Tuesday, June 29, 2010

lawak silap orang


Amin baru sahaja tiba di Afrika Selatan. Dia telah lama bercita-cita untuk menyaksikan perlawanan live Piala Dunia ni. Sebaik sahaja mendarat, tiba-tiba perut dia memulas. Sambil berlari anak, dia mencari tandas. Beberapa minit dalam tandas, Amin terdengar suara dari bilik sebelah.

"Apa khabar dik? Sihat-sihat sahaja? Amin terkejut dengan pertanyaan itu. Dia berasa musykil juga bagaimana 'jirannya' itu mengetahui dia orang Malaysia.

Walaupun Amin seorang pendiam dan tak berapa suka berbual dengan orang yang belum dikenalinya, tetapi kerana berada di luar negara dan semangat world cup maka Amin menjawab pertanyaan itu.

"Ya, sihat sahaja".

Orang di bilik sebelah tu terus bertanya lagi.

"Apakah sekarang sudah berasa lega?"

Lalu Amin menjawab, boleh tahan la.

Orang itu pun berkata,"sama la kita, tapi saya ada sedikit masalah". Oleh sebab Amin berasa curiga juga maka dia pun bertanya.

"Masalah apa tu pak cik?"

Dengan suara yang kuat orang tu pun menjawab, "tunggu sekejap, ada sahaja orang sebelah ni menyampuk perbualan kita. Saya akan membelasahnya dahulu sebelum saya menelefon semula". Amin pun menjadi kecut perut lalu cepat-cepat meninggalkan tandas itu.



ulasan: lain kali selidik la dulu jangan main pakai terjah saja..

41 comments:

Melatidaisy said...

adoyai amin..hehehe

MaizaC'Joe said...

hehehe... kalau tak selidik dulu mcm2 boleh jadi..

zulkbo said...

salam..
mau tak terjah
pergi Afrika tetiba
dengor suara melayu
nukan terjah sahaja
TERUJA lagi ada..he he

zulkbo said...

***bukan

HaiDa HiDa said...

lawak2.. seb baik amin cepat2 kuar, kalau tak mesti kuar paper.. rakyat malaysia gaduh di afrika.. hehehe

Abd Razak said...

Salam...

Tak pasal-pasal boleh gaduh kan!

Afida Anuar said...

Salam penjejak maya...

haha...ada ada je...

nice lawak, pagi2 selalu senyum macam ni boleh awet muda ni;)

sahromnasrudin said...

maybe amin tue nak mengaminkan doa kot huhuhuh

Aku Anak Pahang said...

Amin nie peramah dan ringan mulut.. jadi dia cepatlah menjawab kut hehehe..

ahmad humairi said...

salam,

laen kali jangan bersembang dalam tandas...walaun di telepon..

Adinda Amy Sensei said...

salam penjejak maya...

ku jejaki lagi ruangmu di sini membaca lawak silap orang pulakk..hehehee...

moralnya....janganlah bercakap semasa berada lam toilet...tak pasal malu pilu sudu garpuuu...kehkehkeh..

p/s: senyum je ek.. :)

Relevan said...

Salam weh..waka waka !

zue said...

amin yg sengal ke org sebelah nya. hehehe.
hukumnya makruh bila bercakap didlm tandas.

penjejak maya said...

zue,

teringat juga pesanan masuk tandas tu jangan lupa tutup kepala kalau tidak syaitan berak atas kepala..

penjejak maya said...

w/salam relevan,

ada iktibar cerita tu hehe..

penjejak maya said...

w/salam cik amy sensei,

masuk tandas tu elok tutup je mulut nanti masuk sekali bauan hehe..

penjejak maya said...

w/salam ahmad humairi,

elok letak amaran kat pintu tandas dilarang guna telefon bimbit takut salah faham nanti hehe..

penjejak maya said...

akuanakpahang,

tambahan lagi di negara asing jumpa orang senegara mesti excited tu..

penjejak maya said...

sahromnasrudin,

dalam tandas amin tak beramin..

penjejak maya said...

w/salam afida anuar,

oo ye ke senyum boleh awet muda kalau begitu kena senyum selalu ni hehe..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

sepatutnya kita perlu bersabar hatta dalam tandas sekalipun..

penjejak maya said...

haida hida,

tak dapat la amin saksikan match piala dunia tu hehe..

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

memang jarang jumpa anak melayu kat sana lebih2 lg kat tandas pula hehe..

penjejak maya said...

maizac joe,

sepatutnya selidik dulu tak la salah faham..

penjejak maya said...

melatidaisy,

amin tu peminat pasukan Brazil hehe..

Acik Erna said...

penjejak may..alahai..akak pernah terkena..ada yang tolon jawab salam..padahal kita talipon..bukan kat toilet pun..kat depan pintu masuk ...

al-lavendari said...

SEMPAT TAK AMIN TU CEBOK ?

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, teruja dengor suara orang Malaysia jadi jiran setandas,,,

Hjh Noralenna Abbas said...

Tak terkata, cuma ketawa, itulah tak fikir-fikir lagi..

penjejak maya said...

kak nora,

pengajaran buat amin hehe..

penjejak maya said...

w/salam lipislady,

jiran setandas tu sementara je..

penjejak maya said...

al-lavendari,

kira darurat la tu hehe..

penjejak maya said...

w/salam kak erna,

jawab salam tu ok lagi jangan turut sama layan kita bersembang padahal kita cakap kat orang yang telefon tu..

Anonymous said...

Salam Penjejak Maya,

Pendek kata jangan menyampok jika kita tak tahu hujung pangkal.

Yang paling penting "tidak boleh bercakap ketika sedang buat ....... dalam tandas.

Unknown said...

mmg lawak la! hahaha lain kali jangan pakai terjah jer... hahaha mmg lawak la..

MUNSYI ragbar said...

Memang lawak klu sesekali jd penyibuk...hahahaha...

penjejak maya said...

munsyi ragbar,

seharusnya penyibuk pun kena bertempat..

penjejak maya said...

nick irfan,

kena berfikir secara mendalam dulu..

penjejak maya said...

w/salam kunang-kunang,

benar jadi iktibar tu hehe..

endiem said...

orang kata kalau tengah melapas tak boleh bercakap... nanti mata tumbuh bisul.

Fuz said...

nice one .