Monday, June 21, 2010

lawak berapa bulan?

gambar hiasan


Seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan pergi ke sebuah bank untuk membayar hutang tunggakan rumah selama 3 bulan. Setelah mendapatkan giliran di kaunter bank, pegawai bank bertanya tentang jumlah yang ingin dibayarnya.

"Berapa bulan, Puan?"

Dengan tersipu-sipu malu wanita itu menjawab.

"Dah masuk lapan bulan nii.." sambil mengusap-usap perutnya.



ulasan: terlalu excited bila nak menerima cahaya mata..


Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa...

kasihnya ayah..


Mata Ayah

Kujabat mesra tangan ayah
urat-urat daging-daging tua keras terasa
mataku tersenyum, matanya menyapa
anak yang pulang disambut mesra.

Tapi matanya, mata yang menatapku
kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
suatu kelesuan yang tak pernah dipancarkan dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah
akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang
memintaku pulang menikmati beras baru

Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
dan ia tidak pernah merasa, serba derita itu adalah dia.


hasil karya allahyarham Usman Awang.


ulasan : Selamat hari bapa kepada rakan-rakan yang bergelar bapa. Sesungguhnya bapa ialah ketua keluarga, pelindung anak isteri, pembimbing dan menyediakan segala keperluan hidup, mengajar hukum agama, bertanggungjawab, berlaku adil dan tidak mengabaikan perintah Allah SWT. Kasihmu bapa kuabadikan sepanjang masa.

Saturday, June 19, 2010

Piala Dunia oh Piala Dunia..

bola rasmi dan trofi piala dunia

Sudah lebih seminggu Piala Dunia berlangsung. Ramai yang sudah demam Piala Dunia. Maklumlah acara ni 4 tahun sekali. Tempoh selama tu kalau masuk U pun boleh habis pengajian ijazah. Penjejak maya nengok juga Piala Dunia ni. Tetapi seadanya sahaja taklah fanatik sangat. Yang perlawanan jam 2.30 pagi tu setakat ini tak tengok lagi. Bimbang terjejas prestasi kerja pula. Dari segi mutu permainan biasa sahaja. Best lagi tengok perlawanan kelab. Kerana dalam satu-satu kelab terhimpun pemain tersohor. Lagipun kat Astro ni ada ulang tayang. Tapi kalau yang kaki bola mana ada feel nak tengok ulang tayang ni. Mesti nak tengok live. Selain itu, untuk yang ada anak isteri.. bola tu bola juga. Jangan abaikan orang tersayang pula. Berilah perhatian yang sama seperti sebelum bermulanya Piala Dunia. Belaian kasih sayang tu penting...

ulasan: sampai hari ini tak tahu nak sokong negara mana kerana Malaysia tetap di hatiku hehe..

Friday, June 18, 2010

lawak warga emas

tetap berkasih sayang

Seorang suami warga emas menyuruh isterinya yang juga warga emas pergi ke dapur.

Suami : Buatkan kopi untuk abang.

Isterinya bangun dan menuju ke dapur.

Suami : Nanti sat. Ambil kertas dan pen. Tulis 'kopi'. Abang bimbang sayang lupa nanti.

Isteri : Usah bimbang saya tak akan lupa.

Lima minit kemudian isterinya datang membawa secawan teh.

Suami : (Melihat teh) Abang dah kata, sayang memang pelupa.

Isteri : Abang minta saya buat apa tadi?

Suami : (Bersuara lembut) Abang kata tadi nak sirap...


ulasan: tak mengapa kalau kelupaan tu yang penting kasih sayang suami isteri mekar sampai akhir hayat..

p/s: i'm back...

Wednesday, June 2, 2010

makluman...

kunci seketika

Alhamdulillah, hari ini genap sebulan penjejak maya berblog. Rasa macam setahun pun ada. Terima kasih buat semua follower. Khas yang selalu berkunjung ke sini. Dan sudi pula meninggalkan komen-komen yang bernas itu. Cukup manis melihat kelibat kalian di sini. Tanpa kehadiran kalian tak bererti blog ini. Cuma saya ada makluman. Saya akan outstation esok atas urusan kerja. Kemudian sambung pula cuti. Jadi mungkin tak sempat nak update blog ini. Kalau ada masa saya singgah blog kalian. Insya-Allah panjang umur kita berjumpa lagi.

Ulasan: Semasa ketiadaan saya. Sudilah tengokkan teratak ini. Buatlah macam sendiri punya. Kunci tu saya letak bawah pasu hehe.

subsidi oh subsidi..

naik tak petrol ni?

Cakap-cakap subsidi akan ditarik balik. Memandangkan hutang negara beratus bilion ringgit. Ada yang cakap Malaysia bakal terjebak muflis macam Greece. Cakap memang senang potong sahaja subsidi. Tiada masalah kalau yang kaya tu. Ada subsidi dengan takde subsidi sama saja. Yang pendapatan sederhana mungkin kesannya tak begitu besar. Sudahnya yang menderita nanti yang berpendapatan rendah tu juga. Misal kata kalau hapus subsidi petrol kesannya nanti harga barang naik. Alasannya, semua barangan dihantar makan minyak. Tak semestinya semua orang bersedia. Jadi, perlulah ada pertimbangan yang rasional. Perlu juga memahami konsep ihsan. Salah satunya memberi keadilan buat semua. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung pula jangan berserak.

ulasan: silap tindakan ada yang tumbang dalam PRU nanti..


Tuesday, June 1, 2010

Zionis itu..


tak berperikemanusiaan

pembunuh

zalim


ulasan : semoga Allah SWT memberi kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan dan melindungi mereka daripada kekejaman
tentera Yahudi...