Monday, August 2, 2010

kupasan buah...

langsat, manggis dan durian

Hari tu abang penjejakmaya membawakan buah-buahan ini. Kebetulan kampung isterinya mempunyai dusun buah-buahan. Maka penjejakmaya berhadapanlah dengan trio buah ini. Nak kupas buah langsatlah paling mudah sebelah tangan pun dah berjaya. Manggis tu pulak kena gunakan kedua-dua tangan tapi payah sikit je. Nak kopek durian ni pulak tak bolehlah gunakan tangan kosong sahaja. Perlu bantuan alatan lain macam parang tu.

Begitu jua dalam hidup kita. Lumrah sahaja didatangi pelbagai masalah. Kebiasaannya masalah tu boleh selesai dengan mudah macam kupas buah langsat tu. Adakalanya sukar juga nak selesai masalah tu macam nak kupas buah manggis tu. Tetapi kadangkala masalah tu tak mampu nak selesai kalau berhadapan begitu sahaja. Perlukan cara lain untuk merungkainya. Macam kopek buah durian tu tadi. Tapi ada juga orang yang tak pandai langsung kopek buah durian tu hehe.


ulasan: sebaiknya apabila berhadapan dengan rezeki tu nikmati je la tak usah nak fikir tentang masalah pulak.. cintai la jua buah-buahan tempatan.

72 comments:

Acik Erna said...

PM..buah2an tempatan yang sedap dimakan..boleh pulak..PM dapat idea tu ye..dikaitkan dengan kehidupan..

cheqna said...

salam
bila dah nampak buah..dah tak ingat mende lain dah..
makan je la..
hehehehehe

Chenta said...

Suka buah free !

Abd Razak said...

Salam...

Saya suka manggis dan langsat, durian kurang sangat ..:)

Walau pun durian itu sukar dikopek tapi hasilnya semua orang tahu kan! Begitulah kalau masalah itu besar, apabila dapat menyelesaikannya nikmatnya begitu indah.

terokai seni said...

baru lepas pekena durian, sebab takde dusun jadik jumpa pak dusun kat tepi jalan je la... order saje

mak encik | SZ said...

wahhh syoknyaaaa..
kita p dusun pasar malam / kedai buah je..uhuksss...

kak wan said...

suka sangat buah durian ; tapi..
nak kopek kena beringat, makan lagi kena beringat.

Abu Aiman said...

tahun lepas kena satu jahit kat ibujari kiri, bukak durian punya pasal...

sahromnasrudin said...

salam..wa tgh cari buah ciku??? PM ada ke???

penjejak maya said...

w/salam sahromnasrudin,

buah ciku kat kampung pm ade la teringat dulu selalu panjat pokok amik buah ciku tapi kena hati-hati kat getahnya pastu yang belum begitu masak kitorang letak kat bawah rumah sampai masak.. nostalgia betul hehe

penjejak maya said...

abu aiman,

belum sempat makan durian tu dia dah makan kita dulu..

penjejak maya said...

kak wan,

bab kopek tu selalu beringat tapi bab makan tu selalu lupa diri hehe..

penjejak maya said...

sz m.s.s,

yang paling best kalau kita pergi sendiri dusun tu makan kat situ juga hehe..

penjejak maya said...

cemomoi,

takpe asalnya pun dari dusun juga hehe..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

nak mudah durian tu beli yang siap dikopek tapi tak mencabar la pulak hehe..

penjejak maya said...

linda,

yang free dan sedap kan !

ahmad humairi said...

salam,

dalam banyak-banyak buah...
buah apa yang cerdik?

murid saya takleh jawab soklan ini..

penjejak maya said...

w/salam cheqna,

buah-buahan tempatan sebenarnya mmg best dan banyak khasiat kalah buah-buahan import tu..

penjejak maya said...

kak erna,

benar sedap dimakan.. tu la makan sambil berfikir hehe..

penjejak maya said...

w/salam ahmad humairi,

buah dadu kot sebab ade nombor kat situ hehe..

nadz said...

