Friday, May 28, 2010

no. 146

ranking terkini FIFA

Yang terkini Malaysia ranking ke 146 dunia daripada sejumlah 200 buah negara anggota FIFA. Nak tau betapa jauhnya nombor 146 tu boleh kira mula dari 1 sampai 146 tu. Ada negara di atas Malaysia kemudahan sukan pun serba kekurangan. Tapi dari segi rekod jauh lebih baik dari negara kita. Penjejak maya teringat dalam dekad 70-an dan awal 80-an dulu iaitu zaman kegemilangan bola sepak negara. Walaupun Malaysia tak menjejaki pentas Piala Dunia pun tetapi Malaysia pernah layak ke Olimpik 1972 di Munich dan Olimpik 1980 di Moscow (boikot). Nama-nama seperti allahyarham Mokhtar Dahari, mendiang R. Arumugam, James Wong, Hassan Sani, Santokh Singh, Dato' Soh Chin Aun dan banyak lagi merupakan pemain yang cukup handal. Pada era berkenaan mutu permainan Malaysia setanding dengan pasukan hebat lain. Hatta, pasukan Malaysia merupakan antara seteru utama pasukan seperti Korea Selatan pada masa itu. Harimau Malaya cukup digeruni oleh mana-mana pasukan khususnya di persada Asia. Malangnya, hari ini taring Harimau Malaya sudah tumpul. Ngaumannya pun dah tak segarang dulu. Mungkin juga kalau Harimau Malaya pada hari ini segagah dulu mungkin pasukan Malaysia akan sebaris dengan pasukan lain di Piala Dunia yang akan berlangsung Jun depan.

Ulasan : agaknya bila masa dapat kita lihat Malaysia bertanding di Piala Dunia? Tak seronoklah asyik nak menyokong negara lain pula...

20 comments:

zulkbo said...

salam..
alamak
malu lak nak tengok
rangking ni..he he

Rozali said...

Assalamualaikum Penjejak Maya

saya masih ingat era 70an
pd masa itu semua orang minat bola sepak

Wassalam

penjejak maya said...

w/salam rozali,

benar hingga hari ini pun bolasepak adalah sukan utama dunia..

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

hari ini nak lawan pasukan maldives pun belum tentu kita boleh menang malah maldives tu lebih tinggi rankingnya hehe..

Tirana said...

Betul, selepas era allahyarham mokhtar dahari, prestasi pasukan bola sepak malaysia semakin menurun..Kena buat kajian kenapa boleh jadi begitu.

Afida Anuar said...

Harimau sudah tua kut..taring dah takde...tak larat nak main..kehkehkeh..

relevan said...

Heh heh..kira ok lagi tu...bukan tempat tercorot yer..

Terkini : http://relevansokmo.blogspot.com/2010/05/senyum-dipagi-hari-jumaat-bola.html

penjejak maya said...

relevan,

nak tunggu tercorot nanti baru nak sedar..

penjejak maya said...

afida anuar,

harimau tu dah jadi kucing..

penjejak maya said...

tirana,

malaysia boleh berjaya tapi perlu rombakan besar-besaran terutama dalam pengurusan tertinggi FAM barulah tindakan bawahan dapat dicapai..

Abd Razak said...

Salam...

Era dulu mereka bermain atas semangat kesukanan dan ingin mengharumkan negara, namun kini semangat itu sudah berubah..

jane said...

walaopon susah nk bygkan, mmmm
malaysia tolonglah bangkit sikit

lemah dowh pemain2 skank
byk mkn ajinomoto gamaknya

ekkekekke

endiem said...

salam pm..
seronok tak seronok...bulan depan berjaga malam lah kita..

penjejak maya said...

endiem,

yang main pukul 10 malam tu ok lagi tapi yang pukul 2.30 pagi tu nanti fikir dua kali juga nak nengok..

penjejak maya said...

jane,

memang pun dorang mana jaga pemakanan main belasah je masuk dalam perut yang pemain remaja tu ada yang merokok pula tu la yang tak boleh pergi jauh..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

dulu semua pemain main untuk negara tapi hari ini ada sebilangan pemain main untuk benda lain...

ahmad humairi said...

pemain sekarang...main main-main.

penjejak maya said...

ahmad humairi,

banyak main pun tak bagus juga..

LiNda said...

Salam ..

Namun saya perhatikan di KL dan Selangor, telah ada usaha dimana Klinik Bola Sepak banyak diwujudkan utk kanak-kanak seawal usia 4 tahun .

Melentur buluh biar dari rebungnya . Harap usaha ini berbaloi utk pelapis akan datang.

penjejak maya said...

w/salam linda,

harap-harap bakat yang dilatih tu ada kesinambungan ke peringkat yang seterusnya..