Tuesday, June 22, 2010

relevankah UPSR & PMR?

menghafal di saat akhir

Ada cadangan mansuh UPSR dan PMR. Alasan pendidikan hari ini terlalu berfokuskan peperiksaan. Kalau perhati pun pelajar hari ini lebih banyak menghafal saja. Ibu bapa pun mahukan anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam exam. Sudahnya potensi diri pelajar kurang dikembangkan secara menyeluruh. Semalam jumpa seorang teman yang mengajar di sekolah menengah. Beliau menyatakan kebimbangan kerana terdapat pelajarnya yang masuk ke tingkatan satu masih gagal membaca dengan lancar. Itu di kawasan bandar. Penjejak maya difahamkan di kawasan luar bandar ramai lagi pelajar yang masih tidak tahu membaca dan menulis. Sama ada kegagalan pelajar itu disebabkan kelemahan sistem pendidikan hari ini atau berpunca daripada kelemahan pihak tertentu.

ulasan: agaknya kalau mansuh UPSR dan PMR adakah pelajar kita nanti jadi lebih baik dari hari ini?

16 comments:

jane said...

aku rs ni cadangan paling teruk dlm sjarah pendidikan malaysia

wthe heck?

sume nak tunggu test power pd spm jer????

hoh?

makin tak berkualiti anak2 akan dtg
believe me

>_<

Rozali said...

Assalamualaikum Penjejak Maya

kalau untuk kebaikan
Alhamdulillah

kalau untuk pulus
Masyaallah

Wassalam

ahmad humairi said...

same je... mansuh yang ini, timbul lak yang itu.

aku rasa ia akan menambah baikkan sistem yang ada...

believe me too.

Tirana said...

Penilaian murid hendaklah dibuat secara keseluruhan, bukan bergantung kepada written exam semata. Penilaian secara holistik baik dari segi akedemik, social, emosi, spiritual dan fizikal. Tak ada salahnya UPSR atau PMR cuma cara pengendalian peperiksaan itu mungkin patut diubah.

Afida Anuar said...

bukannya apa penjejak maya...saya takut budak-budak lagi ambil tak kisah pasal pelajaran..ye la,peperiksaan besar tiada...maka budak-budak pun enjoy melata la...

rasa kene kaji betul-betul cadangan ni..jangan sebabkan keuntungan sesetengah pihak contohnya, masa depan anak bangsa tergadai...

penjejak maya said...

afida anuar,

ikut pendapat peribadi saya UPSR tu elok teruskan sebab jadi penanda aras untuk kemasukan ke SBP..

tapi yang PMR tu elok mansuh saja sijil PMR bukan ada nilai tambah sangat..

tapi kata anda betul kajian mendalam perlu dilakukan jua..

penjejak maya said...

tirana,

betul sebaiknya aspek lain perlu diambilkira dan diterapkan misalnya mengutamakan kemahiran insaniah (soft skills) kepada pelajar supaya mereka lebih berdaya saing kelak..

penjejak maya said...

ahmad humairi,

sebelum ini banyak cakap-cakap tentang isu ini tapi biarlah setiap satu tindakan itu melalui kajian dan perancangan yang teliti jangan jadi macam PPSMI pula..

penjejak maya said...

w/salam rozali,

setiap satu tindakan itu biarlah mencerminkan keadilan untuk semua..

penjejak maya said...

jane,

yang pembuat dasar tu pun buat dasar selalu sahaja berubah-ubah sepatutnya ambil kira juga pandangan yang melaksanakan dasar tu..

Abd Razak said...

Salam..

Penilaian sepanjang masa perlu diadakan untuk memastikan pelajar menekuni pelajaran mereka...

sahromnasrudin said...

aku bukan nk ckp besar tp semua dasar kat malaysia ini ditentukan oleh pak menteri..klu tukar je pak menteri, abes semua dasar bertukar...buktikan klu aku salah...

zulkbo said...

salam..
rasanya masih relevan
tapi perlu kajian dan
pandangan orang ramai

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

mungkin benar kata saudara perlukan penambahbaikan..

penjejak maya said...

sahromnasrudin,

saudara memang 100% betul..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

benar itulah yang dibimbangi bila tiada peperiksaan besar nanti pelajar boleh jadi belajar sambil lewa jua..