Monday, July 26, 2010

Apa ada pada nama?

Thomas Mapother

Budaya hari ini melihat nama yang berbunyi keinggerisan tu lebih baik. Mungkin sebab itu banyak selebriti dunia sanggup menukarkan nama asal mereka kepada yang berbunyi Inggeris. Tentu untuk mendapatkan populariti. Sebab itu Thomas Mapother ini menggunakan nama Tom Cruise yang glamer tu. Mungkin dia tak sepopular hari ini kalau gunakan nama asal tu apatah lagi kalau pakai nama Tom Tom Bak. Selebriti lain seperti Cher (Cherilyn Sarkisian), Bob Dylan (Robert Allen Zimmerman), Bruce Lee (Lee Yuen Kam), Sophia Loren (Sophia Scicoloni), George Michael (George Kyriakou Panayiotou) dan banyak lagi.

Nama juga penting apabila kita berblog ini. Walaupun tak pakai nama inggeris pun tak mengapa. Kita bukan nak glamer tahap dunia pun. Tetapi biarlah nama yang digunakan itu bunyinya boleh diterima. Usah letak nama samaran yang tak senonoh atau di luar daripada norma biasa. Seram sejuk pulak apabila menyebutnya. Nak follow pun dah jadi tak seronok. Ikutlah budaya kita orang timur yang terkenal dengan adab berbahasa. Apatah lagi Islam pun menyarankan kita memanggil dengan nama yang baik-baik sahaja. Wallahualam.


Ulasan lain: maaf sebab kalau tak sempat ziarah blog kalian. Dah sibuk semula kerana kelas pun dah mula balik. Maklumlah bekerja sambil belajar ni perlukan komitmen lebih...

59 comments:

mak encik | SZ said...

nama tu doa kan..
elok la letak yg baik2 & ada makna yg baik2...
selamat kembali ke kampus!
psst: pm belajar d mana?

sahromnasrudin said...

salam..biler saudara nak gunakan nama sendiri dan kuar dari kepompong penjejak maya hehehehe

ahmad humairi said...

salam,

xpe2...take your time!

bila terkenangkan nama samaran tu teringat saya pada Mr PM...bukan Penjejak Maya ye... tapi Mr Poo...Mark.....tak senonoh beno!!!

Mohar Yahya said...

amacam, nama cikgupj ok ke atau ko?hehe...

Aku Anak Pahang said...

Nama blog kawan umum aje sesuai utk kita org pantai timur dan khas utk pahang darulmakmur...

Salam semoga ceria sokmo.

Zaidah said...

zai gunakan nama sendiri....penat mak bapak kita carikkan nama yang baik untuk kitakan...

Encik Anif said...

Nama ialah "Brand Name" kalau berbau komersial lebih mudah diingati :D

Ateh Nour said...

Assalamualaiakum,
Nama blog keh walaupun macam inggeris sikit tapi tetap beridentitikan melayu..ngeh2

terokai seni said...

betul sesangat le tu, kekadang terkehel lidah nak baca nama pena tu

errr, nama pena aku ni ok ke tak?

penjejak maya said...

salam cemomoi,

terkehel lidah ok lagi tapi ni kelu lidah nak menyebutnya..

nama cemomoi tu ok.. :)

penjejak maya said...

w/salam lipislady,

dah ada kata lipis tu tau la dari mana hehe..

penjejak maya said...

anif,

benar nama tu sesuatu yang komersial tapi biar la tak membawa makna tak baik..

penjejak maya said...

zaidah,

itula yang sebaiknya tahniah untuk anda.. :)

penjejak maya said...

akuanakpahang,

nama akuanakpahang tu dah menjawab segala persoalan hehe..

penjejak maya said...

cikgupj,

nama cikgupj tu paling popular dan disukai pelajar terutama waktu pj kat sekolah hehe..

penjejak maya said...

w/salam ahmad humairi,

sebaiknya pakai nama samaran yang ok jangan sampai membawa maksud yang tak baik sebab tak semua orang boleh menerimanya..

penjejak maya said...

w/salam sahromnasrudin,

Insya-Allah nanti terpapar jua nama sebenar dan wajah penjejakmaya tu hehe..

penjejak maya said...

sz m.s.s,

sebab tu kita diminta membubuh nama yang baik-baik untuk anak sebab nama tu pun boleh membawa pembawaan sikapnya nanti..

PM belajar kat IPTA awam je..

piewahid said...

kira nama 'piewahid ulu kumbang' tu kira ada nilai komersial juga lah ya...hehehe

Tirana said...

Kalau bergantung pada nama semata, rasanya tak mudah untuk jadi glamor. Untuk jadi glamor, kena berani buat perkara yang orang lain tak buat...hehehe

Werdah said...

Salam penjejak Maya

Ramai penulis guna nama samaran, tapi kak tak pandai pula nak cari nama sandaran.. jadi guna nama sendiri.. takpa penjejak maya menjejaki sahabat mayanya...

