Tuesday, May 25, 2010

Jangan kena tipu...

deretan telefon bimbit..

Di KL selalu sahaja bertemu karnival telefon bimbit. April lepas penjejak maya ada mengunjungi karnival ini di Wangsa Maju. Tujuan asal untuk membelikan sebuah telefon bimbit untuk orang tua. Mulanya agak terkejut juga dengan harga yang ditawarkan sebegitu murah. Bayangkan harga telefon Blackberry itu dijual sekitar RM 420 sahaja. Sedangkan di pasaran harganya hampir RM 2 ribu. Begitupun janganlah terjerat kerana telefon yang dijual itu alatan di dalamnya adalah tiruan. Kalau guna pun nanti dalam masa singkat akan ada masalah. Lepas itu, kalau dapat hubungi ejen jurujual itu macam-macam alasan diberinya nanti. Tambah membahayakan apabila ada laporan mengatakan ada jenis telefon bimbit tiruan ini yang meletup ketika dicas.

Berbalik kepada tujuan asal saya ke sana tadi. Saya membeli sebuah telefon bimbit. Itupun selepas berpuas hati dengan keasliannya bersama surat perakuan pengeluarnya. Saya sempat bertanya kepada jurujual ini tentang status telefon bimbit yang dijual di karnival tersebut. Dia mengakui hanya gerainya sahaja menjual yang asli. Gerai-gerai yang lain katanya menjual telefon tiruan. Apabila saya bertanyakan jaminan yang diberi melalui resit yang ada. Katanya karnival itu berlangsung cuma 4 hari sahaja. Lepas karnival mana nak jumpa lagi. Setakat resit sesiapa pun boleh keluarkan. Satu pengakuan jujur daripada mamat cina ini walaupun saya pasti dia pun 2X5 juga. Kemudian mata saya meliar memerhatikan suasana karnival itu. 100 peratus gerai dimiliki penguasaha Cina. Sedangkan hampir 90 peratus pengunjungnya berbangsa Melayu. Yang nampaknya ghairah membeli mungkin akibat terpengaruh oleh harga runtuh itu. Maka, sudahnya tertipu jua bangsaku...

ulasan : kadangkala pelik melihat tabiat orang kita yang kerap sangat menukar telefon bimbitnya. Bukan murah pula tu. Ada yang mencecah 4 angka. Sedangkan ada baiknya 'lebihan duit' itu disimpan untuk belanja sekolah anak-anak. Wallahualam.

28 comments:

zulkbo said...

salam..
memang kena hati2
buatan china nampak
cam ori jer..

Abd Razak said...

Salam..

Tak perlu guna hp yg mahal, asalkan dpt call atau sms..:)

Afida Anuar said...

Aduhaiii...telefon saya cap ayam je...hehe..teringin nak beli telefon baru, tapi sayang telefon tu masih berguna lagi..tengok la...

orang di sekeliling semua dah kutuk telefon saya tu..biarlah..he..he..

Aku Anak Pahang said...

Mmg dah jadi penyakit org musa skg selalu tukor tepon.. inginkan kepuasan...apappun tepon murah dan tiruan jgn beli bukan sekadar menyusahkan tapi merugikan.

Melatidaisy said...

salam,

hp sy stakat ade lampu suluh tu je, hihi..cukuplah utk sms atau call,

berjimat cermatlah utk hari tua =)

sahromnasrudin said...

telefon sy jenama tokia je..klu time gune, semua org tgk..maklumla dh usia hampir 5 tahun huhuhuh

ahmad humairi said...

salam,

kita akui, kita dibuli kapitalis. hati cair bila tengok model baru dengan kecanggihan terkini. duit...yang sepatutnya kita kawal itu meleleh keluar juga...

Alimaz-Kembara Terasing said...

ya betul tu saya sokong.....

Kakcik Seroja said...

Telegon yang kakcik guna sekarang dah berapa kali terbarai tapi masih utuh. Tak terfikir lagi nak buang duit untuk beli yang baru. :)

Tirana said...

hehehe..kenapa melayu selalu kena tipu..sebab kita ingat semua orang macam kita..jujur, ikhlas dan tak menipu..agaknya la..


Biasanya saya tukar hp apabila yang lama rosak dan tak boleh dipakai lagi.. Beli yang original punya..biar mahal sedikit asalkan tahan lama dan tak ada masalah.

penjejak maya said...

tirana,

itu memang budaya orang kita sampai kena tipu oleh penjajah dulu..

setuju beli ori mahal sikit tapi dapat pakai lama..

penjejak maya said...

kakcikseroja,

itulah ciri seorang yang penyayang..

penjejak maya said...

alimaz-kembara terasing,

terima kasih..

penjejak maya said...

w/salam ahmad humairi,

kalau duit berkoyan-koyan tu tak mengapa juga ini hutang pun keliling pinggang..

penjejak maya said...

sahromnasrudin,

tak mengapa itu namanya alah membeli menang memakai..

penjejak maya said...

w/salam melatidaisy,

penting lampu suluh tu dapat menyuluh dalam kegelapan..

jimat-cermat amalan mulia..

penjejak maya said...

akuanakpahang,

penyakit tu ditambah lagi dengan mudah terpedaya barangan murah walaupun tiruan sudahnya diri sendiri yang rugi..

penjejak maya said...

afida anuar,

yang penting alah membeli menang memakai..

mana tau kot ada sesiapa yang nak bagi hadiah nanti..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

yang tu aplikasi wajib..

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

benar barangan china sudah berlambak di pasaran tapi tak semua yang tak ok ada juga yang ok tapi kalau telefon tu kena hati-hati..

Werdah said...

Salam Penjejak Maya.

Teringat dengar seorang penceramah pesan, jika beli telefon yang canggih tu mestilah guna semaksima mungkin jgn sekadar sms dan buat panggilan sahaja.

Eloklah cari yang benar2 Ori, mahalpun tak apa, n jgn tertipu.

Pn Kartini said...

Salam..:)
Telefon ni..3-4 kali dah jatuh ke lantai simen ni...Alhamdulillah masih blh berjasa lagi..:):):)

Maiyah said...

ssh nk tahu le ori ke x, kalo takat tnya, tuan kedai gerenti kata ori..

penjejak maya said...

maiyah,

ada cara dapat tentukan ori ke tak..

penjejak maya said...

pn kartini,

kalau yang tiruan tu jatuh dah bersepai..

penjejak maya said...

w/salam werdah,

benar biar mahal sikit tapi berbaloi kerana dapat guna lebih lama..

AMIR KOMENG said...

ada sekali wa beli hanset,pakai seminggu...kong...wa pegi balik jumpa itu Cina,...dia punya cakap banyak langsi wo...wa hangin la...lagi itu cina cakap..."wa mau niaga sini mau bising sana luar la..."...o...wa tunggu dia sampai tutup kedai..wa intai jauh2..wa henjut dia ngan geng2 wa kat luar...ini macam baru betul kasi ajar...

penjejak maya said...

mohd amir morad,

dorang tu bukan jenis pedulik pun otak meniaga tak kira tipu ke tak, pernah dulu kerja dengan cina jap barang rosak pun dia suruh jualnya..