Monday, July 5, 2010

lawak pemanduan..

aksi monyet memandu


Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu melulu melanggar tiang lampu dan terbalik. Kesemua penumpangnya yang terdiri daripada seorang lelaki, seorang wanita dan dua anak mereka luka parah.

Hanya seekor monyet yang merupakan haiwan peliharaan keluarga itu yang tidak cedera. Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu. Lalu untuk mendapatkan gambaran jelas tentang insiden tersebut maka pihak polis cuba menyoal siasat monyet tersebut.

Polis: "Monyet...apa yang terjadi sebenarnya?"

Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.

Polis: "Oh...kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki itu?"

Si monyet menunjukkan aksi mabuk sambil menggayakan minum arak.

Polis: "Oh...lelaki itu memandu dalam keadaan mabuk.. dan bagaimana pula wanita itu? anak-anak juga buat apa?"

Si monyet menirukan posisi orang tidur...kemudian bergerak-gerak seperti orang sedang bertengkar.

Polis: "Oh...okey...saya dah faham...wanita itu tidur dan anak-anaknya bertengkar dalam kereta...dan kamu sendiri buat apa monyet?"

Dan...si monyet kemudian menirukan gaya memandu.


ulasan: jangan biarkan monyet memandu boleh membawa padah hehe..

37 comments:

al-lavendari said...

saya respek polis itu atas kemampuan dia berkomunikasi dengan monyet tersebut.

penjejak maya said...

al-lavendari,

bukan calang-calang orang boleh berkomunikasi dengan monyet ni hehe..

Relevan said...

Ha ha kena buka juga kelas lesen memandu untuk monyet monyet ni..

ahmad humairi said...

salam,

...dan monyet pun dituduh atas kesalahan memandu tanpa lesen...hehe.

Ain said...

segan pulak ngan monyet tue, saya nie nama jer ada lesen tapi tak pernah berani nak drive....

takotttt....

monyet lagi berani kan walaupun drive sampai accident....

Melatidaisy said...

hehe..respek la kt monyet tu

sahromnasrudin said...

don't try this at home..only at blog only huhuhuhuh

Abd Razak said...

Kena pergi kelas bahasa monyet ni..:)

Aku Anak Pahang said...

Seeloknya jgn bawak menatang kalau memandu... pandu cermat jiwa selamat.

penjejak maya said...

akuanakpahang,

kesian pula kat menatang tu dok sorang2 kat rumah hehe..

penjejak maya said...

abd razak,

kelas tu ada tapi dalam hutan tarzan gurunya hehe..

penjejak maya said...

sahromnasrudin,

takpe la tak ramai pun yang bela monyet sebagai haiwan peliharaan hehe..

penjejak maya said...

melatidaisy,

monyet sekarang dah banyak kemajuan hehe..

Alimaz-Kembara Terasing said...

hahahhahahah wa respek beb dia boleh komunikasi dgn monyet

penjejak maya said...

ain,

lepas ni kena tunjukkan pada monyet tu keupayaan anda hehe..

penjejak maya said...

w/salam ahmad humairi,

tapi monyet tu tak makan saman hehe..

penjejak maya said...

relevan,

cadangan yang bernas hehe..

penjejak maya said...

alimaz-kembara terasing,

monyet tu dah cerdik cuma nak cakap tak boleh jawab pun guna bahasa badan hehe..

Encik Anif said...

Haha.. macam-macamlah :D

Acik Erna said...

Penjejak maya..hebat ..asalkan faham apa yang ditanya.semua bolih disoal siasat dan dijadikan saksi..

orangkampung said...

Lawak, memang lawak. Lawak adaa maknaa tuuu.....

hai said...

teringat citer Jumanji...monyet tu pandu kete...x mustahil kot,masa akan dtg monyet pun pandai drive hahaha....

Mesintaip: said...

Erk..., moyang monyet tu yang Darwin jumpa dulu kut..heheheh...

Afida Anuar said...

boleh pulak polis tu bercakap dengan monyet..wakakkaka

lawak terbaekk tuk malam ni;)

sonata anak kancil said...

pandai monyet tu pandu ... faham pulak cakap polis!

penjejak maya said...

sonata anak kancil,

monyet sekarang dah maju hehe..

penjejak maya said...

afida anuar,

kalau kita sayangkan binatang kita boleh faham cakap binatang hehe..

penjejak maya said...

mesintaip,

mungkin juga kena siasat dulu susur galur monyet tu hehe..

penjejak maya said...

hai,

mungkin monyet jumanji tu terlepas kat sini pula..

penjejak maya said...

ummuaimi,

ada kalanya haiwan tu lebih tahu nilai nyawa..

penjejak maya said...

kak erna,

tapi kena ada juga kemahiran komunikasi haiwan tu hehe..

penjejak maya said...

anif,

cerita tu ada iktibar hehe..

Tirana said...

Hahahaha...monyet pun boleh memahami percakapan manusia.. Kalau manusia sendiri tak memahami percakapan manusia, tak tau la nak apa..

ustaz eds said...

Salam PM
Pesan je kat monyet yang nak drive tu...berhati memandu dijalan raya...anda mampu mengubahnye....

penjejak maya said...

tirana,

adakalanya lebih mudah berbicara dengan sang monyet daripada berbicara dengan makhluk yang bernama manusia..

penjejak maya said...

w/salam ustaz eds,

kadang-kadang haiwan lebih tau menghargai nyawa..

ainhany said...

salams penjejakmaya..

salam ukhuwah..salam ziarah
lwak yg baik sbg pedoman...mhn izin utk copy pic monyet..inilah bahana bila bahtera dipandu oelh bukan yg sepatutnya...haha...ibarat gitu