Saturday, May 22, 2010

virus oh virus

3 ekor virus komputer

Sehari dua ini blog penjejak maya didatangi tetamu yang tak diundang. Bermula dua hari lalu apabila saya membuka blog X ini. Tiba-tiba muncullah kotak amaran. Macam dalam entri bro zulkbo itu. Ada 5/6 ekor virus yang terpaksa dikurung. Semalam pula, buka blog Y pula, ada lagi serangan virus. Tapi sepertimana hari sebelumnya dapat mengekang virus ini. Kemudian terima mesej daripada teman blogger mengatakan komputernya ada virus. Puncanya dari blog Y. Menurutnya lagi, antivirus (Avast) tak berkesan menghalang virus itu. Asyik keluar sahaja windows alert tu. Virus pun semakin bertambah dari semasa ke semasa. Saya pun tak dapat nak tolong sangat.

Eloklah pakai sahaja antivirus yang berbayar tu. Tapi saya pakai yang free sahaja. Cuma antara antivirus yang free ini sebaiknya bagi saya pakai Avira sahaja. Kalau boleh pun jangan install terlalu banyak antivirus nanti komputer tu jadi lembab. Punca virus ini wallahualam. Mungkin dari widget yang dimasukkan. Tak pun saya rasa daripada paparan iklan atau tawaran hadiah yang kadangkala menjelma. Khususnya apabila kita melawat blog tertentu. Usahlah klik sila delete atau abaikan sahaja. Sebab apabila blog kita terjangkit virus ini pengunjung yang mengunjungi blog kita pun akan terjangkit komputernya. Kalau boleh kekang itu tak mengapa juga. Tapi macam teman saya itu tensen dibuatnya. Sabar sahajalah buatlah apa-apa yang patut. Untuk teman-teman yang lain berwaspadalah jua.

ulasan : kalau teman-teman buka blog penjejak maya kemudian ada kesan virus sila maklumkan ok. TQ

36 comments:

Acik said...

Salam..
Betul la.. kelmarin bila buka blog yg selalu dikunjungi ( cemomoi) terus keluar amaran virus. Tentu dia tak tahu yg blog dia dah terkena virus.. nk tolong bgtau tp tak tau email dia..

Abd Razak said...

Salam..

Saya mengalami perkara yang sama, bila masuk blog PieWahid, terus saja keluar amaran virus tapi disebabkan saya guna anti-virus yang berbayar (Kaspersky) alhamdulillah serangan virus tu dapat dihindari..

Alhamdulillah bila cuba masuk lagi malam tadi keadaannya sudah terkawal

For your blog, alhamdulillah takat ni ok

al-lavendari said...

nasib baik tak dapat virus dari laman penjejak maya. nasib lagi !

penjejak maya said...

al-lavendari,

pengajarannya jangan semberono klik benda yang tak perlu..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

kalau yang berbayar tu antivirusnya memang kuat tapi kalau yang free ni faham-faham sahajalah..

terima kasih atas makluman tu..

Aku Anak Pahang said...

Salam P/Maya.. Blog saya juga disinggah virus ..secara umumnya mana2 blog tidak ada yang menyumbang virus, blog saya atau blog sesiapa sahaja..cuma links yang kita tepet di blog kita itu yang mempunyai virus... jadi kita kena lebih berhati-hati utk menepet sebarang links diblog kita ini. Alhamdulillah blog anda tiada virus cuma ada links iklan drp widget tertentu..jika perlu usah memakai widget tertentu.

penjejak maya said...

w/salam acik,

virus ni sudah bersepah rupanya pastikanlah antivirus kita tu sentiasa berfungsi..

penjejak maya said...

w/salam akuanakpahang,

blog tu tiada masalah cuma virus tu menganggu sistem komputer..

terima kasih atas maklumat yang berguna itu..

Ros Illiyyuun said...

Salam,

Macamana nak'hapuskan' virus tu ya...saya punya lappy pun berjangkit jugak, bila di scan, lappy jd 'hang'. Bingung????

ckLah @xiiinam said...

Saya pernah klik satu blog...netbook saya terus hang...dan....terus padam.



....terus alami kerosakan skrin. Terpaksa hantar kilang semula dan tukar skrin. Saya beritahu tuan blog...syukur dia terima, dan ada widgetnya yang saya kesan memang ada virus. Dia dah buang.


*Pernah juga beritahu orang tentang virus di blog dia... Tapi respon dia;
"Kalau blog haku byk masalah tk payahlah jenguk!"



Ya Udah sih kalok gitu omangan loe!

ahmad humairi said...

stakat ni alhamdulillah...tiada masalah...
ataukah aku tak tahu tentang masalah ini???

AJ said...

memang tension bila virus menerjah ni...

P/s : Jika ada kelapangan dan keluangan masa, minta tolong vote untuk
saya...mudah saya...register ruumz, log in dan tekan like..Ini link nya:

http://projectalphagroup.ruumz.com/Videos/View.aspx?id=86944

penjejak maya said...

eyriqazz,

ya memang tensen kalau virus tu datang tanpa diundang..

penjejak maya said...

ahmad humairi,

mungkin saudara ada aura yang menyebabkan virus tu menjauhi..

penjejak maya said...

xiiinam,

itulah bahaya penangan virus ini..

kalau yang tak boleh terima tu susahlah..

tak dapek nak nolong..

penjejak maya said...

w/salam ros IIIiyyuunn,

emmm hantar kedai je..

