Wednesday, May 12, 2010

memalukan negara..

Rexy cuba menenangkan mamat ni nak meluru
kepada penonton yang mengejek!

Penjejak maya frust nengok Malaysia kalah kepada Jepun dalam Piala Thomas. Walaupun still masuk ke suku akhir tapi kekalahan tu susah nak terima. Kalau menang dengan Denmark pun jumpa China di separuh akhir. Sepatutnya lawan China pada final nanti. Wong Choon Han dan Hafiz tu kalah mungkin boleh dimaafkan sebab dua-dua tu dah slow. Main pun dah macam yo-yo. Yang menjengkelkan kekalahan Fairuzizuan dan Zakry yang bermain seperti tiada semangat juang. Mutu permainan pun merosot teruk. Sudahlah tu bila dah kalah si Fairuzizuan ni terlebih emosi pula. Meskipun kelebihan gelanggang dan sorakan penonton berpihak kepada kita. Ditambah lagi keputusan kontroversi penjaga garisan tetapi pemain Jepun tetap menang juga. Walaupun ranking dunia entah ke berapa pun. Sebabnya mereka memiliki disiplin dan semangat juang yang tinggi. Harapan saya lepas ini buatlah post mortem kaji kelemahan sendiri. Jangan setiap kali kalah ada sahaja alasan. Yang mamat kepala angin tu tak usah bagi main lagi. Kombinasinya pun dah malap. Lain kali sahaja bagi dia peluang sebab dia pun masih muda lagi. Masih ada masa bagi dia treatment yang sesuai. Pengalaman sahaja tak memadai kalau tiada semangat dan nak menunjuk-nunjuk. Yang penting kita nak menang. Walaupun begitu, permainan Datuk Lee Chong Wei dan Koo Kien Keat & Tan Boon Heong tetap best.

p/s: nasib baik tak pergi stadium nengok kalau tak bertambah lagi frustnya..

18 comments:

sahromnasrudin said...

bubarkan skuad negara..hanya kekalkan chong wei dan koo / tan jerk..klu tak, selamanya skuad kita takkan mantop huhuhuhu

Aku Anak Pahang said...

Salam sahabat...
Yang saya ini mmg kurang berminat bender ini bertambah jadi tak berminat huhuhuhu......

penjejak maya said...

w/salam akuanakpahang,

tidak mengapa sebab setiap orang ada minatnya yang tersendiri..

penjejak maya said...

sahromnasrudin,

itulah dia tapi masalahnya skuad pelapis kita belum mantap lagi tepaksa bergantung lagi kepada pemain yang seharusnya patut gantung reket sahaja tu..

Maiyah said...

yelah.. nak kene ada semangat, rasanya semangat mrk pudar sbb org len lebeh kan datuk chong wei kot dan mempertikaikan permainan mrk yg dah merundum tu

tapis le pemain baru.. byk bakat baru kat luar sana

saya nk join agak2 bleh x ekeke!!

atie said...

salam penjejakmaya'

dulu suka gak tengok badminton nie tapi sekarang...........tak tau nak cakap apa ye

Yunus Badawi said...

Sia2 aje kerajaan bagi RM2 juta minggu lepas. Bagi org miskin lagi berfaedah.

penjejak maya said...

yunus badawi,

duit banyak tu macam-macam boleh buat..

ckLah @xiiinam said...

Err...nak salahkan siapa ya..?
Dia..?
Mereka...?
Engakau..?
Pihak itu..?
Pihak ini...?





Err..salah H1N1!


Bangau oh bangau...kenapa engkau kurus...?

penjejak maya said...

salam atie,

dulu mungkin ada kelapangan sekarang ni mungkin ada komitmen lain kot..

penjejak maya said...

maiyah,

kena pakai penapis barulah gamaknya join kat depan tv boleh nengok live sambil baring2..

penjejak maya said...

xiiinam,

salahkan mereka dan keluarga mereka hehe

Abd Razak said...

Salam..

Saya hanya suka tgk menang kalah tak jadi soal..

Acik said...

Salam..
Tertengok jugak semalam tp lepas tu tutup tv sbb masuk maghrib.. teringat juga, penonton dan pengulas sukan beragama Islam..tentu kena ikut turn nk solat kan..

Afida Anuar said...

Sabar..sabar..masih ada peluang lagi malam ni...

boleh buat sakit jantung gak tengok badminton ni..hhahahaha

penjejak maya said...

afida anuar,

ya perjuangan belum tamat lagi yang ada sakit jantung tu tak usah tengoklah..

penjejak maya said...

w/salam acik,

betul tu sukan pun sukan juga solat jangan lupa..

penjejak maya said...

w/salam abd razak,

memang adat menang kalah..