Anaasuria said...

salam..
kadang ni nama jer samaran, tapi kalau udah tempek gambar udah tak menyamor.. teman guna aanas sebab masa create gmail account, nama ana udah tak available.. so tambah dua 'a', jadi aana, 's' tu nama teman satu lagi.. heee..

atuk said...

Assalamualaikum PM

nama pada saya penting
ia akan dipanggil hingga ke Akhirat nanti

selamat maju jaya

Wassalam

Acik Erna said...

PM..dahulukan mana2 yang perlu didahulukan..

ashra said...

lor..baru tau.nama tom cruise sebenar.hehe

Abd Razak said...

Salam...

Kalau boleh nak kekal low profile jer dan cuba tidak menonjolkan diri

Afida Anuar said...

baru je nak cakap..eh ni tom cruise bukan Thomas bla bla bla..hehe..

nasib baik saya setia guna nama saya..Afida Anuar..yer saya suka nama saya..

penjejak maya..selamat belajar..kagum sebenarnya orang yang sanggup belajar sambil bekerja ni..sebab saya tak mampu..

btw, penjejak maya belajar kat mana yer?

zulkbo said...

salam..
entahlah saya mmg dah selesa guna nama pena zulkbo..sejak dulu lagi hingga kini..

Unknown said...

salam,
masa belajo dulu, ramai sgt yg nama shima. rumet start panggil 'makcik shima' sbb makcik pelupa. pastu kengkawan lain pakat panggil 'makcik shima' jgk. alasannya nak bezakan dgn shima² yg lain. x pe kot kan? x keinggerisan 'makcik shima' tu kan? ngeee...

penjejak maya said...

w/salam makcik shima,

ada pun sejarahnya..nak nama inggeris tukar je jadi auntie shima hehe..

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

nama zulkbo tu pun dah ok tuu.. :)

penjejak maya said...

afida anuar,

nama tu pun dah indah..

tima kaseh sbnrnye malas gak nak belajar semula hehe..

kat upm..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

benar sebaiknya kita bersederhana sahaja..

penjejak maya said...

ashra,

tak tau pun takpe hehe..

penjejak maya said...

kak erna,

betul tu dahulukan yang mana plg utama dulu..

penjejak maya said...

w/salam rozali,

benar nama tu akan dipanggil kemudian..

penjejak maya said...

w/salam aanas,

tapi bunyinya masih ade lagi kat situ kan hehe..

penjejak maya said...

w/salam werdah,

nama tu dah molek benar tu..

moga jejak tu dapat mengeratkan ukhuwwah sesama kita jua..

:)

penjejak maya said...

tirana,

mungkin ade yang camtu tapi sebaiknya biarlah kita bersederhana dalam serba serbi..

penjejak maya said...

piewahid,

nama tu bukan sahaja ade komersial tapi ade tradisi kemelayuan jua hehe..

cheqna said...

selamat belajar ye..
belajar elok2..
wah..macam mak nasihat anak la pulekkkk..hehehehehehehe

maslinamansor said...

mas guna nama sendiri... nama penuh lagi tue... :)

Anonymous said...

Salam Penjejak Maya, nama yang baik itu perlu.

Dengan nama itulah kita akan dipanggil pada hari kiamat esok.

Anonymous said...

Salam Penjejak Maya, nama yang baik itu perlu.

Dengan nama itulah kita akan dipanggil pada hari kiamat esok.

Adinda Amy Sensei said...

:)

Kaseh NazLieza said...

nama yg indah utk insan yg indah akhlaknya..

Abu Aiman said...

susah saya nak fikir cipta nama samaran, contohnya masa nak create account email. Yang kita nak semua dah 'taken'. Jenuh dok pikir...

penjejak maya said...

abu aiman,

benar susah nak cari nama yg sesuai nama penjejak maya ni pun dah banyak kali bertukar hehe..

penjejak maya said...

kaseh nazlieza,

seindah orangnya jua..

penjejak maya said...

cik amy sensei,

singgah tersenyum ek hehe..

penjejak maya said...

w/salam kunang-kunang,

benar apa yang dikata tu.. :)

penjejak maya said...

maslinamansor,

nama mas tu berharga macam emas hehe..

penjejak maya said...

cheqna,

terima kasih la mokcik hehe..

ckLah @xiiinam said...

Nama saya ckLah. Plat kereta saya XIIINAM. Nama tu yang saya gunakan dalam blog...

penjejak maya said...

cklah@xiiinam,

nama tu mmg unik anda sorang je yg pakai kombinasi nama tu hehe..

Mama JnJnJ@Sue@Anang said...

baru2 je guna nama mamajnj..maksudnya bila start belog..
masa fb masih aktif memang nama full..

penjejak maya said...

mama jnj,

klasik gak nama tu hehe..

sweetie2010.blogspot said...

Salam,

Sweetie (sweethoney)...hmm rasanya nama tu maniskan...

penjejak maya said...

w/salam sweetie2010,

mmg pun manis semanis gula hehe..