Sunday, August 15, 2010

Otak mana?


Dalam otak manusia terdapat bahagian otak kanan dan otak kiri. Otak kanan melibatkan pemikiran kreatif, berimaginasi, berperasaan, bersifat seni dsbnya. Manakala, otak kiri melibatkan pemikiran secara linear, menggunakan logik, fakta, matematik, berfikir mengikut urutan, menganalisis dsbnya.

Pernah masa sekolah dulu, guru penjejakmaya menunjukkan cara pengujian otak kanan atau otak kiri ini. Setelah penjejakmaya uji sendiri memang sah lebih cenderung dengan otak kanan. Walaupun masa tu ambil aliran sains tulen tapi memang kurang minat tentang sains dan matematik itu. Bila masuk U pun penjejakmaya pilih bidang kemanusiaan. Kini apabila mula sambung belajar semula berhadapan pula dengan paper statistik ini. Tak boleh nak elak sebab ini paper wajib. Sesetengah orang mungkin tiada masalah nak fahamkan statistik ini. Tapi penjejakmaya agak terkial-kial juga memahami statistik ini. Susah juga nak melekat dalam kepala ini. Terutamanya yang melibatkan banyak formula untuk mencari penyelesaian masalah. Mungkin selama ini terlalu bergantung pada otak kanan. Tapi hakikatnya itu semua bukanlah alasan untuk tidak berjaya. Berpeganglah pada kata-kata bahawa kita menggunakan kedua-dua bahagian otak untuk belajar dengan cemerlang. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..


ulasan: Anda cenderung menggunakan otak mana?

"Kita adalah kejadian yang sempurna tetapi apa yang kita lakukan selalunya kurang sempurna"

44 comments:

sahromnasrudin said...

salam..penjejak maya sambung masters ke??? sambung kat ne?? mahal tak kosnya???

cheqna said...

cheqna dua2..boleh??
huhuhu
selamat berpose PM

Afida Anuar said...

Salam PM... oooo..

saya pula minat bab2 matematik dan statistik ni...dari sek rendah..sampai ke U. Subjek ni la yang paling saya score..hehe

Memang sy ni cenderung kat otak kiri rasanya. Haritu pun ada buat test wanita yang berpusing tu..memang ke kiri! ohh..

PS: Nanti saya boleh ajarkan PM subjek statistik ni, tapi taraf degree aje la. bukan master...hehe.. yer, buat kat mana master tu ya?

penjejak maya said...

w/salam afida anuar,

saya kurang minat bab2 matematik ni dan subjek ni la markah paling rendah..

saya kalau test dari dulu sampai harini mmg otak kanan je..

p/s: lebih kurang je kot sbb masa degree tak pernah amik pun.. elokla tu nanti kalau ada yang tak paham saya tanya cikgu nanti hehe..

penjejak maya said...

cheqna,

seeloknya kena guna dua2 sekali gus..

selmt berpose juga..

penjejak maya said...

w/salam sahromnasrudin,

benar saya sambung master.. upm.. kosnya bergantung pada U mungkin mula2 masuk tu RM 2 ribu lebih lepas tu berkurangan la sikit.. kos belajar ni saya tak bayar sebab majikan tanggung sepenuhnya..

mak encik | SZ said...

saya cenderung otak kiri! left-handed kot...ihiksss...

piewahid said...

saya otak kanan, confirmed!

kanan dan kiri bak adam dan hawa, saling melangkapi.

slmt bbuka puasa

Werdah said...

Salam Penjejak Maya.

Kak minat dengan metamatik subjek dan pengiraan, kalau sejarah dan sastera kurang.

ustaz eds said...

salam PM
teringat filem zombie....otaakk...otakkk...otakkk
heehehehe

Acik Erna said...

salam PM..selamat berbuka dan bersahur..dah tua2 ni..lagi lah akak malas nak berfikir.yang masih muda tu..teruskan lah mencari ilmu..

azieazah said...

Kata orang sesapa yang kidal, dia guna otak kanan, betul?

so, saya guna otak kanan.

kak wan said...

