Saturday, June 19, 2010

Piala Dunia oh Piala Dunia..

bola rasmi dan trofi piala dunia

Sudah lebih seminggu Piala Dunia berlangsung. Ramai yang sudah demam Piala Dunia. Maklumlah acara ni 4 tahun sekali. Tempoh selama tu kalau masuk U pun boleh habis pengajian ijazah. Penjejak maya nengok juga Piala Dunia ni. Tetapi seadanya sahaja taklah fanatik sangat. Yang perlawanan jam 2.30 pagi tu setakat ini tak tengok lagi. Bimbang terjejas prestasi kerja pula. Dari segi mutu permainan biasa sahaja. Best lagi tengok perlawanan kelab. Kerana dalam satu-satu kelab terhimpun pemain tersohor. Lagipun kat Astro ni ada ulang tayang. Tapi kalau yang kaki bola mana ada feel nak tengok ulang tayang ni. Mesti nak tengok live. Selain itu, untuk yang ada anak isteri.. bola tu bola juga. Jangan abaikan orang tersayang pula. Berilah perhatian yang sama seperti sebelum bermulanya Piala Dunia. Belaian kasih sayang tu penting...

ulasan: sampai hari ini tak tahu nak sokong negara mana kerana Malaysia tetap di hatiku hehe..

22 comments:

Maiyah said...

sy nk tgk final je nnti hehe..

atuk said...

Assalamualaikum Penjejak Maya

saya belum tenguk satu perlawanan pun
tak ada kesempatan lagi
yg sebenar kurang minat
he he

Wassalamq

ahmad humairi said...

salam,

Saya sokong Malaysia.
Cikgu Malaysia dah muncul pada game permulaan.
Referee - penjaga masa.

Tahniah Cikgu Subkidin..

Nama Malaysia dah muncul di Piala Dunia...

penjejak maya said...

w/salam ahmad humairi,

akhirnya seorang guru berjaya mewakili Malaysia di pentas Piala Dunia..

penjejak maya said...

w/salam rozali,

takde ruginya pun kalau tak tengok hehe..

penjejak maya said...

maiyah,

final tu nanti 2.30 pagi sanggup ke nunggu hehe..

Tirana said...

Saya pun macam maiyah, nak tengok yang final aje nanti

Pn Kartini said...

salam..:)
memang tk minat mana2 pun..

penjejak maya said...

w/salam pn kartini,

bolesepak ni lebih kepada permainan orang lelaki orang pompuan main masak-masak je hehe..

penjejak maya said...

tirana,

jarang anak melayu pompuan minat bolasepak ni anyway moga hasrat anda tercapai hehe..

Abd Razak said...

Salam..

Setakat ni saya belum lagi tengok sepenuhnya satu perlawanan pun, hanya sempat tgk highlightnya saja.

Aku Anak Pahang said...

mana sempat dan lalu kawan nengok...x sempat tak tangok laa... nok jaga x tahan juge kerje di utamakan hehehe...

Acik Erna said...

penjejak maya..dirumah ni..anak sulong..minat sungguh..tapi tak semua..ada pasukan tertentu aje..yang ditengoknya.siap tidor awal..bangun jam 2.30 pagi tu..

Acik said...

salam..
Tak berapa minat bola.. suami pun dh tak suka tengok bola walaupun dulu dia salah seorg pemain bola bersama2 Radhi Mat Din..puhhh lega!! Jimat bil letrik..

penjejak maya said...

w/salam acik,

suami tu dah bersara ke dari nengok bola hehe..

penjejak maya said...

kak erna,

bebudak ni nengok kalau cuti okey lah tapi kalau hari sekolah tak sesuai nengok perlawanan jam 2.30 pagi tu..

penjejak maya said...

akuanakpahang,

same lah kite hehe..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

nengok highlight tu best aksi menarik je kekadang tu boring juga nengok perlawanan penuh..

zulkbo said...

salam..
he he..saya pun sama
sekadar ikuti keputusan je
lagipun rumah tak de astro
nak keluar malas lah..
pasukan malaysia..moga
dapat tempat satu hari nanti

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

masih boleh nengok kat tv1 tapi tak semua perlawanan cuma yang pasti tak nengok tak rugi pun hehe..

Afida Anuar said...

Salam...

TV rumah sewa kami rosak,tapi keinginan nak tengok piala tu membuak-buak...ada satu hari nak tengok sangat game argentina, saya cuba buka online..aduhaii tersekat-sekat jadinya siaran..langsung tak puas hati!!

bila baca perihal hari bapa, teringat piala dunia tahun 2006...hanya saya dan ayah yang menyaksi piala dunia kat rumah waktu tu...waktu bersama ayah;) Saling kejut mengejut kami anak beranak tuk bangun tengok bola..alahaiii...mak geleng kepala tengok kami..haha.. (waktu tu adik-adik laki semuanya berkelana)...

PS: saya rasa germany boleh menang...tapi semalam dah kalah 1-0 dengan serbia ..hehe.

penjejak maya said...

w/salam,

alahai peminat bola rupanya..

pergilah numpang nengok rumah jiran hehe..

tu la kalau nengok berdua tu lebih bersemangat apatah lagi dengan bapa sendiri..

p/s: penyokong jerman la ni tapi jerman kalah sebab main hambar dan puncanya juga klose tu dibuang padang hehe..