Saturday, May 29, 2010

mengapa berbalah?

bawalah bersabar

Dua hari sudah penjejak maya menghadiri mesyuarat penduduk di sini. Kemuncak mesyuarat ini ialah tercetusnya pertikaman lidah daripada sebahagian kecil hadirin. Nasib baik tidak sampai bertumbuk atau membaling kerusi. Cuma saya terfikir mengapa mereka tak fikir akibatnya nanti. Sudahlah tinggal satu blok pun mahu bergaduh lagi. Bagaimana kalau mereka berselisih di tengah jalan nanti? Tentunya sudah bermasam muka. Bagaimana pula kalau tak semena-mena bertembung di dalam lif? Tentunya saling memalingkan muka. Dan bagaimana pula kalau ketika bersembahyang jemaah di surau berhampiran. Mungkin ketika hendak membentuk saf tiba-tiba di sebelahnya ialah seteru yang sama-sama memaki hamun. Adakah mereka akan saling bermasam muka atau masih hendak memalingkan muka? wallahualam...

ulasan : segala kekusutan atau masalah itu boleh diselesaikan melalui musyawarah dengan syarat adanya tolak ansur dan beralah..

25 comments:

LiNda said...

Yang paling sedih, jika berterusan melibatkan isteri dan anak masing-masing .

kak Erna said...

PM..betul la..akak pernah dengar ada yang menendang dan membaling kerusi lagi..seolah olah dah tak pandai bermesyuwarah..

penjejak maya said...

linda,

betul tu kekadang melibatkan pertikaian antara famili pula puncanya selalu masalah tak besar pun..

penjejak maya said...

kak erna,

begitulah kalau nafsu amarah tu dah menguasai diri tak fikir panjang pun..

piewahid said...

kena jmput penceramah yg boleh kupas tajuk 'pengurusan stress" ni... :)

Tirana said...

Masing-masing nak tunjuk ego la tu..menang jadi abu, kalah jadi arang..

Abu Aiman said...

lama nya mesyuarat penduduk sampai dua hari. Baru semalam dengar ceramah pasal hidup berjiran ni. Memang kita kena lebih banyak bersabar dan bawa berbincang...

penjejak maya said...

abu aiman,

sudah menjadi lumrah apa sekali pun keputusan tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak..

penjejak maya said...

tirana,

benar ego tak kena tepat semata-mata nak tunjuk kehebatan diri..

penjejak maya said...

piewahid,

kat KL ni penuh dengan stres di tempat kerja, jalan jem, kos hidup tinggi tu pun belum masuk masalah famili..

Pn Kartini said...

salam..:)
begitulah bila masing2 ada ideanya yg dianggap bernas..ego utk menegak pandangan sendiri ..
tanpa memikirkan impak -ve dari perbalahan sesama jiran/rakan..

relevan said...

Kome dulu dalam mesyuarat PIBG pun boleh jadi panas..

Terkini : 1.2 juta komputer riba diagih percuma

ummu said...

Salam Penjejak maya
setuju dengan pandangan Linda.Bimbang nanti kat sekolah pun anak2 ni bermasam muka,tak bestlah,kan...

ummu said...

TQ ya saudara sudi link teratak saya di blog saudara.tadi nak taip dah tersend.

penjejak maya said...

w/salam ummu,

tapi biasanya anak-anak ni sesama mereka tiada masalah yang lebih-lebih pun mak paknya..

penjejak maya said...

relevan,

masa tu kipas tak berfungsi ya hehe..

penjejak maya said...

w/salam pn kartini,

kalau duduk berjauhan tu implikasinya mungkin tak besar tapi kalau sudah berjiran perlulah sepakat..

xiiinam said...

Paling tak seronok dalam hidup ini, kalau bermasam muka dengan orang...segalanya serba tak kena.



...sebenarnya, itu tanda kita kehilangan sedikit nikmat hidup, tapi kita tak perasan. Memaafkan itu ubat, meski kekadang payah.

Yunus Badawi said...

Berebut nak 'berkhidmat' lah tu.....

Abd Razak said...

Salam..

Masing-masing mahu menunjuk keegoan mereka..

"Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan." (QS Lukman : 22)

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

benar perlu buang jauh-jauh ego itu..

penjejak maya said...

yunus badawi,

kalau ikhlas berkhidmat tu tidak mengapa bimbang ada motif lain pula..

penjejak maya said...

xiiinam,

memang tak best kalau bermasam muka nanti hidup pun rasa tak seronok..

ustaz eds said...

salam PM

Islam membenarkan kita berbeza pendapat dan berhujah...tp mesti dengan sifat toleransi dan berlapang dada...jika tidak, inilah jadinye...

penjejak maya said...

w/salam ustaz eds,

benar berhujah tu pun biarlah dengan adab sopannya sekali..