Friday, May 14, 2010

mengundang padah

sayangkan anak!!

Penjejak maya berasa terkilan dengan sikap sesetengah ibu bapa/penjaga. Sanggup tak hiraukan keselamatan anak. Ada juga yang benarkan anak menunggang motosikal tanpa lesen. Bukan itu sahaja ada yang merelakan anak menunggang tanpa memakai topi keledar. Walaupun tahu itu menjadi satu kesalahan tetapi tetap dilakukan. Tambah memburukkan keadaan apabila ada bebudak ini yang kononnya nak tunjuk skill. Masalahnya tindakan itu bukan sahaja mengundang padah pada diri sendiri tetapi juga keselamatan orang lain. Pernah di hadapan saya seorang budak tergolek bersama motosikalnya di tengah jalan kerana nak tunjuk skill. Nasib baik tiada kenderaan lain. Kalau tak mesti habis dilenyek tayar kereta. Mungkin juga mak bapaknya cakap nanti sudah takdir! Mudahnya cakap nanti. Persekitaran rumah saya ini kalau lampu hijau nak bergerak kena hati-hati toleh kiri kanan kerana bimbang kemunculan motosikal entah dari mana. Kejadian yang menimpa seorang pelajar yang membawa kematiannya harus menjadi iktibar. Walaupun bersimpati tetapi kerana sikap mengambil mudah membawa padah. Keselamatan itu mesti diutamakan terutamanya yang melibatkan anak-anak yang masih di bawah umur. Jangan mempertaruhkan nyawa anak-anak. Beringat sebelum kena kerana malang tak berbau. Tetapi, kalau nasi sudah menjadi bubur apa lagi hendak dikesalkan.

p/s: good luck untuk team Malaysia malam ini..

18 comments:

Aku Anak Pahang said...

Budak2 hari ini semua mmg payah nak dinasihat... tapi peranan mak ayah mmg penting dalam soal ini.

sahromnasrudin said...

kes ini lebih kurang sama dengan membiarkan anak keluar rumah pukul 2 - 3 pagi..bile kne tuttt..salahkan pihak berkuasa plak walhal mereka hanya jalankan tugas jerk..cube anak tue tak kluar uma 2 - 3 pagi..akan jadi tak mende nie??? renungkan lah...

penjejak maya said...

sahromnasrudin,

zaman kita dulu jangan harap dapat keluar waktu tu tapi sekarang ni bebudak dapat kebebasan penuh. sudahnya sesal dulu pendapat sesal kemudian tak berguna..

penjejak maya said...

akuanakpahang,

betul peranan mak ayah sangat penting bebudak ni pun perlu nasihat dari awal kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya..

ahmad humairi said...

Bravo Malaysia! Runtuhkan tembok besar tu...

tunjuk skill di gelanggang xpe...jangan menunjuk-nunjuk di jalan raya!!

zulkbo said...

salam..
alamakkk..
kesiannya....
nasib baik tak jadi
apa2 kat budak ni
mak bapak kena prihatin

ikan emas said...

susah la budak zaman sekarang...

nak dikurung nanti memberontak
nak dilarang mereka keluar jgk..
abis kereta kakak pun kena sapu..pastu bila jadi hal..polis jugak yg kena mintak maaf !


agaknya zaman sekarang hidupnya waktu malam aje..
tak caya ?

tgk blog kekawan lain tuu...publis jam 1-4 am

Maiyah said...

ambik jln mudah, slagi x kene slagi tu camtu le..

Yunus Badawi said...

Malaysia Boleh!!!

penjejak maya said...

yunus badawi,

yaa malaysia bolehh!!

penjejak maya said...

maiyah,

biasa lagak orang kita dah terantuk baru terngadah..

penjejak maya said...

ikan emas,

kalau kat KL ni pukul 1 pagi tu meriah lagi banyak restoran 24 jam kat sini..

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

benar mak bapak kena ambil kisah kalau tak menyesal kemudian hari nanti..

penjejak maya said...

ahmad humairi,

runtuh jangan tak runtuh..

takde maknanya skill kat jalan raya tu tapi perangai bebudak camtulah suka menunjuk-nunjuk..

Abd Razak said...

Salam..

Mendidik anak-anak itu bermula dari dalam perut lagi. Kalau dah besar baru nak dididik memang sukar

ustaz eds said...

salam PM

tu sayang tak kena tempat tu...

penjejak maya said...

w/salam ustaz eds,

benar sayang biarlah di tempat yang betul..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

benar kata saudara pendidikan anak dalam islam bermula sejak dari rahim lagi..