Monday, May 17, 2010

China juara Piala Thomas

kelihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan
mencemar duli untuk menyampaikan Piala Thomas

Akhirnya Piala Thomas edisi 2010 milik China. Meskipun membenamkan Indonesia 3-0 tetapi Indonesia telah memberikan tentangan sengit. Kecuali Taufik Hidayat perlawanan yang lain itu berkesudahan tiga set. Yang pasti China ada kelas tersendiri. Tetapi tak boleh dikatakan kebal pun sebab dalam Piala Uber Korea Selatan berjaya menamatkan dominasi China. Disebabkan tiada klasifikasi perlawanan tempat ketiga dan tempat keempat maka Malaysia berkongsi kedudukan tempat ketiga bersama Jepun. Kalau ikutkan penjejak maya Malaysia selayaknya tempat keempat dan Jepun tempat ketiga. Sebabnya Jepun sudah membuktikan lebih baik dari Malaysia kerana berjaya mengalahkan Malaysia di peringkat kumpulan. Tetapi, mesti ramai pula yang tak bersetuju.

ulasan: walaupun tidak berjaya tetapi diharapkan jurulatih dan pemain tak berputus asa. Insya-Allah kita akan berjaya nanti walaupun tak pasti entah bila...

20 comments:

Abd Razak said...

Salam..

Tahniah buat yang berjaya dan pada yang tidak berjaya cuba lagi di masa akan datang

sahromnasrudin said...

china berada dalam kelas tersendiri..2 tahun lagi pun lum tentu kita mampu mendakapnya selagi perubahan besar tidak berlaku dalam BAM

Werdah said...

Salam,

mudah2an berjaya pada masa hadapan.

AMIR KOMENG said...

aku ingat kita boleh menang,kalah kat gelanggang sendiri...maybe our player terlalu taksub gemuruh ngan penyokong yang ramai...nervour n gabra siut...dah hangpa dok pekik terlolong...takpa next time ader lagi,kat blog aku punya la aku karang baik punya...last2...kalah,hampeh...next time buat kaw2 skit

http://amirkomeng.blogspot.com/

Acik said...

Salam..
Tahniah buat pasukan China.. pasukan kita dan Indonesia dh ketandusan pemain. Jepun mungkin boleh mengikut jejak China satu hari nanti..
Malaysia bukan tak ada pemain remaja, tapi kerenah persatuan badminton kadangkala melemahkan mereka.. perlu rombakan besar2an.

penjejak maya said...

mohd amir morad,

kalau kalah mesti banyak je beri alasan macam mana nak maju..

penjejak maya said...

w/salam acik,

setuju dengan pandangan itu pemain remaja patut diberikan banyak pendedahan pemain senior pun patut simpan untuk kejohanan yang lebih penting..

penjejak maya said...

w/salam werdah,

Insya-Allah berkat usaha semua pihak..

penjejak maya said...

sahromnasrudin,

benar tindakan drastik seharusnya diambil oleh BAM dan jurulatih pun patut ada perancangan strategi yang berkesan macam Chong wei kalah ditangan Lin Dan tak ubah pun macam dia kalah kat olimpik hari tu..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

usaha tangga kejayaan..
agi idup agi ngelaban..

abu muaz said...

yang pastinya korea selatan dan jepun akan menjadi kuasa baru badminton.kalau malaysia masih ditahap lama mereka akan jauh meninggalkan kita..... samalah dengan sukan takraw.

ahmad humairi said...

xpe2,
kita menang next time!

Afida Anuar said...

Dah takde rezeki Malaysia nak julang thomas...

mana la tau kan, kalau Malaysia menang piala thomas ni,Malaysia lagi mendabik dada duk bangga-bangga.. jadi Allah tak kasi menang;)

penjejak maya said...

afida anuar,

betul tu ada hikmahnya mungkin jua kalau malaysia menang terlebih riak pula atau mungkin jua kejayaan itu ditangguhkan dulu..

penjejak maya said...

ahmad humairi,

sekali thomas tu pergi China daa..

penjejak maya said...

abu muaz,

begitulah yang terjadi masakini..

Aku Anak Pahang said...

Berkat usah gigit deme gamoknya maka kejayaan milik dia juge...

Anonymous said...

alaaaaa
ni benci nih

sian dato' ku
penat dia ...

tkpe..bukn rezki ;)

penjejak maya said...

jane,

biarlah dato' tu dok rehat bagi tenangkan diri lihat keindahan alam ini..

penjejak maya said...

akuanakpahang,

usaha tu tangga kejayaan..