Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa...

kasihnya ayah..


Mata Ayah

Kujabat mesra tangan ayah
urat-urat daging-daging tua keras terasa
mataku tersenyum, matanya menyapa
anak yang pulang disambut mesra.

Tapi matanya, mata yang menatapku
kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
suatu kelesuan yang tak pernah dipancarkan dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah
akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang
memintaku pulang menikmati beras baru

Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
dan ia tidak pernah merasa, serba derita itu adalah dia.


hasil karya allahyarham Usman Awang.


ulasan : Selamat hari bapa kepada rakan-rakan yang bergelar bapa. Sesungguhnya bapa ialah ketua keluarga, pelindung anak isteri, pembimbing dan menyediakan segala keperluan hidup, mengajar hukum agama, bertanggungjawab, berlaku adil dan tidak mengabaikan perintah Allah SWT. Kasihmu bapa kuabadikan sepanjang masa.

36 comments:

ahmad humairi said...

salam,

berkorban nyawa, tanda kasihnya,
berkorban jiwa, rela binasa.
itu tanda kasih bapa sejati.
kukirim pahala buatmu bapa,
ke pusara..

Hjh Noralenna Abbas said...

Jasa ayah/bapa/babah/daddy..apa-apa panggilan pun....tetap dikenang sampai bila-bila. Hormati dan sayangilah mereka.Selamat Hari Bapa, hari special.

Abu Aiman said...

Selalunya saya hantar sms/mms kat abah bila fathers day...
Al-fatihah buat abah saya yang dah 7 bulan kembali ke rahmatullah.

Selamat Hari Bapa.

zulkbo said...

salam..
selamat hari bapa..
moga kita semua
menjadi bapa yang
di sayangai anak-anak
hingga akhir hayat..
tiada yang lebih afdal
melainkan doa2 dari anak
yang soleh selepas ketiadaan
kita..

Afida Anuar said...

Salam...

Ayah..
If you ask me for air, i'll give you rainbows,
If you ask me for smile,i'll give you laugh,
If you aske me my life,i'll give you my future,
i love you wherever you are...

PS: selamat hari bapa untuk penjejak maya juga...

Unknown said...

selamat ari bapa kat ayah ko penjejak maya!!! :)

Tirana said...

Selamat hari bapa buat semua bapa yang berhati mulia... Nak tanya, penjejak maya dah jadi bapa ke belum? hehehe

atuk said...

Assalamualaikum Penjejak Maya

sama sama kita semua menjadi bapa yg soleh
mengikut ajaran Allah serta melalku Sunah2 Nabi s.a.w

Wassalam

MUNSYI ragbar said...

salam...

Selamt jd bapa yg pengasih dan bertjawab

Acik Erna said...

terima kasih penjejak maya..kerana..menuliskan karya usman awang tu disini..sebak membacanya..
Selamat Hari Bapa..

iBu...gUru said...

salam
...dah 16 tahun aku x dapat berjabat tangan ayah......alfatihah utk ayah. hargai selagi mereka masih ada..........

penjejak maya said...

w/salam ibu guru,

benar hargai mereka selagi hidup dan doakan jua kesejahteraan mereka..

alfatihah jua untuk arwah bapa anda..

penjejak maya said...

kak erna,

sebak bila teringatkan keringat bapa dalam membesarkan diri ini..

penjejak maya said...

w/salam munsyi ragbar,

selamat hari bapa untuk saudara..

penjejak maya said...

rozali,

moga segala urusan itu dipermudahkan Allah SWT..

penjejak maya said...

tirana,

semua orang adalah bapa untuk dirinya sendiri hehe..

penjejak maya said...

nick irfan,

sama jua hari bapa untuk bapa anda jua..

penjejak maya said...

w/salam afida anuar,

semoga menjadi anak yang baik mengasihi dan berbakti kepada kedua orang tuanya..

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

itu jua harapan bapa-bapa seantero malaya ini..

penjejak maya said...

abu aiman,

tentunya saudara selalu mengenangkan saat indah bersama arwah bapa..

alfatihah untuk arwah bapa saudara..

penjejak maya said...

kak nora,

jasa dan pergorbanan bapa jua besar tanpa bapa tiada la kita di dunia ini..

penjejak maya said...

w/salam ahmad humairi,

berkorban apa saja..
harta ataupun nyawa..
itulah kasih mesra..

kasih bapa seluas lautan tidak bertepian..

piewahid said...

kepada bapa2 yg telah pergi, doa kita pohonkan agar ruh mereka ditempatkan di sisi org2 yg beriman.

Aku Anak Pahang said...

Alfatitah buat semua bapa yang tiada dan selamat hari bapa buat semua bapa2 moga menjadi bapa yang terbaik diantara yg terbaik.

Maiyah said...

ayah dan ibu itulah permulaan kami lalala
slmt hr bapa buat suma bapa2

al-lavendari said...

kiranya ucapan itu termasuk jugalah saya yang menjadi bapa dan juga atuk kepada seorang cucu. ayah sendiri sudah lama tiada.

Abd Razak said...

Salam..

Begitu besar pengorbanan seorang ayah.

Ayahanda....
terima kasih
kuucapkan kerana banyaknya kebaikanmu padaku
terima kasih atas segalanya
Aku tertanya-tanya
apakah kebaikan yg kulakukan padamu
Maafkan aku jika tiada kebaikan yg dikau peroleh dari diriku

Relevan said...

Selamat Hari Bapa..

penjejak maya said...

relevan,

moga anda jadi bapa mithali..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

sebagai anak kewajipan kita membalas jasa orang tua..

penjejak maya said...

al-lavendari,

tahniah atas kejayaan anda mendidik anak hingga berjaya..

penjejak maya said...

maiyah,

kasih mak ayah membawa bahagia..

penjejak maya said...

akuanakpahang,

itulah harapan kita untuk semua bapa..

penjejak maya said...

piewahid,

yang ada sentiasa disayangi dan yang tiada usah dilupakan doakan kesejahteraan mereka jua..

Anonymous said...

Salam Penjejak Maya,

Pengorbanan ayah tidak terbalas dek kita.

Selamat Hari bapa untuk semua bapa-bapa yang singgah di sini. Semoga menjadi ayah yang sentiasa dirindui anak-anak.

penjejak maya said...

w/salam kunang-kunang,

benar kalau kasihnya ibu membawa ke pintu syurga kasihnya ayah membawa bahagia..