Saturday, September 11, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

barisan kuih raya

Semalam sudah berlalu hari raya yang pertama. Kemeriahan dapat dirasai dengan berkumpulnya satu keluarga. Walaupun ada ahli keluarga yang beraya di tempat lain. Kuih raya ini kebanyakannya dibeli sahaja. Mak penjejak maya pun mana larat nak buat kuih macam dulu lagi. Tapi kekadang yang abiskan kuih raya tu pun bukan tetamu yang datang pun sebaliknya tuan rumah juga hehe..

sedang menikmati ketupat

Yang ini sewaktu penjejak maya menikmati ketupat. Ketupat ini penjejakmaya nikmati dengan rendang, serunding atau kuah lontong tu. Hasilnya sepanjang hari raya, penjejakmaya tak menjamah nasi. Hanya ketupat dan kuih raya menjadi santapan. Termasuklah air oren raya tu. Mungkin di sesetengah tempat lebih istimewa lagi dengan nasi tomato, sate, lemang, aneka mi dsbnya. Menu istimewa tempat kalian apa pula?.

ulasan: Selamat makan kuih raya, Selamat pergi beraya dan Selamat keluarkan duit raya..

30 comments:

eelobor said...

entah kenapa dari dulu lagi tak berapa suka makan ketupat

kak Erna said...

salam lebaran PM..kat kampung akak..masa ziarah rumah kerumah..macam2 ada..ada nasi minyak,ada laksa..lemang dan ketupat tak tinggal...ada juga nasi lemak..

maiyah said...

sy nak nasiiiiiiiiiiii lauk ikan masinnnnn ngan kicapppppp.. makkkkk.. nape x msak lauk lagi ni huhuuuuu

kalo raya je.. mak mmg x msak, katanya makan je rendang tu hehe

ahmad humairi said...

salam,

selamat atas segala-galanya.

...dwet raya aku ada 'selamat' sket sbb anak sulung sponsor...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

adeh...
rugi tau kalau tak pekena ketupat

sis punya menu..
ketupat, ayam rendang, ayam kicap, gulai daging lembu, sambal kacang, sambal goreng dan lodeh..

amacam...sis leh naik 5 kilo tak?..

opss...PM..bila ko nak upload pic ko..mana tau..ko nie adik sis ker?..

ana said...

menu biasa kat tempat ana...ketupat, lemang n rendang. selamat hari raya!

akuanakpahang said...

Menu istimewa kawan disini lemang + rendang daging + air tea + rokok sebatang pergh!!

Abd Razak said...

Salam...

Tahun ni alhamdulillah dapat control makan..:)

Live. Love. Laugh. said...

erm pergi rumah saudara hari ni...dia hidang nasik lemak??? pelik oh pelik. nasib merasa makan ketupat kat rumah.

gadisBunga said...

plisss no more ketupat rendang!!! badan dah kembeng ni..hihihi

NICK IRFAN said...

sedapnyer PM eh! ko dok mne cadang nk dtg beraya umah ko? hehe

Kaseh NazLieza said...

selamat hari raya..=))

Werdah said...

Salam.

Setiap tahun raya, anak beranak, ipar duai berkumpul di rumah kak.. Tahun ni langsung tak buat biskut dan kek cuma masak rendang. Lemang beli. Banyak juga dapat biskut raya daripada kawan, ipar dan anak-anak.

Selamat Hari Raya.

kak wan said...

Salam mr.PM,
Kat kg. hb pagi raya makan ketupat nasi dgn rendang,serunding,sayur lodeh dan ada ketika sambal goreng sama ayam masak kicap, hu...hu.air sirap tanpa airbatu dalam gelas yg klasik serta kecik tu...
Akak suka....

melatidaisy said...

salam eid mubarak :)

menu istimewa kt tempat sy = tapai :)

penjejak maya said...

w/salam melatidaisy,

dulu kat kampung saya pun selalu dihidangkan tapai jua..

penjejak maya said...

w/salam kak wan,

memang best tu teringat dulu kalau time raya mesti dapat nengok gelas kecik yang klasik tu..

penjejak maya said...

w/salam werdah,

alhamdulillah musim raya ini dapat jua bertemu sanak saudara dan dapat jua mengeratkan lagi ikatan persaudaraan itu..

penjejak maya said...

kaseh nazlieza,

terima kasih dan moga anda sekeluarga berbahagia di musim perayaan ini..

penjejak maya said...

nick irfan,

kalau datang umah saya beskot kering tu ade la tapi air oren masih ade ni hehe..

penjejak maya said...

gadis bunga,

jadi kembang macam bunga ke hehe..

penjejak maya said...

live.love.laugh,

sedara tu lupe kot hari tu hari raye hehe..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

alhamdulillah biar la kita berpada-pada kan..

penjejak maya said...

akuanakpahang,

fuhh berasap menu tu kan hehe..

penjejak maya said...

ana,

same la kat tempat kite..

penjejak maya said...

siti ruhayu ab rahman,

moga cita-cita nak tambah berat tu tercapai hehe..

opocot nanti ye kalau jadi adik tu kan best boleh selalu makan free hehe..

penjejak maya said...

w/salam ahmad humairi,

moga lenkali dia sponsor baju raye, kuih raye dan segalanya berkaitan raye jua..

penjejak maya said...

maiyah,

yela mak pun nak pergi beraye gak..

penjejak maya said...

w/salam kak erna,

macam-macam ade ye tapi biasanye kalau ziarah umah yang last tu dah tak larat makan lagi minum air oren je kan..

penjejak maya said...

eelobor,

anda seorg yg unik di hari raye..