Entri penjejak maya di sini bukanlah seperti blog tutorial. Sekadar hendak menulis sahaja di sini. Bloglist ini opsyen dalam blog. Ikut suka nak letak ke tidak. Saya berterima kasih kepada blogger daddy zuki sebab ada mengingatkan pasal bloglist ini. Apabila sudah ada bloglist lebih mudah nak trace kawan-kawan. Boleh juga tahu tajuk menarik dan entri terkini. Macam saya juga letakkan bloglist untuk sesiapa yang follow. Tapi ada aneka cara nak letak bloglist ni. Ikut suka sendiri. Berdasarkan bloglist ini saya cuba juga nak membaca dan mengomen blog yang sedia ada. Sekarang ni oklah follower pun tak banyak jadi dapatlah pergi satu persatu entri. Tapi kalau sudah banyak tu mana larat nak maintain. Tambahan lagi dengan komitmen kerja yang bertimbun-timbun. Ingatlah kerja tu lebih penting daripada hendak berblog sahaja. Jadi siapkan kerja tu dahulu. Pesanan ini khusus untuk diri sendiri sebenarnya. Dengan adanya bloglist ini juga membolehkan pengunjung lain dapat manfaatnya. Mungkin juga pengunjung tersebut akan follow blog dalam bloglist. Meskipun begitu, sebaik-baiknya apabila kita letakkan entri sahabat dalam bloglist kita seharusnya sahabat letakkan juga entri kita dalam bloglistnya. Kiranya macam 'win-win situation". Anyway, tak semua blog ada letak bloglist pun. Ikut suka masing-masing sebab sendiri punya blogkan..
p/s: Ada plan nak pergi Stadium Putra menyaksikan pertandingan badminton Piala Thomas tapi kensel nampaknya sebab ada projek belum selesai lagi jadi nengok kat tv sahajalah.
22 comments:
Salam
iya klu letak bloglist memudahkan.. maiza pun ada letak jg sbb bukan saja memudahkan utk pengunjung blog nak ke blog lain ats pilihan tapi.. maiza juga.. mudah nak tengok blog mana yang dah update.. hehe... maaf ya time begini br smpat menyingah..
Salam...
Memang betul kata sdra, kalau dah ramai followers sukar nak maintain, namun saya cuba sedaya upaya utk mengikuti perkembangan mereka walaupun ada kalanya saya tidak memberi komen..
seharusnya kita cuba mencari kesempatan untuk melawat blog rakan2 kita :-)
salam,
ziarah sambil berdoa agar anda dimurahkan rezeki serta kesihatan yang baik dalam meneruskan hidup ini, insyaAllah.
sy dah letak penjejakmaya dalam bloglist Ikan Emas...
...sama mcm komen terdahulu
ikan emas,
terima kasih atas usaha anda itu..
w/salam ahmad humairi,
alhamdulillah moga saudara juga dikurniakan kesihatan yang baik..
sahromnasrudin,
benar seharusnya luangkan masa..
w/salam abd razak,
ikutlah masa terluang dan kemampuan kita..
w/salam maizacjoe,
itulah tujuannya tq kerana singgah jua..
salam,betul apa yg dikatakan itu
saya sendiri suka menyenaraikan orang yg aktif dalam berblogging ke dalam friend list sy
saudara penjejak maya,kommentla new entri saya
masih baru dalam berbloging
harap sudi memberikan feedback
Salam Penjejak maya
Terima kasih letak blog nota dalam diri di blog list. Blog penejajk maya telah diletak di blog list Bangkit Kembali. Mudah2an sama-samamemberi manfaat.
tgvm kerana meletak blog k.zue dlm blog list PM.
k.zue rajin keblog kekawan bila org iteww saling balas kunjungan tetapi klu dah kita aje kerumah dia...dia tak kunjung umah kita..k.zue x akan ziarah lagi umahnya.
salam.
salam..
tahniah
lama2 bertambah hebat
blog ni..
w/salam zulkbo,
terima kasih tapi nak biasa2 sahaja..
w/salam zue,
itulah sepatutnya kunjung-mengunjung sebagai tanda meraikan persahabatan..
w/salam werdah,
Insya-Allah..
w/salam tengku ariff tuan ismail,
blog penjejak maya pun masih baru lagi tetapi saya sudah jejak ke blog saudara okey tu..
mmg mudah.. kalo sy slalu ziarah blog yg dah update dlm bloglist.. mmg kita kekadang x dpt nak gi terjah suma blog apalagi line slow.. tp sahabat2 maya ni fhm
maiyah,
kalau tak dapat terjah tu akibat line slow tak mengapalah tetapi jangan langsung tak jenguk muka..
terima kasih pada penjejak maya..kerana telah sudi menulis komen di blog akak..
kak erna,
sama-sama..
Post a Comment