Friday, June 18, 2010

lawak warga emas

tetap berkasih sayang

Seorang suami warga emas menyuruh isterinya yang juga warga emas pergi ke dapur.

Suami : Buatkan kopi untuk abang.

Isterinya bangun dan menuju ke dapur.

Suami : Nanti sat. Ambil kertas dan pen. Tulis 'kopi'. Abang bimbang sayang lupa nanti.

Isteri : Usah bimbang saya tak akan lupa.

Lima minit kemudian isterinya datang membawa secawan teh.

Suami : (Melihat teh) Abang dah kata, sayang memang pelupa.

Isteri : Abang minta saya buat apa tadi?

Suami : (Bersuara lembut) Abang kata tadi nak sirap...


ulasan: tak mengapa kalau kelupaan tu yang penting kasih sayang suami isteri mekar sampai akhir hayat..

p/s: i'm back...

26 comments:

Adinda Amy Sensei said...

salam..

hari-hari minum kopi
kopi diminum di warung pak yat
katamu sirap atau pun kopi
sama saja tanda pengikat..


selamat kembali wahai penjejak maya...senyum selalu tanda bahagia ek..

Tirana said...

Semakin tua semakin sayang...hehehe

ummu said...

Salam Penjejak Maya
welcome back
kopi oh kopi
setiap hari mesti
takde kopi
serba serbi
tak menjadi..
itulah kopi
dan suami isteri
kalau bukan isteri yang buat
rasa tak sedap
macam ayah saya
;)

piewahid said...

salam,
kira sehati sejiwa lah tu :)

Acik Erna said...

salam penjejak maya..selamat kembali..
memang betul tu..yang penting kasih sayang..tua dan lupa..tak bolih nak dipisahkan..akak sendiri..dah mula..sesekali terlupa..

zulkbo said...

salam..
dua-dua dah nyanyok
apa nak buat..jangan
gaduh2 sudah..he he

Abd Razak said...

Salam...

Selamat kembali sdra..

Hari ni barulah saya tahu bahawa kopi tu air sirap hehehe

ahmad humairi said...

salam,

selamat kembali.

kopi atau teh atau air sirap - samalahtu - air minuman. Kok dibawanya cuka getah.....lagi haru..

Aku Anak Pahang said...

Sambil berbual mesra usik mengusik bawak bahagia. Jgn mudah naik baral sudah kalau dah tua2.

Afida Anuar said...

Salam penjejak maya...

lama bercuti yer...

apa pun...jika Allah panjangkan umur untuk mengecap usia tua, harap-harap Allah tidak menjadikan kita nyanyuk... banyak-banyakkan membaca al-quran..insyaAllah..

Waallahualam..

MaizaC'Joe said...

Salam

welcome back!!
ooo.. rumah brkunci rupanya.. maiza br ja perasan la.. :)

makcik.shima said...

salam,
i've started experiencing pretty bad 'forgetful phenomena'... :(

Relevan said...

Menjadi pelupa ketika diusia senja perkara biasa..tapi sekarang ramai orang jadi pelupa bila tiba musim bola..nak makan pun boleh lupa..nak kerja lupa..tapi tidor tidak pula lupa..

penjejak maya said...

relevan,

yang dah kahwin tu nengok bola jangan lupa anak isteri sudahlah..

penjejak maya said...

w/salam makcik.shima,

biasalah makcik bila umur kita makin lanjut ni pelupa itu lumrah alam..

penjejak maya said...

w/salam maiza c'joe,

menghilang buat seketika tak kunci nanti masuk pula geng pecah rumah hehe..

penjejak maya said...

w/salam afida anuar,

benar kajian mendapati apabila minda terisi dengan input ilmu termasuk selalu membaca al-Quran boleh mengelakkan kita mudah nyanyuk nanti..

penjejak maya said...

akuanakpahang,

orang kata bila umur semakin lanjut perangai kita pun nanti macam keanak-anakan semula wallahualam..

penjejak maya said...

w/salam ahmad humairi,

bawak cuka getah tu nak pulang ke rahmatullah la gamaknya..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

bila kita lanjut usia nanti segalanya satu kemungkinan jua..

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

tu baru tahap pelupa sekali-sekala kalau terus nyanyuk lagi haru..

penjejak maya said...

kak erna,

manusia dilahirkan sejak azali lagi sebagai seorang pelupa..

penjejak maya said...

w/salam piewahid,

indahnya hidup bila berkasih sayang sampai hujung nyawa..

penjejak maya said...

w/salam ummu,

itulah berkat air tangan isteri segalanya serba menjadi rahsianya kerana disertakan ramuan kasih sayang..

penjejak maya said...

tirana,

biarlah harumannya subur mekar di hati selagi ada hayat dikandung badan..

penjejak maya said...

w/salam cik amy sensei,

mesti pak yat tu buat kopi kaww sebab hari-hari nak minum kat situ hehe..

senyuman tu jua sedekah..