Abam Kie said...

guna je karspersky internet security. InsyaAllah selamat.

Cikgu Yang said...

Assalamualaikum wbh .Salam perkenalan.Saya tak berapa tahu tentang2 virus2 nih!! maklumlah dah pencen , nasib baik ada anak2 yang sentiasa boleh membantu. Terima kasih..inforenya.

Werdah said...

Salam.

Betul la tu, memang ada virus, sebab sekali tu kak chat dgn kwn tp kwn tu tak taupun yg kak duk chat dgn dia, bila kak tanya dia bg smiley yg duk suruh klik ke tempat tu, berkali2 pula tu.. esoknya baru perasan sbb kwn tu kata dia tak bukapun YM.. kmd sekali tu tertekan yg disuruh klik dlm emel, emel tu di send ke semua nama2 yg ada dalam list contact tu.. haru betul, apa agaknya orang kata.. emel apa-apa..

bab blog rasanya betulah achik cakap (blog cemomoi) tp tak pasti itu virus.

nak tanya ni, bila buka blog kak ada masalah tak?

Werdah said...

Kemudian daripada itu, mouse langsung tak boleh gerak.. ni baru nak bawa ke kedai. Sekarang ni guna laptop anak. Memang guna AVIRA

ustaz eds said...

salam PM

leceh la virus ni menyusahkan je...moga blog Teman selamat dilawati....kalau ada tolong habaq no...hu3

Tirana said...

Bukan manusia aje boleh terkena virus, computer pun boleh terkena virus juga rupanya. Komputer saya setakat ini alhamdulillah, ok tapi ada juga blog-blog yang saya kunjungi lambat nak upload..mungkin kerana banyak sangat letak widget agaknya. Saya suka blog yang simple dan tak banyak widget..bukan kerana apa..senang nak fokus pada entry. Kalau banyak sangat widget, entry pun tenggelam.

Maiyah said...

sy pun kene gak.. klik 2/3 kali pun kuar security alert.. sy tutp blog kawan tu dlu.. dah beberapa jam sy bukak balik baru bleh..

x tahu le ttg blog sy plak.. kalo ada masalah kalo masuk nnti bgtau ye

penjejak maya said...

tirana,

memang benar widget tu boleh menyebabkan blog boleh menjadi slow kadang-kadang kita tak nak nunggu lama-lama maka beralih lah kepada blog orang lain..

penjejak maya said...

maiyah,

saya kalau kena tu serik jugak nak bukak blog kawan tu balik..

blog maiyah ok je masih suci dan murni..

penjejak maya said...

w/salam ustaz eds,

begitulah virus ni menyusahkan sahaja..

alhamdulillah baru saja pergi blog ustaz ok je masih suci dan murni..

penjejak maya said...

w/salam,

begitulah kita yang tidak tahu IT ini eloklah meminta khidmat nasihat mereka yang lebih arif..

baru pergi blog werdah alhamdulillah sihat walafiat..

penjejak maya said...

w/salam cik yang,

nasib baik ada ramai assistant boleh mambantu..

penjejak maya said...

daddy zuki,

yang harganya RM 90 tu ke kalau tak efektif tak tau lah nak cakap apa lagi..

Acik Erna said...

oh ye..ke ..memang dari semalam ada keluar amaran..tapi..tak tau kenapa..jadi diabaikan aje..semalam tu..rasa2nya virus la..dan kini pun masih ada lagi..tak buat apa2 pun..cuma dibiarkan sahaja..
hish risau juga kan..kita tak tau apa2 ni..

zulkbo said...

salam saudara..
so far blog anda ini clear
terima kasih war-war kan..
memang virus ni menyerang tiba-tida
tidak kira lah mana puncanya..moga kita lebih berhati2..simpati kat rakan anda yang kena virus tu..

zulkbo said...

salam lagi..
so far saya lihat komen
dari rakan di blog anda ni
kebanyakan blog yang terkena
virus itu adalah ahli SEARCH MALAYA
antaranya:
1.cemomoi
2.piewahid
3.aku anak pahang
4.zulkbo

mungkin pemilik SEARCH MALAYA tidak sengaja..kerana saya perasan dia baru jer tukar template..mungkin terkena masa tu..diikuti oleh ahlinya termasuk saya..saya perasan dan saya buang buat sementara..harap yang lain boleh memahami maksud saya..bukan buang terus..cuma sementara...

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

daripada nama-nama tu blog saudara sentiasa ok sahaja mungkin sudah ambil langkah-langkah pencegahan..

blog akuanakpahang pun sudah ok nampaknya yang lain tu tak pastilah..

anyway terima kasih bebanyak info ini dan yang terkena tu pun bukan disengajakan..

moga segalanya pulih seperti sediakala..

penjejak maya said...

kak erna,

mintalah bantuan sesiapa yang lebih arif pasal virus tu kalau tak boleh diatasi dengan antivirus tu hantar je kedai..

Cetusan said...

Spyware trojan dan Pishing menyeksa BLog kita. Oleh itu updat tiaphari..blog jadi lembap..

penjejak maya said...

zeqzeq,

benar pastinya virus tu menyusahkan kita..