Assallamualaikum Pm,

Makanlah buah-buah tempatan..
kalau ziarah orang sakit kat hospital..kenapa kita suka beli limau dan apple ye..
Kalau bawa durian agak-agaknya apa nak jadi..
Dah lama tak ziarah sini..tu pasal mama tanya soalan tu..

annie said...

salam, memang lah, ada kaitannya cara kopek buah tu dgn kehidupan kita seharian, dan dekat sgt dgn corak kehidupan yg saya lalui, yg mana kdg2 senang je nak settle dan kdg2 buntu sehingga perlukan bantuan orang lain utk selesaikan.

BRAVO BRO !!!!!!!!!!

Aku Anak Pahang said...

Paling mudah kopek buah pisang jadilah dia " bagai pisang lupakan kulit" hehehehe...

Selamat hujung minggu.

ckLah @xiiinam said...

Bagi yang pakar, mengupas durian itu mudah. Tapi, bagi sesetengah orang pula memang payah...

Masalah pun macam tu. Bag sesetengah orang, mungin masalah yang dianggap ringan oleeh orang lain, adalah berat amat bag dia...

Moga Allah mudahkan setiap jalan kita...

ckLah @xiiinam said...

Maaflah ejaan banyak salah tu...
Masalah besar bagi saya tu...seorang cikgu BM..he..he..(Err..salah aksara kekunci telefon ni..kecil sangat)

Adinda Amy Sensei said...

salam penjejak maya..

aduhai.....sayalah orang kampung yang tak berapa suka makan buah durian..tak tahu kenapa..hehe..

sudah bertahun-tahun lamanya saya tak makan buah manggis..masa zaman jadi budak kecik dulu-dulu ada gakla makan buah manggis ni..tapi takde lak timbul rasa rindu nak makan buah ni pun...hehe..

tapi..buah strawberi tetap di hati walaupun payah bebeno nak mendapatkannya...haha..

atuk said...

Assalamualaikum Penjejak Maya

PM bijak
kaitkan buah2an tu dgn penciptanya

taniah

Wassalam

zulkbo said...

salam,
memang sedap buahan tempatan ni
saya lagi suka dari buahan import

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

benar kita harus mengutamakan buah-buahan tempatan..

penjejak maya said...

w/salam rozali,

terlintas di fikiran saje tu..

Werdah said...

Salam Penjejak Maya

Sana sini makan buah tempatan sekarang ni.. alhamdulillah..

Benar juga apa yang dikisahkan oleh di sini.

penjejak maya said...

w/salam cik amy sensei,

susah nak percaya orang kampung yang tak suka durian dan tak minat manggis tapi minat strawberry pula hehe..

nanti kalau kawen dengan orang yang minat durian tu camne la agaknya ye jgn mare hehe..

penjejak maya said...

w/salam werdah,

sedang musim buah sekarang ni..

penjejak maya said...

cklah@xiiinam,

kalau nak senang beli yang dah siap kopek tu je tapi kurang la cabarannya ..

takpe la kalau tersalah eja tu saya tak potong markah hehe..

penjejak maya said...

akuanakpahang,

pisang tu selalu makan tapi buah-buahan ini jarang makan hehe..

penjejak maya said...

w/salam annie,

setiap orang menghadapi masalah memasing terpulang juga cara penyelesaiannya tapi yang pasti masalah tiba tak kunjung padam..

penjejak maya said...

w/salam nadz,

kalau bawak durian kat spital tu nanti doktor marah hehe..

tapi elok juga bawak buah-buahan tempatan yang lain..

Afida Anuar said...

Aduhhh tengok buah durian tu, agak menggugat rasa, ni rasa tak sabar nak pi cari kat pasar malam selasa ni....owhh kalau PM nak tau, saya hantu durian!!!..hehe...

Tirana said...

Buah durian itu kegemaranku...hehehe..tapi sejak kawin tak dapat makan selalu macam dulu sebab suami tak boleh bau durian. Kena tunggu dia outstation baru dapat bawa masuk buah durian ke dalam rumah.

Zaidah said...

bila kita tak suka makan buah tempatan maknanyer nikmat yang allah berikan kepada kita dah ditarik balik...tapi zai suka buah tempatan...sedap...

sekadar satu coretan said...

salam..
buah2an tempatam mmg sedap saye paling suke buah rambutan...anak2 pulak tersgt la suke buah durian...

