Wednesday, June 2, 2010

subsidi oh subsidi..

naik tak petrol ni?

Cakap-cakap subsidi akan ditarik balik. Memandangkan hutang negara beratus bilion ringgit. Ada yang cakap Malaysia bakal terjebak muflis macam Greece. Cakap memang senang potong sahaja subsidi. Tiada masalah kalau yang kaya tu. Ada subsidi dengan takde subsidi sama saja. Yang pendapatan sederhana mungkin kesannya tak begitu besar. Sudahnya yang menderita nanti yang berpendapatan rendah tu juga. Misal kata kalau hapus subsidi petrol kesannya nanti harga barang naik. Alasannya, semua barangan dihantar makan minyak. Tak semestinya semua orang bersedia. Jadi, perlulah ada pertimbangan yang rasional. Perlu juga memahami konsep ihsan. Salah satunya memberi keadilan buat semua. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung pula jangan berserak.

ulasan: silap tindakan ada yang tumbang dalam PRU nanti..


20 comments:

zulkbo said...

salam..
heran betul..
tetiba Sime Darby
Pos Malaysia pun rugi
semua tu rakyat ada share
menanggung hutang negaralah
kita..pimpinan yang tak cekap
cakap tak serupa bikin..
terkenang dulu zaman Pak Lah
minyak naik pun bagi subsidi
cash kat rakyat..

Afida Anuar said...

harta negara jatuh ke tangan durjana...begini lah jadinya...erkk...

Abd Razak said...

Salam..

Keadaan sudah tenat..
Rakyat jadi mangsa..

sahromnasrudin said...

apa yg tak cerdiknya ialah yg membuat cadangan nie semuanya org senang..gaji berbelas ribu ringgit..cube interview pakcik selamat kat tanjong karang, pakcik amran kat kuala kedah, pakcik razi kat simpang pertang..baru dia tahu rakyat biasa nie makin terjerat dek penangan jika subsidi ditarik

akuanakpahang said...

Salah langkah pendek rezeki..celupar mulut menderita badan..tarik subsidi tentu menyesal nanti....

ahmad humairi said...

salam,

nak tarik, tariklah.
tapi tariklah macam tarik rambut dalam tepung tu. aku setuju.

tapi kalau tarik macam menarik aur dari pucuknya...rabakkk..banyak yang terluka.

Yunus Badawi said...

Subsidi utk rakyat sendiri apa salahnya. Tapi yg saya tak rela subsidi tu jatuh ke tangan org luar spt org Singapore dan Thailand yg sedap2 isi minyak kat sini.

penjejak maya said...

yunus badawi,

benar nikmat kekayaan dikongsi bersama pula..

penjejak maya said...

w/salam ahmad humairi,

nak tarik tu biar fikir keadilan untuk semua jua..

penjejak maya said...

akuanakpahang,

setiap tindakan ada tindakbalasnya..

penjejak maya said...

sahromnasrudin,

patutnya pakcik yang dok kat kampung2 tu pun ada platform menyatakan pendapat masing2..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

sebab tu sebagai pemimpin disaran mengutamakan kepentingan rakyat dulu terutamanya yang kurang berkemampuan..

penjejak maya said...

afida anuar,

harta tu pun tak boleh bawak ke mati..

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

syarikat GLC menanggung kerugian termasuk juga projek2 kerajaan adakala berbelanja boros tak tentu pasal sudahnya saling menyalahkan..

Werdah said...

Salam Penjejak Maya.

Dah lebih 50 tahun kerajaan bagi subsidi, tiba-tiba pula kata nak bankrap kalau diteruskan.. apa ni..

penjejak maya said...

w/salam werdah,

mana perginya konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan itu..

zue said...

klu semuanya nak naik bila lak gaji aku nak naik ni huhuhu.

relevan said...

Salam penjejak Maya..
ni lah bendanya yang memeritkan kita jika kita pengguna yang sedang sedang sahaja yang benar benar susah lagi lah akan tanggong beban..betul cakap aok..yang kaya raya tiada masalah..

Kawan rasa ramai yang akan membuat penukaran dalam PRU 13 nanti..hehe!

penjejak maya said...

w/salam relevan,

yang kaya menjadi semakin kaya raya..

tau takpe..

penjejak maya said...

zue,

paling best dapat naik gaji hehe..