Thursday, September 16, 2010

Teman baru

teman baru P1 w1max

Susulan daripada entri yang lepas iaitu cakap tak serupa bikin, maka penjejak maya telah beralih kepada P1 w1max ini. Melalui pembacaan pada forum jalur lebar di internet menunjukkan P1 ini agak kurang bermasalah. Kelebihannya juga ialah hanya perlu plug-in sahaja tanpa perlukan talian. Apabila penjejak maya menyemak liputan P1 ini, stesennya pun tak jauh dari sini. Malah, jurujualnya pun memberikan tempoh jaminan seminggu kepada penjejak maya untuk mencubanya. Kalau tak puas hati boleh sahaja dipulangkan. Setakat ini, ok lah jauh lebih baik daripada teman lama dulu.

teman lama celcom broadband

Penjejak maya sudah menamatkan perkhidmatan broadband ini. Walaupun begitu, bukan bermakna celcom broadband ini tak ok. Berdasarkan respon pada entri yang lepas ada blogger yang tiada masalah pun dengan broadband celcom ini. Cuma mungkin di kawasan penjejak maya ini taliannya sudah sesak. Selalunya juga capaian kelajuannya selembab kura-kura ataupun siput . Oleh itu, ada baiknya penjejak maya menamatkan perkhidmatan yang tak memuaskan hati ini.

ulasan lain: Dalam dunia realiti tak mudah kita putuskan teman. Kita perlukan teman dalam kehidupan. Teman yang baik ialah teman yang dapat berkongsi suka duka. Teman yang baik juga yang akan mendorong kita ke arah kebaikan dan mengisi kekosongan hati. Cuma, kalau acapkali menunjukkan tanda ketidakikhlasan, kita pun akan memikirkan sama ada dia sebaik-baik teman buat kita.

p/s: Perasaan penjejak maya bercampur baur apabila membaca dan menonton berita pembunuhan kejam ini. Berasa terkilan juga, mungkin kalau siasatan rapi dilakukan terhadap kes-kes yang dilaporkan sebelum ini, mungkin suspek berkenaan lebih awal dapat dibawa ke muka pengadilan. Mungkin juga pembunuhan kejam ini dapat dielakkan. Tapi, ini cuma andaian sahaja. Nasi sudah menjadi bubur. Moga si pembunuh durjana itu mendapat hukuman setimpalnya.


"Dalam kehidupan binatang tidak mungkin ada yang berhati manusia tetapi dalam kehidupan manusia ada sahaja yang berhati binatang!".


66 comments:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

PM

wah....ada teman baru rupanya...ramai yg kata celcom ada prob...moga2 tak ada masalah lps nie

kes bunuh tukan...mmg hairan. suspek mmg terro leh pulak lepaskan diri dari kes sebelumnya...kalau tak masih ada insan jutawan itu meneruskan kehidupannya

Werdah said...

Salam PM

Tahniah dapat teman baru.. lagi mesra..

Akhirnya kejahatannya terbongkar juga..

Takziah buat keluarga dan sahabat mangsa..

kak Erna said...

PM..abang yang dok pucung..beli juga P1 tu..selepas sebulan menunggu tak dapat liputan..dan yang menjual pun dahnngaku kalah..terus pulangkan balik..guna pulak celcom broadband..memang tengok kawasan la kan..

sayangsayangibu said...

salam lebaran
Harus juga di cuba P1 ni

MUNSYI ragbar said...

Wah, dah ada teman baru...

Dulu dah pernah guna streamyx, P1W1 dan kini Celcom b.b.

Nasib kurang baik...semua buat hal.

Nak kena pindah sebelah pemencarnya kot.

Semoga selalu ber"maya"

sahromnasrudin said...

strimiks juga yang terbaik pada saya yang duduk di luar bandar ini huhuhuhuh

Idalara said...

Alhamdulillah so far ni guna broadband celcom kat rumah ok je..so akan terus guna dia..

Rozali said...

Salam Aidil Fitri PM

comel teman baru tuuuu

saya ada buat n3 pasal broadband
jem giler kata bebudak sekarang
http://atuk-phd.blogspot.com/2010/09/broadband-oh-broadband.html

Wassalam

relevan said...

Sudah dapat awek baru yer..?

