Saturday, June 26, 2010

lawak kecemasan



Seorang lelaki menelefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab panggilan lelaki tersebut.

Lelaki: (Dengan nada cemas). "Hello...tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"

Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"

Lelaki: (Dengan nada marah). "Apa la awak ni.. ni laki dia la!"

Jururawat: "Erkk...



ulasan: kalau sudah panik segalanya jadi kelam-kabut seharusnya bawa bertenang...

Friday, June 25, 2010

Jabulani..

bola rasmi Piala Dunia


Jangan salahkan aku pula

Andai tak dapat masukkan gol

Bola itukan bulat

Usahalah sendiri itulah tak tau menari dikatakan..

Lantai jongkang-jongket

Akibatnya diri sendiri yang malu

Nanti lepas Piala Dunia

Ingatan korang pada aku pun berakhir sudah


ulasan: kata hati sebiji bola hehe..

Thursday, June 24, 2010

lagi artis dadah..

dia ditangkap menghisap ganja

Minggu lepas dia ditahan bersama lima rakan termasuk seorang wanita di sebuah apartmen. Ketika serbuan turut ditemui ialah beberapa peket kecil berisi daun kering yang dipercayai ganja seberat 40 gram. Hasil ujian air kencing kemudiannya mendapati kesemua suspek positif ganja dan telah ditahan reman selama 4 hari.

Setelah dibebaskan antara kenyataan mamat ini ialah "saya akan mengundur diri daripada aktiviti seni buat seketika". Tambahnya lagi penahanannya itu angkara perbuatan dengki individu tertentu. "Untuk berhadapan dengan orang ramai saya tak risau, sebab saya pentingkan majoriti orang yang menyokong dan bukannya yang bersifat dengki" katanya.

ulasan: seorang lagi artis yang sebaris dengan artis JA, S, Y, R, B dan A yang pernah disabitkan dengan najis dadah. Moga mamat ini insaf dan tak buat gitu-gitu lagi.

Wednesday, June 23, 2010

Perancis tersingkir..

kepuasan pemain Afrika Selatan

Perancis kalah 1-2 kepada Afrika Selatan. Perancis yang juga naib juara Piala Dunia 2006 tersingkir dari Piala Dunia. Malah, menduduki tempat tercorot kumpulan A. Semuanya gara-gara masalah dalaman skuad Perancis. Masalah antara pemain dan jurulatih Robert Domenech menjerumuskan Perancis kepada kegagalan. Sukar dibayangkan reputasi pemain Perancis yang bermain untuk kelab ternama seperti Real Madrid, Chelsea, Manchester United, Barcelona, Arsenal boleh tersingkir begitu sahaja. Tapi itulah bola sepak namanya. Apatah lagi apabila sudah ada pergeseran dalam pasukan. Maka pintu keluar pun sudah terbuka luas...

ulasan : iktibar juga untuk semua kerana kerjasama berpasukan itu amat penting dan sepatutnya ketepikan masalah peribadi demi perjuangan untuk negara..

Tuesday, June 22, 2010

relevankah UPSR & PMR?

menghafal di saat akhir

Ada cadangan mansuh UPSR dan PMR. Alasan pendidikan hari ini terlalu berfokuskan peperiksaan. Kalau perhati pun pelajar hari ini lebih banyak menghafal saja. Ibu bapa pun mahukan anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam exam. Sudahnya potensi diri pelajar kurang dikembangkan secara menyeluruh. Semalam jumpa seorang teman yang mengajar di sekolah menengah. Beliau menyatakan kebimbangan kerana terdapat pelajarnya yang masuk ke tingkatan satu masih gagal membaca dengan lancar. Itu di kawasan bandar. Penjejak maya difahamkan di kawasan luar bandar ramai lagi pelajar yang masih tidak tahu membaca dan menulis. Sama ada kegagalan pelajar itu disebabkan kelemahan sistem pendidikan hari ini atau berpunca daripada kelemahan pihak tertentu.

ulasan: agaknya kalau mansuh UPSR dan PMR adakah pelajar kita nanti jadi lebih baik dari hari ini?

Monday, June 21, 2010

lawak berapa bulan?

gambar hiasan


Seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan pergi ke sebuah bank untuk membayar hutang tunggakan rumah selama 3 bulan. Setelah mendapatkan giliran di kaunter bank, pegawai bank bertanya tentang jumlah yang ingin dibayarnya.

"Berapa bulan, Puan?"

Dengan tersipu-sipu malu wanita itu menjawab.

"Dah masuk lapan bulan nii.." sambil mengusap-usap perutnya.



ulasan: terlalu excited bila nak menerima cahaya mata..


Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa...

kasihnya ayah..


Mata Ayah

Kujabat mesra tangan ayah
urat-urat daging-daging tua keras terasa
mataku tersenyum, matanya menyapa
anak yang pulang disambut mesra.

Tapi matanya, mata yang menatapku
kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
suatu kelesuan yang tak pernah dipancarkan dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah
akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang
memintaku pulang menikmati beras baru

Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
dan ia tidak pernah merasa, serba derita itu adalah dia.


hasil karya allahyarham Usman Awang.


ulasan : Selamat hari bapa kepada rakan-rakan yang bergelar bapa. Sesungguhnya bapa ialah ketua keluarga, pelindung anak isteri, pembimbing dan menyediakan segala keperluan hidup, mengajar hukum agama, bertanggungjawab, berlaku adil dan tidak mengabaikan perintah Allah SWT. Kasihmu bapa kuabadikan sepanjang masa.