Thursday, May 20, 2010

kad kredit oh kad kredit

longgokan kad kredit

Alhamdulillah semalam penjejak maya berjaya melupuskan satu lagi kad kredit. Pernah satu ketika saya miliki sampai 4 kad hutang ini. Hari ini saya cuma memiliki satu kad kredit sahaja. Kad kredit berlogokan kepala rimau ini saya gunakan di stesen minyak. Terasa penting juga kad kredit ini manalah tau mungkin diperlukan pada saat kecemasan. Meskipun begitu, kad yang ada ditangan ini akan saya pastikan hutangnya langsai pada hujung bulan. Kini setiap kali hendak berbelanja saya pastikan pembayarannya secara tunai. Kalau hendak berbelanja besar saya akan membeli sewaktu jualan murah. Nafsu membeli pun kena kawal juga. Bak kata orang biarlah alah membeli tetapi menang memakai.

Kad kredit ini macam api juga. Kecil menjadi kawan apabila besar menjadi lawan. Hal ini terbukti melalui perangkaan oleh Bank Negara iaitu sebanyak 30% kes muflis itu adalah melibatkan penggunaan kad kredit. Sebahagian besar yang muflis itu pula berumur antara lingkungan 35 hingga 44 tahun. Pada anggapan saya, mungkin golongan ini berbelanja berlebihan semasa muda dulu terutamanya semasa mula-mula bekerja. Akhirnya, apabila sudah melaut hutang itu tak mampu nak bayar. Sudahnya diisytiharkan sebagai muflis. Seharusnya pemegang kad kredit bijak menggunakannya. Pepatah ada menyatakan beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

ulasan: sebaiknya eloklah kita elakkan daripada berhutang selaras dengan hadith Nabi SAW,

"Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari"

[Riwayat al-Baihaqi]

23 comments:

zulkbo said...

salam..
syukur..
alhamdulillah
berjaya juga kita yek?
he he he..

Abd Razak said...

Salam...

Kalau nak pakai kredit kad guna yang islamik, selamat dari riba.

Afida Anuar said...

Alhamdulillah, takde kad kredit;D

penjejak maya said...

afida anuar,

sekalung tahniah..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

benar kata saudara itu kalau nak pakai juga pilihlah yang islamik..

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

akhirnya berjaya jua hasil perbelanjaaan berhemah hehe..

sahromnasrudin said...

salam..org kampong mcm sy nie tak pernah tau pun pasal kad kredit...usahkan rupa nak apply pun tak tahu...
p/s: sesekali biler pi sogo, bayar cash..org belakang pandang semacam jer..maklumla, yg lain semua pakai kad huhuhuh

ahmad humairi said...

salam,

orang ofer kad kredit...siap bagi hadiah lagi....saya pun sain..amik hadiah-hadiah tu...pastu kepakkan kad, masuk dalam api!!!!

Chenta said...

Salam,

Penting utk kecemasan ..

but, saya lebih selesa

cash and carry .. hehe

penjejak maya said...

w/salam linda,

eloklah dielakkan pakai kad kredit..

tetapi kalau ada kecemasan dan travel ke mana kad kredit ni penting juga..

penjejak maya said...

w/salam ahmad humairi,

itu juga yang disyorkan oleh agen kad kredit ambil hadiah lepas tu terminate kad tetapi kekadang ada syarat yang tersembunyi juga..

penjejak maya said...

w/salam sahromnasrudin,

elok pun takde..

tapi kalau saya nampak orang beli barang pakai kad kredit itu tandanya tanda duit hehe..

penjejak maya said...

ralat..

...tandanya tiada duit..

Werdah said...

Salam Penjejak Maya.

Harap belanja dengan berhemat. Dah banyak cerita orang2 dimufliskan sbb banyak hutang. Mohon perlindngan Allah.

Ummu Tasneem said...

salam..
sokong abd razak.. jgn jebakkan dgn riba.. jika dah terkena cepat2 settlekan..

penjejak maya said...

w/salam ummu tasneem,

memang benar jauhi riba oleh itu pilihlah sistem perbankan islam..

penjejak maya said...

w/salam werdah,

selain belanja berhemat dapat menjamin simpanan untuk hari tua..

mantan said...

PM,
semakin banyak kad, semakin banyak belanjanya...

Maiyah said...

sy x pakai kad kredit..

penjejak maya said...

maiyah,

tahniah diucapkan..

penjejak maya said...

mantan,

benar nanti tak terkawal jadinya..

atuk said...

Assalamualaikum Penjejak Maya

Salam ziarah

Alhamdulillah saya tak pernah pakai kad kredit

Wassalam

penjejak maya said...

w/salam rozali,

itulah yang sebaiknya..