Saturday, June 26, 2010

lawak kecemasan



Seorang lelaki menelefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab panggilan lelaki tersebut.

Lelaki: (Dengan nada cemas). "Hello...tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"

Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"

Lelaki: (Dengan nada marah). "Apa la awak ni.. ni laki dia la!"

Jururawat: "Erkk...



ulasan: kalau sudah panik segalanya jadi kelam-kabut seharusnya bawa bertenang...

44 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Penjejak Maya

jururawat tu orang jawa kut
he he

WAssalam

ahmad humairi said...

Salam,

Oang Kelantan : Saya nak pegi wad kecemase..

Oang Perak : Mane ade wad kencing masam...wad kencing manih adele...

akuanakpahang said...

Jangan gelaboh ngat bawak bersabar.
Kalau tak reti ker gaya agak2 dah cukup masanya bawak aje gi sepital.

Yunus Badawi said...

Ada beza ke kalau anak pertama atau anak seterusnya yg nak dilahirkan? Apa punya soalanlah misi tu hehehe

zulkbo said...

salam..
koi tak faham la pulok
he he..

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

misi tu nak tau isterinya nak bersalin anak yg pertama ke tapi suami tu salah sangka pula..

penjejak maya said...

yunus badawi,

ada beza antara nak bersalin anak yang pertama dengan anak yang seterusnya segan pula nak cerita kat sini hehe..

penjejak maya said...

akuanakpahang,

kalau first time nak jadi bapak tu dah tiba situasi mendesak gelabah la juga hehe..

penjejak maya said...

w/salam ahmad humairi,

masalah tu timbul kalau orang kelantan tu nak pergi wad kecemasan kat hospital di Perak..

penjejak maya said...

w/salam rozali,

lupa pula nak check orang mana hehe..

Abd Razak said...

Salam..

Salah fahamlah kiranya ni...panik baru nak dpt anak katakan!

relevan said...

Waka waka..ini lawak antarabangsa..

Abu Aiman said...

hehe, macam2x!
ikut pengalaman, memang panik jugak kalau anak pertama walopon dok ready dari awal lagi.

ustaz eds said...

Salam PM

misi tu kene pegi kursus bahasa balik tu...hu3...

Norgadis Labuan said...

Salam Penjejak Maya.

Hehehe... Lucu pula. Salah faham membawa padah

penjejak maya said...

w/salam norgadis labuan,

maklumat yang ditanya tak sampai tu..

penjejak maya said...

w/salam ustaz eds,

tapi biasanya kalau kes mengandung tu ayat macam tu juga yang ditanya hehe..

penjejak maya said...

abu aiman,

panik seorang bakal ayah hehe..

penjejak maya said...

relevan,

jauhnya pergi hehe..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

agaknya semua yang nak jadi bapa first time macam tu ya hehe..

ikan emas said...

eh lawak ke?

tu baru gelabah cakap dengan misi..kot beranak betul-betul ntah macam mana la pulak

Afida Anuar said...

Salam...erkk...

dalam kalut-kalut tu memang tak sempat nak proses semua yang masuk dalam kepala.hehe..

Cik Amy Sensei said...

salam penjejak maya...

suami dia gabra sangat tu sampai tak faham apa yg ditanya...yang si nurse pun satu hal...nk menanya time tu la gakk ekk..membe dh panik, tak pasal hangin jekk...heheeee...


sabo je laaa... :)

LiNda said...

hahaha

huru hara dibuatnya ..

Pn Kartini said...

Salam:)
Aduhaii..bila panic!macam2 leh jadi ya..
Agaknya si nurse tu terlebih ramah kut!!

kak Erna said...

penjejak maya..soalan pun kena betul..kalau tidak jadi la salah faham kan..

shameel Iskandar said...

Kesian kat jururawat tu

penjejak maya said...

shameel iskandar,

ok lagi tu nasib baik tak kena maki hehe..

penjejak maya said...

kak erna,

benar soalan tu kena jelas patut tanya betul-betul baru tak salah sangka..

penjejak maya said...

w/salam pn kartini,

misi tu nak membantu tapi cara tanya tu tak betul..

penjejak maya said...

linda,

agaknya siapa yang malu nanti hehe..

penjejak maya said...

w/salam cik amy sensei,

susah ya kalau dapat suami gabra ni hehe..

penjejak maya said...

w/salam afida anuar,

kalau jiwa tak tenang segalanya serba tak menjadi..

ketenangan tu penting dalam hidup..

penjejak maya said...

ikan emas,

kalau beranak betul-betul entah2 pengsan si suami tu haha..

LIPISLADY said...

Sallam weh,
Apalah misi tu dia yang lebih kelam kabutnya...

Kunang-Kunang said...

Salam Penjejak Maya,

Sebenarnya bukan nak jadi bapa buat pertama kali jer yang panik, yang pertama kali nak jadi nenek pun panik dan tak senang duduk.

Asyik berdoa dan buat sholat hajat berkali-kali minta anak atau menantu yang nak bersalin tu dipermudahkan dan segera selesai urusannya. Kesian sakit lama-lama.

MaizaC'Joe said...

Salam

bila panic mcm2 boleh jadi.. mujur lagi.. tapi kan apa saja yg berkaitan "first time" sure... panic punya la.. control mcm mn pun mesti terbabas sikit..

sahromnasrudin said...

sib bek dia tanye itu anak pertama dia...klu sia tanye ini sugar daddy dia ke??lg parah huhuhuhuhh

Qaseh said...

mmg lelaki mana boleh sabar cepat je naik darah...xkira sapa dah

penjejak maya said...

qaseh,

sebab tu di samping lelaki tu ade perempuan sebagai penyejuk rasa hehe..

penjejak maya said...

sahromnasrudin,

sampai situ ya hehe..

penjejak maya said...

w/salam maizacjoe,

benar kalau sudah second time nanti segalanya boleh jadi biasa saja..

penjejak maya said...

w/salam kunang-kunang,

teringat pula pesanan orang tua satu cara nak mudahkan bersalin minum air selusuh tapi sama ada benar-benar berkesan wallahualam kerana itu semua kuasa Tuhan..

jadi datuk nenek pun best juga hehe..

penjejak maya said...

w/salam lipislady,

misi tu pun manusia biasa juga hehe..