Wednesday, May 5, 2010

Mengapa berblog?



Setiap orang ada alasan tersendiri untuk berblog. Saya berblog untuk menemui kenalan dan berharap agar terjalin ikatan ukhuwwah Islamiah. Sementelah, dapat juga bertukar-tukar fikiran dan belajar sesuatu yang baru sambil berhibur ringan. Bagi orang lain mungkin berblog dapat meluahkan isi hati. Saat berduka tu elok sahaja diluahkan. Jangan memendam perasaan sangat. Manalah tau kalau dengan berblog dapat meredakan perasaan duka lara tu. Tak kurang juga yang berblog untuk memasarkan produk dan mendapat "income" sampingan. Bak kata orang tu sambil menyelam minum air. Tak kisahlah asalkan semuanya berniat baik. Cuma, tak sepatutnya blog digunakan ke arah jalan yang salah. Jangan sampai niat berblog untuk menonjolkan diri dan bersifat riak. Termasuklah memburukkan orang lain melalui umpat keji dan fitnah. Mudah-mudahan kita dijauhi daripada sifat mazmumah ini.

ulasan: apa agaknya tujuan sahabat penjejak maya berblog?

13 comments:

Abd Razak said...

Salam..

Saya sependapat dgn saudara, cuma jangan kiranya tempat ini untuk kita menyebarkan fitnah dan membicarakan aib orang. Matlamat utama saya berblog hanyalah untuk berpesan-pesan kepada kebaikan.

ahmad humairi said...

salam,

berblog jangan sampai lalai.

penjejak maya said...

w/salam ahmad humairi,

memang betul tu berblog jangan lalai apa lagi lupa dengan orang yang tersayang...

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

Alhamdulillah moga usaha saudara mendapat keberkatanNya. semalam pun saya sudah mendengar ceramah dalam blog saudara. terima kasih atas perkongsian itu. teruskan usaha murni itu.

al-lavendari said...

satu peringatan yang patut diambil perhatian oleh semua orang bukan sahaja bloggers.

terima kasih kerana sudi menjadi follower saya.

Che' Pit said...

blog, blog jugak
keja / study / family / diri sdiri jangan sampai terabai..

penjejak maya said...

che'pit,

benar tu jangan sampai terabai semuanya tu kerana perkara2 tu yg penting dalam hidup kita

penjejak maya said...

al-lavendari,

terima kasih kerana sudi berziarah dan menjadi follower saya juga

Maiyah said...

belog rasa meriah kalo kita saling ziarah mnziarah hehe, nnti dtg sy buatkan kopi ekeke

penjejak maya said...

maiyah,

terima kasih tapi kalau ada pisang goreng tu bawaklah sekali

Anonymous said...

Salam penjejak maya,

Saya berblog dengan niat mudah2an mendapat manfaat dari blog kawan-kawan yang kita kunjungi disamping dapat menambah walaupun hanya di alam maya.

Selamat berblog

penjejak maya said...

w/salam kunang-kunang,

moga mendapat manfaat nanti..Insya'Allah

cdinkb said...

dalam mencari-cari ngpa berblog,singgah di laman ni.masih banyak alasan,why..why...why...berblog..nak cari apa lagi ek..?harmoni and mesra alam ..Salam perkenalan.