Wednesday, May 26, 2010

Hotel halal haram

gambar hiasan

Semalam penjejak maya ada membaca isu ini dalam akhbar Utusan Malaysia. Kerajaan telah memutuskan majlis anjuran kerajaan cuma diadakan di hotel yang ada sijil halal JAKIM. Menurut laporan hanya 62 dapur hotel di seluruh negara mempunyai sijil halal JAKIM. Sedangkan jumlah hotel di seluruh negara melebihi 2000 buah.

Bersyukur juga pengumuman ini sebab sebagai penjawat kerajaan selalu juga menghadiri majlis atau kursus di hotel ini. Tapi hotel biasa sahajalah tak sampai pun 5 bintang tu. Saya teringat dulu pernah bekerja di hotel lima bintang. Lepas STPM masa tu. Cuma apa yang saya perasan hotel ini hanya memiliki sebuah sahaja bilik dingin beku. Segalanya disimpan dalam bilik yang sama tak kira halal ke haram. Sebab hotel ini pun ada restoran cina di dalamnya. Hingga kini hotel tu menjadi tempat berlangsungnya majlis besar-besaran. Yang turut dihadiri oleh pemimpin negara. Halal haramnya hingga kini wallahualam.

Mendapatkan makanan halal ini satu yang wajib termasuk diri dan keluarga. Sabda Nabi SAW maksudnya, "mencari yang halal adalah fardu (wajib) bagi setiap orang Islam" [riwayat Dailami]. Makan makanan haram boleh menyebabkan amalan kita tak juga diterima oleh Allah SWT. Bayangkanlah kalau sudah jadi darah daging. Hati pun boleh jadi tak bersih nanti. Pesanan untuk diri saya juga janganlah terlalu gah untuk makan di hotel terutamanya yang berstatus 5 bintang tu. Sebaiknya pastikan dulu halal haramnya. Saya bersetuju dengan pendapat pengarang rencana berkenaan iaitu jika sesebuah hotel itu ingkar untuk mendapatkan sijil halal JAKIM, elok sahaja JAKIM mengeluarkan sijil tidak halal untuk ditampal di hotel berkenaan.

ulasan : moga kita semua dilindungi daripada yang haram selaras dengan cara hidup Islam yang menitikberatkan toyibban iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat serta 'halalan'.

24 comments:

Abd Razak said...

Salam..

Satu perkembangan yang baik, cuma berharap pihak yang mengeluarkan sijil itu sentiasa membuat pemeriksaan sebilangan masa.

Afida Anuar said...

Salam...

nama je negara Islam, tapi ada sedikit je hotel yang bertaraf halal? alahaiii..

Tirana said...

Biasanya saya kalau duduk di hotel, saya cari makan di luar, tak makan makanan hotel sebab makanan hotel biasanya mahal..hehehe..

Relevan said...

Salam weh..

Selalu tido saja kat hotel..bila makan makan pergi cari restoran mau pun warung warung..

Tapi bila ada Course kena pula makan makan kat hotel tersebut..apa nak kata..tu Hotel halal haram..

penjejak maya said...

w/salam relevan,

benar pergi hotel selalu jadi tempat tidur sahaja..

penjejak maya said...

tirana,

samalah biasanya hotel itu setakat tempat bermalam sahaja makanan beli kat luar..

penjejak maya said...

w/salam afida anuar,

ramai yang tak peka dalam hal ini..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

benar diharapkan langkah ini akan menggalakkan pihak hotel memohon sijil halal JAKIM..

sahromnasrudin said...

sekarang nie pun dh byk agensi kerajaan ada pusat latihan sendiri. so, tak payah berkursus-kursusan di hotel yang ntah ape2 ntah lagi..tue lagi dijamin tahap kehalalannya. insyaAllah...

penjejak maya said...

sahromnasrudin,

benar dari segi kosnya pun lebih jimat sesuai lah dengan polisi sekarang ni berjimat-cermat..

4-a&nazrah said...

lepas ni, kalau nak menginap di hotel kena tgk dulu restoran dia ada sijil halal tak, baru best nak sarapan.. (rugi kalau tak guna kupon sarapan pagi yang diberi..hehe)

zulkbo said...

salam ziarah..
moga kita semua ceria
hari ini..diberkati Allah
dan sihat selalu..
yang nyata kebanyakan restoran
di hotel menyediakan minuman keras..saya cukup tak suka.

endiem said...

salam..

eloklah kerajaan menetapkan dasar tersebut. Kebanyakan hotel hotel tak mahu memohon sijil halal kerana tidak memberi kesan kepada bisnis mereka.

atuk said...

Assalamualaikum Penjajak Maya

berbalik kepada pemerentah yg membawa hala tuju
tapi ingat kita yg pilih pemerentah!!

Wassalam

penjejak maya said...

w/salam rozali,

sama-samalah kita fikirkan..

penjejak maya said...

w/salam endiem,

benar kalau hotel besar tu sama ada halal atau tidak orang datang juga..

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

kadang-kadang ada arak dicampur dalam makanan tanpa disedari..

penjejak maya said...

4-a&amp:nazrah,

itulah yang sebaiknya..

hai said...

isu ni dah lama,abah saya penah keje kat hotel,di fraser hill..sekitar tahun 60an...dia penah pegi ke pej.agama bwk masalah peti ais yg berkongsi makanan halal dan haram ni...tapi x de tindakan dibuat dan dia ambik keputusan..berenti keje!!tapi sampai la ni x abis lagi bab tu ...sedihnya....

Werdah said...

Salam,

Zaman makan di hotel telah berlalu, last tahun 2003 sebab sakit tak boleh kerja, masa tu tentang persijilan halal haram ini belum heboh sangat lagi, sekarang alhamdulillah ramai dah ambil berat, tinggal penguatkuasaan sahaja yang perlu dibimbangkan.

penjejak maya said...

w/salam werdah,

benar isu halal haram ini sudah lama sebenarnya malangnya penguatkuasaannya masih lemah bukan sahaja di hotel tapi juga di restoran yang bersepah-sepah tu..

penjejak maya said...

hai,

memang kadang-kadang terkilan dengan sikap orang Islam sendiri yang tau perkara berkenaan tapi tutup mata..

saya puji tindakan ayahnya tu..

Acik Erna said...

salam PM..akak kalau tidor hotel..makan kat luar..baru puas hati..

penjejak maya said...

w/salam kak erna,

memang itulah yang selalu dibuat..