Sally said...

hhehe datang musim buah ni memang seronok kalau ada kebun kan.

penjejak maya said...

sally,

benar lagi puas hati ada kebun sendiri..

penjejak maya said...

w/salam ainnoraini,

saya suka jugak buah rambutan tu cuma kalau saya makan bebanyak lepas tu batuk-batuk lak hehe..

penjejak maya said...

zaidah,

buah tempatan kita dari segi khasiatnya jauh mengatasi buah import cuma tak ramai yang menyedarinya..

penjejak maya said...

tirana,

jarang dengar lelaki tak minat dan tak boleh berbau durian ni tapi takpe la cuma sesekali bila teragak nak makan durian tu pandai-pandai la ye hehe..

penjejak maya said...

afida anuar,

cari jangan tak cari .. hantu durian tu macam dalam cerita upin & ipin tu ke hehe..

Mama JnJnJ@Sue@Anang said...

salam..suka makan buah2an tempatan..
ada pernah cuba buah terap tak?
:-)

al-lavendari said...

salam.

saya suka dengan falsafah yang diterbitkan dari persoalan hendak mengopek buah !

yang paling senang nak makan, ialah buah laici dalam tin !

Relevan said...

Buah pulasan sahaja yang kena pulas untuk dibuang kulit..

piewahid said...

analogi yg menarik.
tapi paling sedap buah free & org tolong kopekkan... :)

penjejak maya said...

piewahid,

buah durian tu kalau malas kopek beli je yang siap kopek tapi kalau amik kat dusun kita kena la kopek sendiri..

penjejak maya said...

relezan,

sebab tu nama dia pulasan ye hehe..

penjejak maya said...

ralat sepatutnya relevan..

penjejak maya said...

w/salam al-lavendari,

lagi payah sebab nak cari alat pembuka tin tu pula hehe..

penjejak maya said...

mama jnj,

buah terap tu selalu dengar tapi mungkin tak pernah makan lagi kot..

azieazah said...

Salam PM...

wahhh banyak tul ulasan tentang buah. Dasatttt...

sweetie2010.blogspot said...

Salam kenal,

Kak Sweetie bab kopek durian alamat faillah. tak pandai..dah la tajam, keras la pulak...mau tangan luka kena parang dan duri ma...

Masalah sentiasa ada dan jalan penyelesaiannya pasti ada. kena usaha..cam kopek buah juga.

DrSam said...

buah-buahan tempatan memang setanding dengan buah-buahan luar negara. malah dengan kehijauan, kesuburan dan kepelbagaian yang ada di negara kita ni, kita mempunyai lebih banyak kelebihan.

harap-harap musim manggis tahun ni sempat balik kampung.

Anonymous said...

Salam Penjejah Maya,

Belajar beritahu hati, hidup mesti ada masaalah.

Best yer sesiapa yang ada dusun buah-buahan.

penjejak maya said...

w/salam kunang-kunang,

seorang pujangga barat pernah berkata hidup ini untuk menyelesaikan masalah..

memang best kerana puas menikmatinya hehe..

penjejak maya said...

drsam,

benar kalau kita sendiri tak menghargai buah-buahan tempatan siapa lagi..

manggis tu kalau kat Jepun harganya berlipat kali ganda hehe..

penjejak maya said...

w/salam sweetie2010,

suruh je la cik abang tu kopekkan yang pasti kalau tak mampu lakukan mintak bantuan sesiapa..

penjejak maya said...

w/salam azieazah,

musim buah sekarang ni hehe..

MaizaC'Joe said...

salam penjejak maya

PM... yang susah itu lah paling sedap kan.. nikmatnya lebih :)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

bila makan mertua lalu pun tak nampak dah..

Bunga Rampai said...

Salam membalas kunjung :)

Kalau tak pandai kopek, kenalah belajar ;)

Rozita said...

salam;
daKu mmg penggemar buah2an itu, tp aku tak suka pada masalah...

penjejak maya said...

w/salam rozita,

masalah tu datang dan pergi..

penjejak maya said...

w/salam bunga ramapi,

belajar daripada yang pandai..

penjejak maya said...

azrina 03.07,

menantu tu sedang mengidam buah..

penjejak maya said...

w/salam maiza c'joe,

benar jua sebab yang susah tu la paling berbekas..