Saturday, May 8, 2010

lawak pari-pari


Pada suatu masa, ada seorang pencari kayu yang jujur dan ikhlas sedang menebang sebatang pohon di tepian sungai. Dengan tak semena-mena kapak besinya terlepas dan jatuh ke dalam sungai. Memandangkan dia tak tahu berenang maka dia menangis apatah lagi kapaknya itulah punca rezekinya.

Sekonyong-konyong muncul seorang pari-pari bertanyakan hal si pencari kayu.

"Mengapakah gerangan bermuram durja wahai tuan hamba?'. Si pencari kayu pun explain apa yang dah berlaku. Pari-pari tadi ilang tiba-tiba muncul dengan membawa sebilah kapak emas.

"Adakah ini kapak milik tuan hamba?" tanya pari-pari itu.

"Bukan.." jawab si pencari kayu. Pari-pari ilang dan muncul dengan membawa kapak perak.

"Yang inikah tuan hamba punya?" tanya pari-pari lagi.

"Bukan yang ini juga", jawab si pencari kayu. Sekali lagi pari-pari ilang dan muncul dengan membawakan kapak gangsa pula.

"Bagaimana pula yang ini tuan hamba?" tanya si pari-pari. "Mana mungkin hamba yang miskin ini memiliki kapak yang berharga ini" jawab si pencari kayu.

Akhirnya, pari-pari ilang dan muncul membawakan kapak besi milik si pencari kayu. "Yes, inilah kapak hamba yang terjatuh tadi" jawab si pencari kayu dengan gembira. Gembira dengan kejujuran si pencari kayu, maka pari-pari memberikan keempat-empat kapak kepada si pencari kayu. Si pencari kayu pulang ke rumah dengan gembira sekali.

Tak lama kemudian si pencari kayu menaiki perahu bersama dengan isterinya. Entah macam mana isteri si pencari kayu tergelincir jatuh ke dalam sungai. Merataplah dia atas kehilangan isteri tercinta.

Pari-pari muncul kembali dan bertanyakan insiden yang berlaku. Sehabis mendengar penerangan si pencari kayu, pari-pari ilang dan muncul kembali dengan seorang gadis mirip Aishwarya Rai.

"Inikah isteri tuan hamba?"tanya pari-pari ingin menduga.

"Yes..yes", jawab si pencari kayu. Pari-pari begitu marah. "Penipu dan sebagai balasan tak jujur terimalah pembalaa.." belum sempat pari-pari menyumpah, si pencari kayu berkata.

"Maafkan hamba! Bukan niat hamba nak menipu. Tuan hamba salah faham. Jikalau hamba berkata "tidak", nescaya tuan hamba muncul lagi dengan gadis seiras Julia Roberts dan selepas itu sewajah dengan Jenifer Lopez. Akhirnya tuan hamba muncul dengan isteri hamba dan apabila hamba berkata "ya", tentu tuan hamba memberi keempat-empatnya sekali gus kepada hamba sedangkan hamba hanyalah seorang pencari kayu yang miskin. Mana larat nak maintain tu kesemuanya sekali.. huh boleh tercabut kepala lutut. Sebab itulah hamba berkata "ya" tadi". Terang si pencari kayu dengan seikhlasnya.

ulasan: ceritanya biasalah saya ubahsuai sikit kalau jumpa pari-pari ini bolehlah minta macam-macam hehe..tapi best lagi layan dengar lagu syair si pari-pari.


16 comments:

Abd Razak said...

Salam..

Jujur dalam erti yang sebenarnya akan terbalas dengan kebaikan

AMIR KOMENG said...

buat baik dibalas baik...buat jahat,allah taala shj yang tahu....

Acik said...

Salam..
hi..hi..hi. tau tak pa. Tp ramai yg tak nk mengaku kelemahan diri sendiri, apatah lg nk diberi empat isteri sekali..percuma..wow!

penjejak maya said...

w/salam acik,

mungkin iktibarnya kalau nak buat sesuatu ukur dulu baju di badan sendiri..

penjejak maya said...

salam mohd amir morad,

sentiasalah berbuat baik sesama insan..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

kejujuran itu lambang ketinggian peribadi..

ustaz eds said...

salam PM

orang jujur takkan rugi...

p/s: sengih sendirian bila baca ayat'mana larat nak maintain...tercabut kepala lutut"...he3

ikan emas said...

saya pun suka lagu syair si pari-pari tuu


...masih ujudkah kejujuran sekiranya cerita ini benar-benar terjadi di zaman skrg ?

Maiyah said...

wakaka.. bik ko pari2..

penjejak maya said...

maiyah,

pari-pari tu takde la tapi ikan pari banyak kat pasar tu...

penjejak maya said...

ikan emas,

lagunya menusuk hati.. payah nak cari orang yang benar2 jujur sekarang ni..

penjejak maya said...

w/salam ustaz eds,

seharusnya setia pada satu hehe

zulkbo said...

salam..
banyak pengajarannya
cerita ni..terima kasih kongsi

Muallim Adham said...

salam...
kelakar juga hehehe.... kisah kapak tu masa kecik2 dulu pernah dengar gk.. tp pasal isteri hilang tu sgt menarik...

penjejak maya said...

w/salam cikgu adham,

sambil-sambil merehatkan minda..

penjejak maya said...

w/salam zulkbo,

mungkin pengajarannya kena jujur, jangan bersikap tamak dan lihat kemampuan diri sendiri..