Thursday, July 22, 2010

Gerak isyarat..


Gerak isyarat ialah sesuatu yang memberi makna dalam kehidupan. Tapi tak semua gerak isyarat itu difahami sebagai makna yang sama.

Gambar 1 : Tak salah makan gunakan tangan. Tetapi dalam masyarakat Islam makan gunakan tangan kiri ialah sesuatu yang tak beradab. Tangan kiri tu kan digunakan untuk ...

Gambar 2 : Duduk macam tu biasa bagi sesetengah budaya. Tapi dalam masyarakat kita duduk sambil tunjukkan tapak kasut kurang ajar namanya tu...

Gambar 3 : Isyarat tu tanda semuanya ok yang menggambarkan juga kegembiraan. Tapi di Perancis maknanya "you're worth zero", dan di German itu isyarat kasar untuk "rectum"!

Gambar 4 : Isyarat tu mungkin tanda bagus atau ingin menumpang. Tapi kalau kita tunjuk isyarat tu di Nigeria kemungkinan akan kena belasah kerana isyarat tu merupakan bahasa kasar. Kalau di Afrika Barat pula menunjukkan 5 jari seperti mana kita menahan kereta tu mungkin juga kena belasah sebab itu bermakna "you have five fathers" atau "you bastard"...


ulasan: minggu ni penjejak maya dah jadi penjejak budaya pula hehe..

60 comments:

Anif® said...

Wahahaha.. kalau ke luar negara tak boleh sembarangan guna isyarat tangan ni! :D

cheqna said...

bagus gak ni..
at least cheqna tahu
thanks..
lain padang lain belalang..

Abd Razak said...

Salam sdra..

Moga sihat hendaknya..
Sukar juga menggunakan bahasa isyarat ni kerana maknanya ada yang baik dan adanya pulak boleh mendatangkan keburukan..
Kena hati-hati kan!

ahmad humairi said...

salam,

jadile apepun, aku suke...thumd-up untuk ko...jangan belasah aku plak!

Aanas said...

hihi... nasib baik bahasa isyarat OKU (pekak dan bisu) tu sama jer kat mana2..

Alimaz-Kembara Terasing said...

lain padang lain belalang....

Werdah said...

Salam Penjejak Maya

Nak guna bahasa isyarat ni perlu belajar dulu kut.. kalau tak nanti dapat susah pula..

akuanakpahang said...

Budaya kita ttp berbeza mungkin baik bagi org lain tetapi tidak baik utk kita.

Salam juga semoga ceria sokmo.

Ain said...

ain jenis kidal, masa kecik punya la susah practice makan guna tangan kanan....

huhuhu...

tapi arwah atuk cakap orang kidal ni pembersih, sebab apa tau, bila nak potong makanan, tangan kanan akan pegang makanan tue dan tangan kiri pegang pisau....

masuk akal la jugak kan...hehehe

sahromnasrudin said...

salam..klu tunjuk 1..maknnya 1 malaysia kan hahahaha

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam.


perkara baru bagi saya.


sharing is caring. (^_^)

maslinamansor said...

ooo.... patut la kalau nak tahan teksi, teksi tak mau berenti...

penjejak maya said...

maslinamansor,

mungkin pemandu tu ada darah keturunan afrika nasib baik tak kena belasah hehe..

penjejak maya said...

azrina 03.07,

mana la tau kot kita pergi melawat negara berkenaan pula..

penjejak maya said...

w/salam sahromnasrudin,

yang tu ade macam2 makna tu hehe..

penjejak maya said...

ain,

teringat kat kumpulan lefthanded tu lagu2 dorang pun best kan hehe..

penjejak maya said...

akuanakpahang,

benar tapi kalau anak perantau di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung..

penjejak maya said...

w/salam werdah,

seharusnya bila sampai ke tempat orang risik2 la juga adat resam dan budaya mereka juga..

penjejak maya said...

alimaz-kembara terasing,

benar belalang tu spesies yang berbeza..

penjejak maya said...

aanas,

senang kan camtu biar seragam hehe..

penjejak maya said...

w/salam ahmad humairi,

nasib baik saya takde darah keturunan afrika tuu hehe..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

kekadang kalau salah pengertian buruk padahnya..

penjejak maya said...

cheqna,

mana la tau cheqna sampai negara berkenaan jadikan la entri ni sebagai panduan hehe..

penjejak maya said...

anif,

betul sebaiknya dapatkan juga maklumat tentang budaya masyarakat di situ dulu..

sayangsayangibu said...

macam macam definasi gerakkan ye..