Salam mr.PM.
Bagi akak tak kiralah kanan ke kiri ke..janji kalau nak buat sesuatu tu lebih baiklah pakai otak yang terletak di kepala ye..opps bukan kepala lutut.

Aku Anak Pahang said...

Salam ramdhan sahabat.
Otak kiri kanan kena guna baru ada imbangan tak gitu? Semoga sihat ceria sentiasa.

penjejak maya said...

w/salam akuanakpahang,

gitu la sepatutnya..

nidus2 said...

Dalam merekacipta aku guna kanan bila mengira aku guna kiri...barulah jambatan tak goyang...betul tak?

penjejak maya said...

nidus2,

sebab itulah kena pakai kedua2nya kalau tak tak siap la jambatannya hehe..

penjejak maya said...

w/salam kak wan,

yang penting buat sesuatu kena pakai otak kalau tak buruk kesannya..

penjejak maya said...

azieazah,

pernah dengar ungkapan tu tapi tak pasti kebenarannya tu..

penjejak maya said...

w/salam kak erna,

sebenarnya malas gak nak fikir2 panjang terutamanya masalah matematik ni tapi dah orang suruh belajar hehe..

penjejak maya said...

w/salam ustaz eds,

cerita zombi kampung pisang ye hehe..

penjejak maya said...

w/salam werdah,

saya pula sebaliknya hehe..

penjejak maya said...

piewahid,

kedua2 kena ada kalau rosak salah satu nanti jadi sewel hehe..

penjejak maya said...

sz m.s.s,

nanti boleh uji tu..

atuk said...

Salam Ramadhan PM

dah tua tua ni otak kurang aktif
makan tidur jeee
he he

Wassalam

Abd Razak said...

Salam...

Selamat berpuasa moga sihat hendaknya..

Saya ni dua-dua kot, tak boleh nak agak..:)

Alimaz-Kembara Terasing said...

saya cenderung kepada otak kanan...

penjejak maya said...

alimaz-kembara terasing,

sama la kita..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

mungkin saudara seimbang agaknya..

t.kasih selamat berpuasa & moga sihat jua..

penjejak maya said...

w/salam rozali,

bila dah tua otak pun penuh dengan pengetahuan dan pengalaman..

Maiyah said...

ermm.. yg kanan gak.. sy ni berseni hehe..

MaizaC'Joe said...

Salam PM

Maiza minat math & sains.. hehe.. Maiza cenderung otak kiri rasanya.. study IT.. kerja tukang kira ++ :) study dulu statistik kacang :) tapi taraf biasa2 ja la.. xda la master..

~aSHa~ said...

more ke otak kiri..dari dulu hingga kini

ahmad humairi said...

salam ramadan almubarak,

saya cuma guna otak...malas nak pikir guna yang kiri dan kanan...PM tahu kot aku guna otak belah mana kalo cenggini.

maslinamansor said...

Selalunya siapa yang mengunakan tangan kanan, dia akan cenderung mengunakan otak sebelah kiri... begitulah sebaliknya....

Rasanya mas otak sebelah kiri

hai said...

salam..
rasanya dua2 bahagian pun guna kot..baru2 ni husband saya eksiden dia tercedera sebelah kiri dan kepala belah kiri injured teruk..menyebabkan dia lost memori beberapa ari...belah kiri simpan memori kot..

penjejak maya said...

w/salam hai,

mungkin kot..

saya simpati dengan husband anda moga dia cepat pulih seperti sediakala..

penjejak maya said...

maslinamansor,

mungkin juga..

minat kira mengira la ni hehe..

penjejak maya said...

w/salam ahmad humairi,

saudara nampak kreatif dan berseni orangnya otak kanan la tuu..

penjejak maya said...

asha,

jangan lupa guna belah kanan juga hehe..

penjejak maya said...

w/salam maiza cjoe,

oo kacang je studi statistik ye..

tapi saya makan kacang masa studi tu hehe..

p/s: makan belah malam la..

penjejak maya said...

maiyah,

macam seniwati la ye hehe..

sweetie2010.blogspot said...

Salam,

Sweetie lebih menggunakan otak kanan dari kiri.

penjejak maya said...

w/salam sweetie2010.blogspot,

sama la kite hehe..