Thursday, May 6, 2010

GPS Navigator


Minggu lepas penjejak maya beli GPS Navigator. Sebenarnya sekian lama saya berhajat benda ni. Tapi bajet pulak tak cukup. GPS ni amat berguna untuk menentukan lokasi perjalanan. Kalau di alam maya ni saya tak pernah la tersesat tapi selalu juga tersesat di alam daratan ni. Lebih-lebih lagi tinggal di kota metropolitan ni. Jalan pun dah berselirat dan berbelit-belit. Selalu rujuk juga dalam buku panduan jalan. Tak pun hubungi kawan bertanyakan arah jalan. Tapi kini tak mungkin boleh tersesat. Asalkan alat ni berfungsi sebaiknya.

GPS atau Global Positioning System ni merupakan sistem navigasi satelit yang dipelopori oleh Jabatan Pertahanan Amerika. Melalui GPS kita dapat mengetahui arah kedudukan dan lokasi kita dengan tepat di daratan. Kalau tak silap ada 32 satelit GPS yang beroperasi yang dihubungkan melalui database GPS tersebut. Saya difahamkan alat ni dulu semahal RM 1000+ tetapi kini dah jadi barangan mampu milik. Yang RM 300+ pun ada tapi cap ayamlah. Tiada jaminan jadi tak usahlah beli. Tapi seeloknya survey dulu harganya terutamanya dari internet. Banyak juga kelebihan yang ada seperti paparan 3D, pemain video, document reader, photo viewer dsb. Petanya boleh dimuat turun secara percuma di internet. Dalam gambar itu sepatutnya GPS tu lekat kat cermin bawah lagi bukan seperti itu. Lagi satu masa dalam perjalanan pun ada suara yang memberikan arah perjalanan dan peringatan. Walaupun ada alat secanggih mana pun yang penting jangan lupa berdoa keselamatan sewaktu perjalanan dan memandu secara berhemah. Pandu cermat jiwa selamat.

ulasan: dah ada GPS ni rasa nak berjalan sahaja.

23 comments:

Abd Razak said...

Salam..

Wah canggih..takper kan sebab ia amat berguna utk membolehkan kita utk bergerak ke mana-mana dgn mudah terutamanya ke tempat kita beramal soleh.

sahromnasrudin said...

trime kasih jadi followeer sy..sy dah masukkan awk dlm blog list sy..kenapa tak nak pakai nama sendiri/ menyamar erk huhuhuh

Pn Kartini said...

Salam..:)
Komen pertama di sini..:)
Mmg byk manfaatnya ya..kiranya tidak lah kan sesat nanti..semua dipandu arah yaa..:)

penjejak maya said...

w/salam pn kartini,

alhamdulillah kemudahan yang ada boleh dimanfaatkan tapi yang paling penting selamat tiba ke destinasi

penjejak maya said...

salam sahromnasrudin,

maaf bebanyak tak berniat nak menyamar di sini tapi ada alasannya tersendiri. Insya'Allah panjang umur kita kenal jua.

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

benar kata saudara itu dalam kecanggihan teknologinya ini dapat kita gunakan untuk tujuan beribadat

abang said...

Jeling 2 dan senyum ...

salam ziarah ...

zue said...

salam PM,
inilah idaman suami zue yg belum dpt lagi...klu setakat guna hp x berapa jelas dibandingkan dgn GPS Navigator.

penjejak maya said...

w/salam zue,

saya rancang dulu nak beli yang ada kat henpon tu tapi fungsinya terhad. bole la belikan satu untuk hubby tu hehe

penjejak maya said...

w/salam abang,

terima kasih kerana berziarah ke sini

PCL said...

Salam ziarah dan salam kenal,
sy teringin nk beli benda nie, harap suatu hari nanti dapat lah,..tp harus diingat semasa memandu jgn asyik tgk benda tu jer..buruk padahnya..nauzubillah.

AMIR KOMENG said...

GPS...Global Positioning System.....canggih gak alat ni....benda alah ni dia guna satelit fur rujuk coordinate dia....so...bila benda ni interact denagan satelit...so dia akan keluar la data..kordinate x.y.z...tu yang panggil GPS.....tapi...hang kena ingat....ada pihak tertentu boleh kesan hang dok tang mana...macam cerita...'enemy of the state'...

penjejak maya said...

w/salam pakciklie,

moga berjaya nanti. terima kasih atas nasihat tu benar jangan ralit sangat sampai hilang fokus pula.

penjejak maya said...

mohd amir morad,

begitulah fungsinya tapi saya guna sekali sekala sahaja untuk destinasi yang tidak ketahuan jalannya. tapi biasanya tak guna pun. best cerita enemy of the state tu.

ckg rash said...

Salam,
bestnya... mudah-mudahan dapat dimanafaatkan semaksimanya... teringin juga untuk memilikinya tapi takut terkena yg cap ayam...

Maiyah said...

mmg canggih le kan.. ermm tingin nk psng kat krusi roda ekeke, mna tau tersesat kat midvalley hehe

penjejak maya said...

maiyah,

boleh sahaja tapi GPS ni berfungsi kat luar sahaja dalam shopping complex tak dapat sebab satelit tak sampai

penjejak maya said...

w/salam ckg rash,

ya kena hati-hati membeli barangan kerana sekarang ini berlambak jenama cap ayam hehe

Sharinginfoz said...

memang bagus gps ni memudahkan kerja, sebelum ni dah ada tapi cermin retak taapi last week beli yang garmin 1350, so far not bad navigation

Jangan Lupa Segmen Kenali Blogger

Anonymous said...

Salam penjejak maya,

Saya belum pernah menggunakan khidmat "GPS" ni walaupun handset saya ada kemudahan ni.

penjejak maya said...

w/salam kunang-kunang,

GPS ni penting pada saat memerlukan sahaja. Selebihnya tak pakai pun.

penjejak maya said...

salam sharinginfoz,

betul tu tapi alat ini pun kena jaga sebaiknya kerana bukannya murah pun.

Anonymous said...

ada tak GPS nak jejak orang...