan kes itu akan meningkat wallahualam..

relevan said...

Salam Ramadan..insaf kita..

Ain said...

kesiannya tengok anak-anak yang kelaparan.....

betapa beruntungnya kita disini....

Zaitun said...

Salam

Anak2 disini terlalu mewah sampai sanggup melakukan maksiat dan macam2 lagi.

en_me said...

sodeyy kanns..

sayangsayangibu said...

terkedu
kasihan mereka....:(

Cik_daya said...

kesian nyer..
kiter kat Malaysia nie suke membazir.. orang kat sana kelaparan

* selalu ingat pesan makcik kat Rompin..kalo tak abeskan makanan tu ingatlah pada mereka yang tak der makanan langsung..lepas tu saya akan terus makan sampai abes.. tak elok membazir

salam ziarah.. terima kasih lawat blog daya

penjejak maya said...

cik daya,

teringat pesan mak dulu mase kecil nasi tu nangis kalau tak abis makan hehe..

penjejak maya said...

sayangsayangibu,

moga nasib mereka berubah nanti..

penjejak maya said...

en me,

moga kesedihan tu tak berpanjangan..

penjejak maya said...

w/salam zaitun,

budaya hedonisme tu pun boleh mendorong ke arah kejahatan..

penjejak maya said...

ain,

benar harap2 kesenangan dan keamanan yang kita lalui akan berkekalan..

penjejak maya said...

w/salam relevan,

kita patut bersyukur dengan apa yang ada..

Idalara said...

salam..
pasti rasa sebak bila lihat penderitaan anak2 mereka..anak2 biarpun yatim tetap cukup mkn pakai...berbanding mereka kehilangan segala..

Scanna Myleez said...

salam...
anak-anak adalah anugerah yg
amt berharga...so jgala ia sebaik
baiknyer...

sweetie2010.blogspot said...

Salam Penjejak Maya,

Sedih melihatnya, Kita disini begitu mewah dengan makanan. Sampaikan ada buang2 makanan.

2 hari lepas tengok nostalgia ramadhan bersama Hamid Gurkha cerita dia waktu perang Jepun, ada yang kutip nasi dijalan. Begitulah bila keadaanya perang. Bersyukurlah kita dengan kehidupan sekarang dan janganlah membazir, bersedekahlah kepada mereka yang memerlukan.

ana said...

sedihnya...nak menitik air mata tgk gambar ni. kita sememangnya patut bersyukur sesgt lahir di negara yang aman.

LiNda said...

Salam Penjejak Maya . Harap awak sihat ...

Memang sedih . Rasa insaf sangat .

penjejak maya said...

w/salam linda,

moga senario seperti itu tak berlaku di negara kita..

penjejak maya said...

ana,

dalam pada kesedihan kita patut bersyukur dengan keamanan negara kita moga berkekalan jua..

penjejak maya said...

w/salam sweetie2010.blogspot,

benar kekadang membazir begitu sahaja..

zaman ubi kayu lagi menderita hidup masa tu beras sukar nak dapat, tiada makanan berkhasiat, penyakit merebak semoga generasi hari ini mengambil iktibar bencana akibat peperangan ..

penjejak maya said...

w/salam scanna myleez,

benar anak tu ibarat kanvas putih dan kita yang akan mencorakkannya..

penjejak maya said...

w/salam idalara,

mungkin kita rasa hidup kita susah tapi ada orang lain lagi susah hidupnya justeru patut bersyukur jua..

light 0F happiness said...

salam penjejak maya :)
kesian sungguh..

penjejak maya said...

w/salam light of happiness,

benar kesian sungguh moga tak terjadi pada generasi kita nanti..