Thursday, June 24, 2010

lagi artis dadah..

dia ditangkap menghisap ganja

Minggu lepas dia ditahan bersama lima rakan termasuk seorang wanita di sebuah apartmen. Ketika serbuan turut ditemui ialah beberapa peket kecil berisi daun kering yang dipercayai ganja seberat 40 gram. Hasil ujian air kencing kemudiannya mendapati kesemua suspek positif ganja dan telah ditahan reman selama 4 hari.

Setelah dibebaskan antara kenyataan mamat ini ialah "saya akan mengundur diri daripada aktiviti seni buat seketika". Tambahnya lagi penahanannya itu angkara perbuatan dengki individu tertentu. "Untuk berhadapan dengan orang ramai saya tak risau, sebab saya pentingkan majoriti orang yang menyokong dan bukannya yang bersifat dengki" katanya.

ulasan: seorang lagi artis yang sebaris dengan artis JA, S, Y, R, B dan A yang pernah disabitkan dengan najis dadah. Moga mamat ini insaf dan tak buat gitu-gitu lagi.

14 comments:

Afida Anuar said...

Salam penjejak maya...

aduhaii..kali ni siapa pulak ni? haritu apek...

masing2 nak menuju lembah kehancuran nampaknya..silakan lah

sahromnasrudin said...

aku paling cian kat jamal abdillah..suara sodap tp dek kerana mende nie, dia hanyut jua akhirnya...huhuhu..
p/s: aku minat lagu di penghujung rindu dia...

ahmad humairi said...

salam,

aku suka suara gemersik saleem...lagu-lagu iklim cukup puitis. jamal, ameng, yasin, benjy dan ringgo - masing-masing punya peminat yang ramai. mereka boleh sahaja menjadi idola dan ikon - jangan ikut dadahnya.

jangan biarkan mereka hanyut....kembalilah ke pangkal jalan.

Abd Razak said...

Salam...

Moga mereka kembali ke pangkal jalan

zulkbo said...

salam..
artis ni selalu menjadi
perhatian media..macam kata2
saiful apek..agak tersentuh juga..
"SAYA BUKAN IKON..HANYA RASULULLAH SAW SAHAJA IKON" jadi jangan contohi saya..berilah saya ruang..maka beliau menarik diri dari dunia seni..wallahualam..

akuanakpahang said...

Apapun alasan boleh diberi.
Namun moral dan jati diri macam mana?

Berentilah buat keje karut macam ini.

maiyah said...

mrk saje yg mngubah dri mrk.. krn xde yg untung pun..

penjejak maya said...

maiyah,

seharusnya mengubah ke arah yang lebih baik..

penjejak maya said...

akuanakpahang,

yang buat macam tu pendek akal namanya..

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

betul kata dia tu tapi dia pun kena fikir dia tu artis dan ada peminat ramai di kalangan budak-budak pun ada tunjuk lah contoh yang baik..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

mudah-mudahan mereka sedar dan insaf..

penjejak maya said...

w/salam ahmad humairi,

tersingkaplah siapa mereka tu yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan..

yang hanyut masih boleh diselamatkan jangan sampai tenggelam saja..

penjejak maya said...

sahromnasrudin,

statistik menunjukkan 10 yang keluar dari pusat serenti hanya seorang sahaja yang benar2 sembuh..

sekali terjebak memang payah hendak tinggalkan..

p/s: saya nyanyi ni ye lagu tu sikit..

Bila kekasih
mengundang aku pulang
mahligai menanti penuh gemilang..

hehe

penjejak maya said...

w/salam afida anuar,

dorang ni harta dah ade anak isteri pun dah ade ape lagi nak cari tak tau lah..

moga semuanya akan insaf dan balik ke pangkal jalan..