Nor_Emylin said...

lin klien tetap celcom broadband 3G..alhamdulillah, wat ms ni lum bermasalah agi la...mungkin area Lin mmg serasi kot..ms kat Damansara lu pun laju gak....P1 mmg laju sbb customer tak banyak agi wat ms ni...tapi membe lin dah setahun guna p1 baru skang ader mslh...adat la tuh kan :-)

penjejak maya said...

nor_emylin,

nak memilih jalur lebar yang mana kena ikut kawasan juga..

kelebihan celcom broadband tu liputannya lebih meluas tapi di sesetengah tempat bermasalah pula..

mungkin bila P1 tu dah sesak jadi macam celcom tu lak nak kena potong lagi hehe..

penjejak maya said...

relevan,

harap-harap awek yang ni lebih setia hehe..

penjejak maya said...

w/salam rozali,

kena banyak bersabar bila berurusan di alam maya ni hehe..

penjejak maya said...

idalara,

teruskan la kalau ok saya pun tak tukar pada yang lain..

penjejak maya said...

sahromnasrudin,

anda telah buat pilihan yang terbaik..

penjejak maya said...

munsyi ragbar,

kekadang tu ikut nasib jua..

penjejak maya said...

w/salam sayangsayangibu,

kena check dulu kawasan liputannya pastu testing la sehari dua sebelum buat keputusan muktamad..

penjejak maya said...

kak erna,

kekadang ada jurujual tu tak jujur walaupun dia tau kawasan tu takde liputan P1 tapi tetap dijualnya..

kalau dah stesen pemancar tu jauh tentu tak dapat liputan yang jelas..

penjejak maya said...

w/salam werdah,

mesra pengguna kan..

mungkin hikmah di sebalik kejadian tu takde lagi la kejahatan oleh suspek itu wallahualam..

makdara TERDIVA said...

eh! samala..MDT pun pakai P1..so far laju mcm angin lalu :)

penjejak maya said...

siti ruhayu ab rahman,

setakat ni ok la hari tu ade masalah tapi lepas komplen semua ok balik..

mungkin suspek itu licik lagi pun seorg pengamal undang2 pastu dengan gelaran datuk dan banyak duit lagi tu sape sangka..

sepandai2 tupai melompat tersembam ke tanah jua..

penjejak maya said...

makdara terdiva,

memang terasa lajunya terutama bila nak download atau gi youtube tu..

luahfikiran said...

SALAM,
NAMPAKNYA BERBLOGING JADI LEBIH AKTIF BILA ADA TEMAN BARU. SETIAP HARI MUNGKIN ADA ENTRI BARU, BETUL TAK BEGITU?

Abd Razak said...

Salam...

alhamdulillah dapat teman baru, mudah-mudahan ia boleh memberikan perkhidmatan yang memuaskan..

Afida Anuar said...

Salam PM..

wah dah ada teman baru nampaknya..tapi di rumah adik saya di shah alam, p1wimax ni mcm bermasalah, walaupun dikatakan stesennya berhampiran..

saya,masih setia dengan streamyx + wireless router.. di putrajaya pun streamyx..di kampung pun streamyx..Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi mengecewakan..

cemomoi said...

takat ni kat kampung je problem sikit dengan celcom tu pon macam orang dulu-dulu pakai henpon, panjat pokok klapa baru dapat line..

ahmad humairi said...

salam 1Malaysia,

hati-hati memilih teman..

zulkbo said...

salam..
nampak hebat ni
mesti laju je kan
selalulah singgah
zulkbo blogspot
Eid Mubarak Kullu Am Wa Antum Bikhair
Ampun dan maaf andai ada kesalahan
di antara kita...

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

tak la laju sangat tapi lebih laju dari celcom broadband tu hehe..

penjejak maya said...

w/salam ahmad humairi,

mekaseh atas nasihat tu..

penjejak maya said...

cemomoi,

nak jelas kena bersiaran atas pokok la ye hehe..

penjejak maya said...

w/salam afida anuar,

nasib baik tak duduk shah alam dengar cite line celcom pun bermasalah kat situ..

setia pada satu ye hehe..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

mudah-mudahan teman baru ni tak menimbulkan masalah sangat..

penjejak maya said...

w/salam luahfikiran,

emmm tak la sebab tak larat nak tulis entri baru hari-hari hehe..

cuma tak la bermasalah sangat nak melawat blog kekawan nanti..

sz | m.s.s said...

walaupun sudah berteman baru, teman lama tetapppp tidak di lupa..besar jasanya tu....lg plak klu nk outstesennnn ;)

Zaidah said...

selamat berteman baru yer PM ku sangkakan apelah tadik tu....

ana said...

bagus la..kdg2 kita kena beralih arah pada yg lebih memuaskan hati...baru x sakit hati hehehe

Mohamad said...

