Wednesday, May 19, 2010

lagi-lagi buang bayi..

antara rentetan peristiwa pembuangan bayi

Ada rasa sakit hati, marah dan sedih bercampur baur membaca kisah menyayat hati buang bayi ini. Apakah salahnya bayi ini? Dia pun tak minta dilahirkan. Apatah lagi untuk diperlakukan sekejam ini. Cukup memilukan apabila ada antara bayi ini mati akibat deraan, kesejukan dan digigit binatang. Yang terbaru bayi ditanam oleh sepasang remaja. Mana pergi perasaan belas kasihan tergamaknya buat begitu. Rasanya haiwan pun tak tergamak nak buat macam ini. Menurut laporan akhbar semalam, bayi ini masih hidup ketika dilahirkan. Bayangkan tubuh sekecil ini dikambus hidup-hidup! Apakan daya hanya seketika hadirmu ke dunia ini. Tertutup nafas buat selamanya akibat tindakan manusia durjana.

Ini semuanya berpunca daripada nafsu serakah. Sudahlah berzina itu berdosa besar sambung lagi dengan dosa membunuh bayi sendiri. Nauzubillah.Terasa aneh juga apabila si ibu tidak menyedari anaknya mengandung sampai melahirkan anak. Adakah ibu masakini terlalu sibuk sampaikan tak sedar perubahan diri anak. Malah, remaja perempuan ini khabarnya masih bersekolah lagi. Mungkin juga remaja ini terlalu bijak menutup keaiban diri daripada pengetahuan sesiapa pun. Penjejak maya terfikir seandainya si ibu tu menyedari sejak awal lagi mungkin si anak boleh diberikan bantuan kaunseling umpamanya. Mungkin si anak dihantar ke tempat jagaan sementara menantikan kelahiran bayinya. Mungkin bayi itu akan selamat pada hari ini. Mungkin juga si ibu remaja itu dah bergelar nenek sekarang! Walaupun begitu, Allah itu Maha Mengetahui semoga apa yang terjadi ini memberikan peringatan buat kita semua.

ulasan: mencegah tu lebih baik dari merawati dan tindakan itu lebih baik daripada sekadar bercakap sahaja. Tak mungkin isu buang bayi ini dikaitkan dengan mentaliti ke arah sebuah negara maju.

26 comments:

zulkbo said...

salam..
setuju komen anda
yang last sekali
mencegah lebih baik dari
merawati..tapi bagaimana?
pendidikan sex di sekolah???

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

pendidikan seks di sekolah tu menjadi polemik ramai. ada yang setuju ada yang menentang. sudahnya ada alasan mengatakan sudah ada disisipkan dalam subjek lain jadi tak perlu diajar sebagai satu subjek.

pada pendapat saya apa salahnya dijadikan subjek khas tapi dengan menggunakan pendekatan yang bersesuaian. dan tidak bercanggah dengan nilai agama.

Abd Razak said...

Salam..

Andai di Acheh Allah turunkan musibah tsunami tapi di tempat kita gejala sosial yang sangat rumit melanda. Inilah hasilnya dari sebilangan besar umat manusia yang kian jauh dari fahaman agama.

Kita perlu kembali kepada jalan yang Allah telah tetapkan.

Afida Anuar said...

Salam penjejak maya..

Dalam Al-Quran, Allah dah lama kasi jalan penyelesaian, tapi kita takmo ikut... nah mungkin ini bala akibat tak buat apa yang Allah suruh?

WaAllahualam..

melatidaisy said...

salam,

bila Tuhan tak ditakuti, mcm2 bleh terjadi, tp kesian kt bayi2 yg tak berdosa, sekurang2nye serahkan la pd sape2 daripada buat double dosa, berzina n membunuh..bayi tu ada hak utk terus bernafas..sedih btol..

semoga kita semua sentiasa dilimpahi petunjuk dari Ilahi.

sahromnasrudin said...

isu ini dah semakin basi kerana ia seakan-akan bergerak seiring dengan arus pembangunan negara..apa yang perlu dilakukan ialah pendidikan dari ibubapa kepada anak-anak mereka

nd.artcreative said...

