Sunday, May 23, 2010

Jasamu bomba..

pasukan bomba dan penyelamat

Jumaat lalu penjejak maya bersolat jumaat masjid di Selangor. Khutbah yang disampaikan pula berkenaan sambutan Hari Bomba. Rupa-rupanya 4 Mei lalu ialah hari bomba sedunia. Tak perasan la pula. Jasa dan pengorbanan bomba ini juga besar. Sewaktu kita nyenyak tidur mereka inilah yang bertungkus lumus memadamkan kebakaran. Kadangkala mereka terpaksa bersabung nyawa ketika memadamkan kebakaran dan dalam operasi menyelamat. Seiring dengan itu mereka turut sama membantu dalam menyelamatkan ekonomi negara. Statistik pada tahun 2009 menunjukkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dianggarkan berjaya menyelamatkan harta bernilai RM 10.3 bilion berbanding RM 5.9 bilion pada tahun 2008. Di bandar-bandar besar KPI jabatan bomba menetapkan masa sampai ke tempat kejadian dalam tempoh 10 minit. Dengan moto sedia menyelamat pihak bomba terbukti sedia berkhidmat walau di mana jua. Tanpa mengira masa dan tempat. Terima kasih untuk pasukan bomba.

ulasan : dulu masa kecik salah satu cita-cita saya nak menjadi fire fighter tapi tak kesampaian pula.

18 comments:

Tirana said...

Hari Bomba tidak begitu famous macam hari ibu, hari guru, hari bapa, hari kekasih. Kenapa agaknya ye? Saya pun baru tahu hari bomba bila baca entry ni..terimakasih kerana memberitahu.

Abd Razak said...

Salam...

Kepada mereka yang berkhidmat sebagai Bomba, Selamat hari Bomba, moga tuan-tuan semua sentiasa dalam rahmat Allah ketika bertugas.

Thanks ingatkan...

Aku Anak Pahang said...

Selamat hari bomba ..hehehe kawan pun tak tahu rupenya ada hari Bomba asyik duk ingat hari guru aje kaco..

**apa2 hari pun mmg penting sebagai menghargai jasa2 mereka.

zulkbo said...

salam..
betul tu..
jasa bomba
terlalu banyak
SELAMAT HARI BOMBA
buat warga nya..

atuk said...

Assalamualaikum Penjejak Maya

minta media hebahkan hari bomba

Wassalam

penjejak maya said...

w/salam rozali,

benar kata saudara media sepatutnya memaklumkan kepada kita semua..

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

jasa dan pengorbanan anggota bomba sama penting dengan pasukan keselamatan yang lain..

penjejak maya said...

akuanakpahang,

samalah saya pun tak tahu juga mungkin bilangan anggota bomba tak ramai..

meskipun begitu besar jasa mereka..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

ya mudah-mudahan mereka beroleh rahmat hendaknya..

penjejak maya said...

tirana,

puncanya kurang publisiti dari media elektronik dan media cetak kita pun tak tahu..

ahmad humairi said...

tangkap ular...panggil bomba,
eksiden...panggil bomba...banyak lagi peranan bomba tapi yang femes fiht api laa.

TERIMA KASIH BOMBA.

Cikgu Yang said...

Terima kasih maklumatnya, memang mereka banyak berjasa pada masyarakat.. tapi kadang2 kita tak perasan pun. p/s saya setuju.. negara2 Arab jadi pilihan mereka , kerana gajinya mahal. Terima kasih melawat saya,

penjejak maya said...

ahmad humairi,

tambah lagi.. sampaikan kaki terperosok masuk lubang tandas pun kena panggil bomba..

SAMA-SAMA (jawapan bomba)

penjejak maya said...

cik yang,

sebabnya kita hanya mengingati bomba apabila terdesak sahaja..

p/s: benar yang pergi negara arab tu yang benar2 terlatih dan berkomitmen tapi yang datang ke sini kerja pun ala kadar sahaja..

Maiyah said...

tanpa mrk sapa nak padamkan fire huhuu

Acik said...

Salam..
Kuthbah Jumaat pun cerita pasal hari bomba? Dulu pernah terdengar dr rumah, kuthbah pasal makanlah buah2an tempatan...
Apapun, selamat utk semua ahli bomba semoga kerja2 mereka diberkati Allah.

penjejak maya said...

w/salam acik,

khutbah sekarang lebih berbentuk mendidik dan isu terkini misalnya khutbah hari jumaat lalu mendidik jemaah masjid untuk mengelakkan kebakaran dan tindakan yang perlu dilakukan..

penjejak maya said...

maiyah,

tak terlawan kita dibuatnya..