Salam PM,
Salam Ziarah.. Tak kira lah yang baru atau lama, yang penting mana yang sesuai dengan kita. Kalau yang baru pun tak ok, dan ada yang lain lebih baik mesti tukar lagi.. sebagai pengguna kita berhak membuat pilihan.

gadisBunga said...

teman baru lebih seronok kan? hihi

abuafif said...

salam..thanx PM komen kat myblog...tahniah dah guna P1....saya masih setia dengan celcom bb...kat umah guna streamyx la...kat sekolah guna jalur lebar 10gb...schoolnet.....kadang2 guna celcom bb....standby kalau kena kursus kat luar daerah....hotel pun bukan semua wifi free...seri malaysia ok.

azmiroy said...

Celcom..... baru saja bulan lepas saya potong dikawasan saya (Bangi)macam siput mungkin kerana terlalu sesak,dibandingkan 2 tahun lepas mula saya gunakan macam ributtttt. Kini saya beralih kepada Maxis yang buat masa ini mesra pengguna tapi tak tahulah 1,2 tahun lagi...

MasZuber said...

salam ziarah,

bole juge nanti try P1 nie..tp actually tgk area juga P1 nie. sama macam celcom la..

penjejak maya said...

w/salam maszuber,

betul nengok area gak tapi liputan P1 ini belum begitu meluas lagi..

penjejak maya said...

azmiroy,

jalur lebar ini pun bergantung pada tahap kesesakan area berkenaan juga maka sebaiknya kita membuat pilihan yang tepat..

penjejak maya said...

w/salam abuafif,

terima kasih, perkhidmatan broadband ini masih diperlukan juga terutama kalau kita kerap outstation kemudian tugasan itu memerlukan akses internet pula..

penjejak maya said...

gadisbunga,

harap-harap keseronokan itu berpanjangan hehe..

penjejak maya said...

w/salam mohamad,

benar apa yang dikata sebagai pengguna kita ada hak sebab perkhidmatan itu berbayar selayaknya kita dapatkan yang terbaik..

penjejak maya said...

ana,

masa menunggu pun tak la terbuang begitu sahaja..

penjejak maya said...

zaidah,

sangka yang lain pulak ke hehe..

penjejak maya said...

sz m.s.s,

teman lama tu tinggal dalam lipatan memori je hehe..

sonata anak kancil said...

teman baru - yang lama jangan dilupakan terus...kecik hati dia ! kita ni setia pada satu je...he3x

NICK IRFAN said...

bgus PM sbb guna P1max! aku pun tnsion dgn BB celcom ni...

maiyah said...

sy pun ada beli wimax ni tp x dpt liputan dlm bilik le lagipun bukan laptop tp pc, stakat ni pakai celcom ok le

eelobor said...

memang betul....wimax jauh lebih baik & stabil dari broadband lain kecuali streamyx. saya ada pengalaman

ustaz eds said...

salam PM..
masih dalam mood raya...camna ngan teman baru...moga lebih baik dari yang lama...kalau problem jugak, buang ja kat sungai..hehehehe
Teman, masih tetap setia ngan yang lama gak..

penjejak maya said...

w/salam ustaz eds,

sungai jauh dari sini payah nak buang hehe..

kesetiaan tu amat penting kalau boleh nak sampai ke akhir hayat jua..

penjejak maya said...

eelobor,

TM sekarang ada unifi jauh lebih hebat dan canggih cuma tak meluas lagi tapi harganya pun boleh tahan gak..

penjejak maya said...

maiyah,

masalahnya P1 w1max ini ialah kita kena pastikan tiada gangguan wifi tu maka kena letak P1 tu kat tepi tingkap itupun kalau stesennya dapat menerima dengan jelas..

penjejak maya said...

nick irfan,

potong jee..

penjejak maya said...

sonata anak kancil,

yang lama tetap tak dilupakan cuma jadi bahan pameran je la hehe..

NICK IRFAN said...

eh! brapa sebulan ko bayar pakai p1wmaz ni?

DDrfauziah said...

Aslmkm.
:) Si jurujual asyik pujuk & mengumpan Kak G suruh tukar juga!
Kak G masih kurang yakin jer.

Pn Kartini said...

Salam..:)

...nampaknya org sini masih setia dgn teman lamanya..:)
masih dgn celcom broadbandnya...tu pun diguna bila hendak ke mana2 jee..:):)

Pe2 moga serasi dgn teman baru ya!!

penjejak maya said...

w/salam pn kartini,

setia pada satu itu lebih baik..

kalau tak serasi cari lagi teman lain hehe..

penjejak maya said...

w/salam Ddrfauziah,

kekadang penjual tu cuba nak amik kesempatan kite kena hati-hati jua mungkin liputannya teruk di kawasan tu..

penjejak maya said...

nick irfan,

RM 99 amik pakej yg 1.2 mbps - 20 GB tu..