Thursday, May 13, 2010

Malaysia berjaya..

Hafiz dikerumuni peminat
(sumber foto: metro)

Semalam penjejak maya dapat menyaksikan kejayaan skuad Malaysia. Kejayaan melangkah ke separuh akhir itu melalui tugas yang getir. Berbeza dengan aksi ketika menentang Jepun pada kali ini setiap pemain telah menunjukkan semangat juang yang kental. Semangat macam inilah yang kita harapkan. Walaupun Wong Choon Han dan bergu nombor dua tu kalah tak mengapa sebab mereka telah berjuang bermati-matian. Hafiz pula berjaya menemui balik sentuhan dramatiknya. Selepas ini, jurulatih diharapkan dapat mencongak strategi untuk mengalahkan China. Pemain-pemain pun perlu lebih siap siaga lagi. Jangan terlalu diulit dengan kemenangan ini sebaliknya fokus untuk perlawanan esok. Yang penting disiplin dan komitmen 100 peratus. Jangan cepat mengalah dan ingatlah bahawa perjuangan ini untuk negara. Skuad kali ini sememangnya ada berpotensi untuk menjulang Piala Thomas. Mudah-mudahan skuad Malaysia berjaya mengalahkan China nanti.

ulasan: Malaysia bolehh..

18 comments:

sahromnasrudin said...

hafiz bernasib baik kerana lawannnya dari Denmark tidak begitu hebat tetapi apabila berhadapan dengan BAo Chunlai nanti pasti suasananya berubah.jika tidak, dia tidak kemana..

Abd Razak said...

Tahniah utk pasukan malaysia..

Unknown said...

salam,

kalau nasib tidak baik,
jaguh dunia kan tewas juga,
kalau nasib malaysia baik,
ikut mana pun boleh jadi juara!

ahmad humairi said...

tahniah malaysia,
malaysia boleh!

Aku Anak Pahang said...

Tahniah juga kerana bersusah payah mereka. Semoga kejayaan milik kita!

penjejak maya said...

akuanakpahang,

itulah yang kita harapkan..

penjejak maya said...

ahmad humairi,

insya-Allah..

penjejak maya said...

w/salam shahira,

benar usaha tangga kejayaan..

penjejak maya said...

abd razak,

alhamdulillah moga lebih berjaya lagi..

penjejak maya said...

sahromnasrudin,

setuju tapi hafiz pun main baik juga cuma hafiz ni tak konsisten permainannya..

Maiyah said...

tp sian le pemain yg kalah, kene kutuk terutama kat fesbuk.. sy pun rasa kecewa gak, itu normal le bila rasa kalah tp sy x sampai nk kutuk bagai.. yg kalah kita bg semangat je.. apa salahnya

camna pun kita ttp menang gak..

Acik said...

Salam..
Tahniah utk pasukan Malaysia dan semoga semangat juang begitu dpt diteruskan semasa menentang China..

penjejak maya said...

w/salam acik,

moga begitulah nanti..

penjejak maya said...

maiyah,

sudah jadi adat kalau menang pemain dijulang kalau kalah pemain dikutuk tapi kalau kalah kerana bermain mati-matian tak mengapa juga..

Afida Anuar said...

harap2 game besok, time dah balik keje..cek jadual tadi tak tetapkan lagi...uhuhu

PS: Suka tengok hafiz hashim smlm..cool...

penjejak maya said...

afida anuar,

moga dapat tengok nanti tetapi hafiz tu main kalau kedudukan 2-2 kalau dah menang dia tak main pun nanti..

sonata anak kancil said...

salam kenal & ziarah ...yang menang disanjung...tahniah - yang kecundang jangan dikutuk...bukan diorang nak kalah! semua nak menang sampai sudah tak habis2! & followed

penjejak maya said...

w/salam sonata anak kancil,

benar tetapi biarlah kalah bermaruah terima kasih kerana follow..