Kaseh NazLieza said...

hmm..rupanya mcm2 maksud bahasa isyarat ni ea..

sz | m.s.s said...

wahhhh...
mekasih PM atas info yg dberi..
pasni mmg kena lbh berhati2 kan...
bukan sebarang isyarat blh tunjuk ni..ihiks...

Zaidah said...

klu tak tahu main hentam aje guna isyarat tangan macam tu....alamak jadik mangsa kena belasah....huhuhu

Rozali said...

Assalamualaikum Penjejak Maya (PM)

Alhamdulillah
PM tahu
kami pun tahu drp PM

Wassalam

zulkbo said...

salam..
wahh...macm2 kan?
lain padang lain belalang

kak Erna said...

PM..bahaya jugak kan kalau tak tau bahasa isyarat ni..

kak wan said...

Salam PM..
Dari mana PM tau semo ni yerk...kalau ada buku rujukan , nak pinjam ..boleh?

piewahid said...

t kasih kongsi maklumat. mmg menarik utk direnungkan...
maaf lama xsempat jenguk!

penjejak maya said...

piewahid,

sesekali terjumpa fakta menarik rasa perlu dikongsikan..

penjejakmaya pun sama hehe..

penjejak maya said...

w/salam kak wan,

cari je dalam internet terutama berkaitan bidang antropologi, sosiologi atau multicultural..

maklumat yang ni saya ambil dari buku sociology karya John J. Macionis m/s : 66-67 harap maklum..

penjejak maya said...

kak erna,

bahasa isyarat tu ikut budaya masyarakat setempat jua..

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

benar sebab dunia memiliki kepelbagaian budaya yang unik..

penjejak maya said...

w/salam rozali,

PM pun tahu dari buku hehe..

penjejak maya said...

zaidah,

sebab tu nak pergi melawat negara lain kena tau sikit sebanyak budaya di situ..

penjejak maya said...

s.z m.s.s,

kita duduk kat Malaysia takde masalah kot hehe..

penjejak maya said...

kaseh nazlieza,

itu la sebahagian daripada budaya..

penjejak maya said...

sayangsayang ibu,

macam-macam ada..

Afida Anuar said...

ahaaa..menarik...yang duk kaki atas meja tu barrack obama ke?huhuhu....

penjejak budaya pun..penjejak budaya la penjejak maya;)

endiem said...

kena belajar bahasa gerak dulu jika merantau, kalau tidak mungkin kena yang salah.

~aSHa~ said...

pernah belajar ttg ni...bahasa bahasa...ehehe bahaya guna yg terbiasa disini tapi tak biasa disana

Hazzy Ishak said...

baik jangan buat isyarat langsung.hee

Entry terbaru dari Hazzy,
Which one you do prefer to use; big bag or small bag. Why?

penjejak maya said...

hazzy ishak,

isyarat tu alat komunikasi paling simple..

penjejak maya said...

asha,

camtu juga kalau orang luar ke mari kita mungkin nampak dia kasar tapi dah budaya dia camtu..

penjejak maya said...

endiem,

benar seeloknya selidik dulu latar budaya tempat yang kita nak lawati tu..

penjejak maya said...

afida anuar,

ha ah kalau presidennya pun dah macam tu apa lagi rakyatnya yang lain hehe..

Kunang-Kunang said...

Salam Penjejak Maya,

Itulah bukti lain padang lain belalang. Pandai orang kita buat perbahasa.

miemiey said...

salam..terima kasih follow sy yee...;)saya dtg kunjung balas...;)

thnks info tapi mgkin tak sampai kot ke afrika neh...

lain kaum lain bangsa lain fahaman bahasa isyaratnya...

MaizaC'Joe said...

Salam

bahasa isyarat ada yg bagus.. ada yg pelik2 ja.. kena lebih hati2

Qaseh said...

hohoo itu la lain budaya lain la adatnya

makcik.shima said...

salam,
bagi para penyelam, isyarat ke-3 bermaksud 'OK', manakala isyarat ke-4 bermaksud bersedia utk berenang naik ke permukaan air :)

penjejak maya said...

w/salam makcik shima,

betul tu penyelam kena bagi gerak isyarat mana boleh bercakap pula ye..

penjejak maya said...

qaseh,

budaya tu termasuk nilai, kepercayaan dan tingkahlaku masyarakat tu..

penjejak maya said...

w/salam maiza cjoe,

sebab tu kena hati-hati terutamanya apabila berada di negara asing..

penjejak maya said...

miemiey,

benar Tuhan jadikan manusia ini kepada bangsa yang berbeza-beza..

penjejak maya said...

w/salam kunang-kunang,

kecuali kalau belalang yang sama terbang ke padang lain tetap jadi belalang yang sama juga hehe..