Salam...bg pendapat sy kita semua bertanggungjawab di atas semua yg telah berlaku.... Setiap org ada peranan masing2 cuma kita sj yg tidak melaksanakannya dgn bijak dan adil. Tak perlu menuding jari menyalahkan org lain. Kita semua bersalah kita semua turut merasa tempias hasil perbuatan mereka kerana selama ini kita terleka hingga mengabaikan tanggungjawab kita semua sbg ibu/bapa, saudara, jiran, rakyat, ketua atau pemimpin yg adil, jujur dan ikhlas. Ini hanyalah sekadar pandangan peribadi sy. Wassalam

penjejak maya said...

w/salam nd.artcreative,

benar juga dalam bidang sosiologi pun setiap pihak ada peranan masing-masing dan saling berkaitan sekiranya satu pihak gagal melaksanakan peranannya maka akan menjejaskan keseluruhan sistem masyarakat itu sendiri..

penjejak maya said...

sahromnasrudin,

isu ini dah berlarutan sekian lama macam-macam cakap tentangnya tapi tindakan kawalan masih belum menampakkan keberkesanannya..

penjejak maya said...

w/salam melatidaisy,

ada pasangan yang lama kahwin dah berhabis ikhtiar berhabis wang beribu untuk dapatkan zuriat tapi yang ini dibuangnya pula paling tidak pun serahkanlah bayi itu kepada pihak tertentu jangan dipengapakannya..

penjejak maya said...

w/salam afida anuar,

benar kalau kita semua berpegang kepada al-Quran dan hadith Rasulullah SAW pastinya hidup akan aman damai dan terhindar daripada kemaksiatan..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

kita harus bersyukur tidak ditimpakan musibah yang dahsyat seperti di negara-negara lain tetapi kalau maksiat berleluasa ditakuti Allah SWT akan turunkan musibah kepada negara kita wallahualam..

akuanakpahang said...

Entahlah berbudak sesari ini nipis sangat pengetahuan agamanya jadi bab halal, haram dose dan pahala x ambit kisah dah.

Yunus Badawi said...

Salam.

yang saya hairan kat negara lain masalah buang bayi ni taklah dengar berleluasa mcm di negara kita.

penjejak maya said...

w/salam yunus badawi,

di negara barat tu pergaulan sosialnya lagi teruk tapi muda-mudi dia tau langkah pencegahan tak mengandung..

kat sini kita dah berbelah lagi takut bila terangkan langkah pencegahan seolah macam membenarkan perhubungan haram ni..

tapi eloklah terangkan juga tapi pada masa yang sama terapkan dengan hukum Islam dan nilai agama..

sebab yang haram tu tetap haram..

penjejak maya said...

akuanakpahang,

itu jadinya kalau iman sudah senipis kulit bawang..

Werdah said...

Salam Penjejak Maya.

Itulah perlunya iman, ilmu dan amal.

Cadangan akhir tu perlu dilaksanakan oleh semua pihak.

xiiinam said...

Kajian yang dibuat oleh Raudatus Sakinah, mendapati 60% dari pelajar lelaki IPTA tidak kisah dengan perhubungan bebas antara lelaki dan perempuan. 45% dari responden lelaki yang sama juga tidak kisah dengan hubungan intim luar nikah....



Itu palajar universiti....
Belum lagi remaja yang lain...
MasyaAllah....

penjejak maya said...

xiiinam,

telah ada kajian terhadap pelajar dilakukan..

kajian yang popular dilakukan oleh UKM pada tahun 2006/2007 terhadap 887 orang pelajar perempuan 'berisiko tinggi', dapatan kajian menunjukkan hanya seorang sahaja mengaku tidak pernah melakukan hubungan seks!..

seharusnya kajian yang dilakukan disusuli pula melalui tindakan yang berkesan untuk menangani..

penjejak maya said...

w/salam werdah,

benar itu semua adalah benteng pada diri..

maiyah said...

x bleh tgk le, menitis airmata.. x terkata-kata dah.. cuma dpt berdoa.. Allah yg menentukan..

sonata anak kancil said...

keadaan ini berbalik kepada ibubapa...ibubapa MESTI sentiasa prihatin pergaulan anak2 mereka...siapa kawan mereka...pengalaman saya: ibubapa sendiri mengaku tak terkawal pergerakan anak2 mereka....tanya saya apa mesti buat....saya kata : ...hantar rumah kebajikan!

penjejak maya said...

sonata anak kancil,

benar peranan ibu bapa sangat penting kerana ibu bapa yang melentur anak sejak dari rebungnya..

tapi kalau saya jawab kalau dah tak boleh kawal sangat minta dihantar secara sukarela ke sekolah henry gurney tu..

penjejak maya said...

maiyah,

benar kelu lidah tak sangka ada manusia yang lebih kejam daripada haiwan.. spesies apa ni?

Acik said...

Salam..
Hanya satu jalan saja yg boleh atasi masalah ni.. kembali kepada Allah dan turutkan suruhan serta larangan Allah bermula dr pemerintah hinggalah empunya diri..

penjejak maya said...

w/salam acik,

begitulah yang sepatutnya dilakukan..