Wednesday, June 23, 2010

Perancis tersingkir..

kepuasan pemain Afrika Selatan

Perancis kalah 1-2 kepada Afrika Selatan. Perancis yang juga naib juara Piala Dunia 2006 tersingkir dari Piala Dunia. Malah, menduduki tempat tercorot kumpulan A. Semuanya gara-gara masalah dalaman skuad Perancis. Masalah antara pemain dan jurulatih Robert Domenech menjerumuskan Perancis kepada kegagalan. Sukar dibayangkan reputasi pemain Perancis yang bermain untuk kelab ternama seperti Real Madrid, Chelsea, Manchester United, Barcelona, Arsenal boleh tersingkir begitu sahaja. Tapi itulah bola sepak namanya. Apatah lagi apabila sudah ada pergeseran dalam pasukan. Maka pintu keluar pun sudah terbuka luas...

ulasan : iktibar juga untuk semua kerana kerjasama berpasukan itu amat penting dan sepatutnya ketepikan masalah peribadi demi perjuangan untuk negara..

25 comments:

sahromnasrudin said...

aku dh komen sedikit mengenai isu pasukan les blues nie dlm entri terbaru aku..jemput singgah..tq

atuk said...

Assalamualaikum Penjejak Maya

peribahasa lama

bersatu kita teguh
bercerai kita roboh
he he

Wassalam

Aku Anak Pahang said...

Sepakat bawak berkat
tak berpakat alamat tersekat.

Abd Razak said...

Salam...

Mereka terkeluar dengan sebab masalah dalaman..dan masalah dalaman kita pun kena tengok juga takut ada titik hitam (mazmummah) dalam hati kita hingga boleh menyebabkan masalah kepada ibadah kita..

ahmad humairi said...

dah nampak olah,
perancis kalah.

zulkbo said...

salam..
yang nyata Anelka
pandai buat alasan
semua orang perancis
alkan bleme jurulatih

Maiyah said...

kalo xde sikap berpasukan mmg ssh le..

penjejak maya said...

maiyah,

apa yang penting .. kerjasama

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

perasaan tak puas hati tu dah lama tapi baru je meledak..

penjejak maya said...

ahmad humairi,

sebelum piala dunia pun ramai dah ramal Perancis tak boleh pergi jauh pun..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

benar hati hendaklah bersih baru boleh berjaya..

penjejak maya said...

akuanakpahang,

benar kalau sepakat semua perkara akan menjadi..

penjejak maya said...

w/salam rozali,

peribahasa baru

bersatu kita teguh
bercerai kawin lain

hehe gurau je ye

penjejak maya said...

sahromnasrudin,

ada singgah tadi..

Acik said...

Tak sokong team ni..jadi bior je le deme terkeluar...hi..hi..hi.

Afida Anuar said...

Sampai hati acik..hehe..

sedih jugak la dengar perancis terkeluar..kita tunggu nasib england,german malam ni..adakah menerima nasib yang sama mcm perancis? hohoho

bekas juara dunia itali pula malam besok..hai dup dap dup dap dalam hati ni....hehe...

penjejak maya said...

afida anuar,

tapi nengok semalam tetiba je nak sokong skuad afrika selatan tu ..

anda ni sokong pasukan mana sebenarnya hehe..

penjejak maya said...

acik,

bukan pasukan pilihan pun lagi..

Afida Anuar said...

awal2 haritu sokong german...
tapi malam ni german macam ada chance nak keluar jugak je...erkk..

saya sokong brazil la..heheh

penjejak maya said...

afida anuar,

yela german tu pun ramai pemain hensem hehe..

akhirnya jumpa juga penyokong Brazil sama-samalah kita sokong..

Afida Anuar said...

ehem ehem...

saya sokong german bukan sebab pemain-pemainnya hensem yer...sekian,terima kasih..hehe..

owhh..sokong brazil jugak rupanya...layannnn....

penjejak maya said...

hehe saja je cakap tapi permainan german tu pun best jugak..

selamat bersamba..

Muallim Adham said...

slm..

heheheh x jd apoew... byk team favourite tersingkir nnt

penjejak maya said...

w/salam cikgu adham,

benar hanya satu yang boleh dinobatkan sebagai juara dunia..

IMANSHAH said...

Salam

Buka Hati ada damai
Buka mata ada terang
Buka kasih ada sayang
Buka kotak komen ada ucapan Selamat Tahun Baru 2011
Semoga semua harapan yang tertunda dapat dikotakan di tahun 2011 ini. Amin.

ikhlas :

Sahabat mayamu,
Imanshah