Monday, July 12, 2010

Spain juara Piala Dunia 2010.

penyokong spain bersorak-sorai

Penantian siapa juara piala dunia sudah berakhir. Perlawanan yang membawa ke masa tambahan itu berakhir hasil jaringan Andres Iniesta minit ke-116. Spain menang 1- 0 mengalahkan Holland. Penyokong Spain berpesta gembira. Termasuk juga penyokongnya di Malaysia walaupun bukan anak jati Spain. Selain itu, turut gembira dengan berakhirnya Piala Dunia ini ialah para majikan di seluruh dunia. Sudah tentu produktiviti syarikat akan meningkat semula. Manakala, anak isteri kaki bola boleh menarik nafas lega. Kerana kehidupan keluarga mereka kembali normal. Tiada lagi sorakan yang membingitkan telinga. Apatah lagi kalau si suami selalu lesap dari rumah atas tiket menyaksikan perlawanan Piala Dunia di luar.

ulasan: cerita Piala Dunia ini bersambung ke tahun 2014 di Brazil...

27 comments:

Abd Razak said...

Salam...

Pada yang sering bangun malam utk bertahajjud & menyaksikan pelawanan bolasepak, janganlah pula tak bangun lepas ni utk bertahajjud..

Tirana said...

Tahniah pada Spain..kita bersorak bagai nak terkeluar anak tekak, diorang yang dapat hadiah..hehehe

sahromnasrudin said...

tak jadik nak buat baju rayer kaler oren..the oranje dh kalah huhuhuhuh

penjejak maya said...

sahromnasrudin,

takpe la yang penting masa raya mesti ada air oren..

simpati gak utk holland tapi semlm tu saya sokong spain hehe..

penjejak maya said...

tirana,

saya mewakili team Spain mengucapkan terima kasih atas ucapan tahniah tu hehe..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

mudah-mudahan kita mendapat keberkatan malam..

relevan said...

Bagus Spain..sungguh tidak sangka Sotong dari Germany itu memihak kepada Spain..

ahmad humairi said...

salam,

tiada bingit vuvuzela,
tiada lantunan jabulani,
tiada telahan sotong kurita,
tiada tekaan mani.

tahniah atas penamatan ini.

Afida Anuar said...

Lagi 4 tahun utk jumpa next piala dunia, tu pun kalau umur panjang...waAllahualam...

PS: kalau tiap2 tahun WC, best jugak sebenarnya..ngeh33

Kak Nora said...
This comment has been removed by the author.
Kak Nora said...

Warung mamak kembali sepi.

MaizaC'Joe said...

ish... tak minat spain.... congrats la spain.. :)

Kaseh NazLieza said...

xsbr nk tunggu world cup 2014 di brazil nti..ehehehe

Werdah said...

Salam Penjejak Maya

baru hari ni dapat ke sini..

tahniah kepada pasukan yang menang..

penjejak maya said...

w/salam werdah,

yang menang berhati girang,
yang kecundang berhati walang..

penjejak maya said...

kaseh nazlieza,

semoga panjang umur jua..

penjejak maya said...

maizac joe,

spain balas balik tqvm maiza hehe..

penjejak maya said...

kak nora,

kat KL warung mamak tak pernah sepi tapi kurang la meriah lagi hehe..

penjejak maya said...

afida anuar,

4 tahun tu sebenarnya tak lama mana pun..

kalau tiap tahun ada tak larat nak berjaga la hehe..

penjejak maya said...

w/salam ahmad humairi,

tiada layu semasa kerja,
tiada sayu di hati pula,

indah bagi yang menang..

penjejak maya said...

relevan,

sotong tu pun dah dapat piala world cup tu..

Ain said...

tamat sudaaaaa.....

kami sekali pun tak tengok....

sayang nak korbankan tidur yang BESTTT lagi dari bola....

hehehe...

Cik Amy Sensei said...

salam penjejak maya..

apa khabar?
sihat ke tu..
saya baik je..
hehe..

tak tau nak kata pa..
sebab saya tak minat bola..
hehe..

so..senyum je la bace komen orang lain..hehe

maza said...

err...maza sempat berdengkur jerk.. hehehheeh

sekali geng tak der la..dan maza bukan pun die hard fans bola sepak ni.. ;)

penjejak maya said...

maza,

sebenarnya tido tu lagi best daripada bersengkang mata tu..

penjejak maya said...

w/salam cik amy sensei,

rugi tau kalau tak minat bola hehe..

penjejak maya said...

ain,

demam bola dah berakhir tunggu la 4 tahun lagi..